Apabila Blogger Mencari Kerja

,Tