Review Blog Azrul Azmi

,Monday, December 31, 2012 | 6 Comment

Review blog Azrul Azmi. Siapakah?

Header kerawang yang elegan nie milik seorang jejaka bernama Azrul Azmi. Nampak persamaa nama bapa di situ? hehe.Tapi kami bukan adik beradik ye. Sarah suka ke blog jingga nie disebabkan blog dia sangat ringan dan ambik masa yang sekejap sahaja untuk loading. Serius sekejap walaupun line internet tengah meragam. Tak percaya, sila terjah beliau. Lagi satu kelebihan dia, saya suka tengok  font yang besar sebab senang nak baca dan cara penulisan Azrul yang mudah difahami. Seronok baca blog beliau yang ada macam-macam  perkongsian.
Namun, setiap blog ada jugak kekurangan yang perlu diperbaiki kan termasuk blog sarah sendiri. Azrul boleh sahaja letak satu ruangan (page) kat blog tu mengenai owner blog. Rasanya itu lebih elok supaya pembaca dapat tahu siapa owner dan mengapa blog dihasilkan. Lagi satu, pengisian blog mungkin boleh dipelbagaikan dan ditambah dengan pelbagai isu menarik lagi. Bagi isu hot-hot sikit. Keh3. Oh ya, tukar la background supaya nampak macho sikit.


Nie bintang untuk blog dia: 8 stars!



P/s : 2012 kini tiba dipenghujungnya. Selamat menyambut tahun 2013 kepada semua pembaca.


7 Koleksi Barang Paling Rare

,Monday, December 31, 2012 | 5 Comment

Kalau sebelum ini korang dah lihat Gambar Haiwan Yang Sangat Rare, kali ini pulak nak share 7 item yang paling RARE sekali. Mungkin ada yang duk tertanya-tanya apa itu rare? Rare sebenarnya bermaksud benda yang jarang atau benda yang terhad untuk dijumpai.Makna lain bagi rare adalah nadir. Huh, dah macam cikgu english pulak dah. Teruskan membaca entri ini ya.

Batu permata paling rare!
Batu permata ini pertama kali dijumpai di Burma. Memang tersangat cantik batu permata nie, kat Habib Jewel pun takde.

Ini adalah baka kucing yang paling rare.Kalau dilihat, ia seperti seekor anak harimau + kucing kan? 

Untuk menyatakakan syiling ini sebagai syiling yang paling rare adalah subjektif.  Bagaimanapun, mengikut sumber, coin ini dijual pada harga $7.9 million dollar!

Garam yang paling rare. Garam air laut ini dihasilkan oleh orang Jepun dimana mereka menghasilkannya dari air laut yang tidak tercemar di Seto-uchi inland. Dipenggil dengan nama Amabito No Moshio ("Ancient Sea Salt"),  ia adalah sesuatu yang rare kerana cara penghasilannya yang agak rumit. Harga garam ini adalah $40 untuk satu pound.

Jeans yang paling rare. Menurut  Guinness Book of World Records, Levi Strauss Co 501 jeans ini telah berusia  lebih 115 tahun. Dijual kepada seorang pengumpul jeans di Jepun pada harga $60,000 menerusi laman eBay pada tahun 2005. Agak rare kerana kalau beli sehelai jeans baru hanya berharga $46, nak jugak pakai jeans buruk.

Dia banyak menulis tetapi hanya wujud 6 tandatangannya. Tandatangan    William Shakespeare' s merupakan tandatangan paling rare dan dijual pada harga kira-kira $3 million dollars!

Buku komik paling rare dan masih dalam keadaan sempurna. Bertajuk "Amazing Spider-Man #1," rare atau tidak buku komik ini sangat tinggi kualitinya. Semasa dipublishl pada Mac tahun 1963, komik ini hanya dijual 13 sen sahaja tetapi sekarang ia dijual pada nilai $40K!








Gambar Majllis Akad Nikah Apek & Leuniey

,Saturday, December 29, 2012 | 6 Comment

Umum rasanya sudah mengetahui bahawa penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek telah selamat dinikahkan di kediaman pengantin perempuan iaitu Leuniey. Jutaan tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana telah sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Apek dan Leuniey kelihatan sangat secocok! 














*Entri nie ter postphone sebab ada masalah internet connection


Google Translate Buat Lawak

,Thursday, December 27, 2012 | 12 Comment


Rata-rata pernah menggunakan google translate bukan? Tapi, kadang-kala Google Translate nie boeh buat lawak jugak. Nak tahu macam mana?








Amaran jugak untuk budak-budak yang selalu guna Google Translate sebab kadang-kala ayat yang dia beri kat kita tunggang terbalik. Boleh kalau nak guna, tapi memadai translate untuk satu perkataan, bukan satu perenggan karangan. Jom dengar lagu En. Mimpi, Call Me Maybe yang telah ditranslate dengan jayanya.








LOL! Baru Darjah 6 Dah Pandai

,Wednesday, December 26, 2012 | 19 Comment

Masa kecik-kecik dulu, kalau bercinta main tulis-tulis surat je.Kalau ada budak lelaki yang suka kat budak perempuan, mulalah ada yang suka kenenkan sesama diorang. Itu zaman dulu sebelum kita kenal Facebook, Twitter, Myspace bagai. Tapi, rasanya kalau umur 12 tahun, sangat jarang lah ada kes cintan-cintun nie. Maklumlah, yang laki masa tu belum matured lagi. Tapi, yang nak dikongsi kat sini bukan perbezaan dulu dan sekarang, tapi nak share ada budak darjah 6 dengan beraninya mintak anak dara orang di Fb mak dia. Ha! korang berani?



Tapi, jangan pulak ikut cara budak nie kalau nak mintak anak dara orang. Cara terbaik adalah tanya pakar dan boleh jugak tengok dalam entri Checklist Pertama Kali Jumpa Bakal Mertua






Aneh! Gambar Haiwan Yang Sangat Rare

,Tuesday, December 25, 2012 | 18 Comment

Gambar-gambar dibawah bukannya diedit dan diubah.  Mereka mungkin pelik, tapi haiwan-haiwan ini juga makhluk Allah. Begitu cantik dan uniknya ciptaan Allah S.W.T.


Rambut palsu siapa nie? Jangan salah faham, ianya bukan rambut palsu tapi seekor ulat beluncas. Ulat ini ditemui di Posada Amazonas dalam daerah Tambopata, Peru. Korang mesti tak tahu mana tempat tu kan? So rajin-rajinlah menggunakan Google Map. Nama ulat nie Flannel Moths.


Macam lembut je bulu arnab nie kan, selembut belaian ibu. Ini arnab "Giant Angora Rabbit"



Diberi nama Wendy, dia mempunyai otot-otot yang sangat tough. Hal ini disebabkan Wendy mengalami genetic disorder ( gangguan genetic). Dia umpama  Hulk dalam kalangan anjing-anjing, namun malangnya dia seekor betina.



Tengok mata pun dah gerun. Haiwan nie species yang sangat jarang dalam kalangan Satanic Leaf-tailed Gecko Tau apa benda Satanic Leaf-tailed Gecko?
Ala, haiwan yang macam daun tu. Haiwan pelik nie dijumpai di Madagascar.



Anak lembu comel ini mempunyai ekor yang panjangnya 60 inci.



Zebroic merupakan hasil kacukan zebra dan kuda biasa. Tapi kenapa tak panggi Hobra (Horse + zebra) ?



Ayam yang banyak bulu



Kucing+Burung Hantu. Sebenarnya ia bukanlah satu species pelik, cuma kucing nie mengalami identity crisis saje. Tapi bukan ke ianya sangat comel?



Serigala yang mempunyai kaki panjang. Does it looks sexy?





Segmen : Aku dan Blog

,Monday, December 24, 2012 | 12 Comment

Bersegmen lah pulak hari nie memandangkan dua kali penganjur segmen menjemput untuk join. Segmen ini datangnya dari blog Abe Paly. Kalau nak kenal tuan blognya, sila-silalah klik banner dibawah.

Tarikh tamat 28 Disember 2012, 11:59 PM


Cara untuk join senang sahaja.
1. Buat satu entri bertajuk "Segmen : Aku dan Blog"
2. Letak header blog Paly tu kat entri korang dan backlink
 3. Tulis tentang korang, panjang pendek up to korang lah dalam entri.
4. Tulis jugak kenape korang buat blog.
 5. Letak 5 blog yang terbaru korang follow atau mane2 blog korang suke. Tak nak letak pun takpe.
6. Copy link entri korang dan komen di entri penganjur.

Kata abe Paly, 10 blog yang akan dipilih untuk buat satu entri khas "Blogger Pilihan Aku dan Blog" dan blog yang beliau suka akan di follow.


Siapa pemilik blog Sararose Dot My ini?
Cukup panggil saya Sarah, dan menrupakan seorang penuntut Diploma di UPSI. Berasal dari Kota Bharu jugak. Nak tahu lebih lanjut? Boleh ke Page Owner atau lagi elok datang ke rumah dan tanya mak ayah saya.


Kenapa rajin sangat buat blog, hah?
Pada mulanya, blog yang tak seberapa ini dibuat untuk menghilangkan rasa frust yang teramat disebabkan putus cinta. hahahaha. Gurau saje. pada permulaan menulis blog ini, ianya sekadar suka suka namun bila dah suka-suka tu terus menjadi obses. Rasa nak demam kalau tak bukak blog sehari. Kronik jugak la walaupun blog nie tak ada la menarik sangat tapi disebabkan rasa minat tu, kadang-kala update blog boleh menjadi satu priority berbanding membuat kerja lain. Tak dinafikan sebenarnya tak elok ada perasaan macam nie.Kadang-kadang (dah dua kali guna perkataan nie) kelam kabut bila banyak assingnment tak dijamah akibat sibuk dengan blog. Ish3..Dunia, dunia. Penerimaan rakan-rakan pulak, ramai yang menerima saya sebagai seorang blogger. Bangga juga bila orang panggil, "hei, blogger" haha. 


Apasal nama blog nie berbunga-bunga padahal tak wangi pon?
Ramai yang tanya, kenapa nama blog nie Sararose? Sebenarnya Sararose itu merupakan satu kombinasi nama sarah dan rose (bunga ros) memandangkan masa nak create blog tu tak ada idea, so guna je la nama yang tak berapa nak sedap nie. Setelah hampir setahun berblog, baru-baru nie blog ini telah bertukar domain dari sararose-93.blogspot.com kepada www.sararose.my. Penggunaan nama Sararose tu Sarah kekalkan disebabkan sudah terbiasa dan bagi mengelakkan ramai yang confused .



Blog yang suka dilawati?
Semua blog ada istimewanya dan ia bergantung kepada individu untuk masuk dan membaca info yang dipaparkan mengikut selera masing-masing. Jika blog personal, Sarah lebih suka ke blog En.KornFifieAzrul Azmi dan ramai lagi la. suka juga melihat doodle comel di blog Akak Azzah dan Dysha . Untuk blog berinfomasi, Sarah selalu jugak ke blog Fendy dan blog yang memberi pendapat yang sangat bagus bagi Sarah adalah blog ...........oh, sudah lupa nama blog tu. Lain kali lah bagitau. Kalau blog mengenai tips untuk blogger, selalu menerjah blog Cikgu Nicknashram dan HasrulHasan. Secara jujurnya, Sarah suka SEMUA BLOG termasuk blog Paly sendiri.
 Serius nie, bukan nak bodek. 


P/s : Wah! Ramai blogger wanita yang join segmen nie.



Ada Ke Strawberi Rasa Nenas?

,Monday, December 24, 2012 | 5 Comment




Diberi gelaran Pineberries, strawberry macam kena penyakit albino ini dikatakan mempunyai rasa nenas! OMG! bukankah ia mengubah MOTHER NATURE? Ditemuai di  South America dan diselamatkan dari kepupusan oleh petani Dutch. Stawberi istimewa ini lebih kecil dan lebih bersifat komersial berbanding strawberi biasa. Saiznya berukuran 15 hingga 23mm. Pineberri ini mempunyai kombinasi bentuk stawberi namun baunya menyerupai nenas.



All commercially grown strawberries originate from an 18th century European cross between wild varieties from North and South America which achieved the sought-after combination of sweet taste and large, juicy berries.They quickly took over from the tiny, tart-tasting fruits now known as alpine strawberries which have been grown and enjoyed in European since before Roman times. 


Turut diijual dengan harga £3.99 seberat 125g. untuk tahu lebih lanjut boleh tengok kat website PINEBERRY



Best Prank! End Of The World

,Sunday, December 23, 2012 | 6 Comment


2012 End Of The World. Ia menjadi satu modal untuk prank orang awam. Saksikan mereka lari lintang pukang menyelamatkan diri dari Tsunami. Siapa tak kecut perut wo..



LOL! Seterika Panas Difikirkan Telefon

,Saturday, December 22, 2012 | 8 Comment

Sangat menyakitkan! Seorang lelaki menerima nasib malang apabila dia secara tidak sengaja mengangkat seterika yang panas dan meletakkannya ditelinga sama seperti menjawab telefon. Dalam kejadian itu, dia sebenarnya sedang menolong isterinya melakukan kerja rumah.




Katanya, ‘Women are always going on about multi-tasking, so I set up the iron, opened a beer and put the boxing on the telly,’ Dan apabila telefon berbunyi, dia menyangka seterika itu telefon lantas meletakkannya ditelinga! Lelaki tersebut mengalami sedikit kelecuran akibat insiden itu.



p/s : Lelaki mana boleh buat multitasking macam perempuan. Itu fakta =)



Kelendar Kiamat Puak Maya Salah

,Saturday, December 22, 2012 | 7 Comment

 Kaum Maya merupakan penduduk selatan Mexico dan utara Amerika Tengah yang kaya dengan sejarah yang merangkumi tempoh selama 3,000 tahun. Maya merupakan sebahagian daripada kebudayaan Pra-Colombia Mesoamerika. Bertentangan kepada dongeng popular, Orang Maya tidak pernah "hilang", berjuta-juta orang Maya masih hidup di kawasan ini. Ramai daripada mereka masih bertutur dalam salah satu keluarga bahasa Maya.     (sumber. en.wiki)

 Menurut kelendar kaum Maya, 21.12.2012 adalah tarikh dimana berlakunya kiamat. Tapi, semalam semuanya elok sahaja. Tidak berlaku kiamat seperti yang digembar-gemburkan. Lawak juga apabila melihat telatah dan reaksi masyarakat di seluruh dunia mempercayai ramalan ini.

Berpakaian seperti makhluk asing. Gambar diambil pada jam 11.11 am semalam di  Bugarach, France.

Meraikan selepas countdown jam 11.11 a.m


Tidak menghiraukan ramalan kelendar Mayan, mereka berkahwin semalam. Gambar diambil di Hong Kong

Pelajar memakai baju graduation di hadapan mock piramid sebelum countdown Puak Maya yang mempercayai semalam kiamat. Gambar diambil di aichung, southern Taiwan

Segelintir yang berkumpul di Wiltshire, England
Bersorak selepas countdown pukul 11.11 a.m semalam.

Gambar diambil di western Turkey 




Dan ini adalah video pihak NASA
NASA is so sure the world won't come to an end on Dec. 21, 2012, that they already released a video for the day after


Sebagai manusia,kita tidak dapat mengetahui tarikh kiamat,,hanya Allah yang mengetahui tarikh berlakunya kiamat. Sebagai manusia,kita tidak seharusnya memikirkan bila berlaknya kiamat kerana hal itu adalah diluar jangkaan kita namun kita haruslah bersiap sedia untuk menghadapi kiamat(sama ada kiamat kecil,iaitu kematian atau kiamat besar) dengan menambahkan lagi amal kita.




Seni Photografi Buat Muka Comel

,Friday, December 21, 2012 | 10 Comment

Setiap photography memerlukan daya kreativiti yang tinggi bagi menghasilkan gambar yang lain dari yang lain.Quentin Curtat dan photo editing Cristian Girotto telah menghasilkan seni photografi yang sangat comel yang diberi nama "L’ Enfant Extérieur (The Outer Child)," Jom tengok bagaimana gambar orang dewasa dimanupulasi menjadi seolah-olah wajah keanak-anakan.



Muka super cute











Entri berkaitan: 

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013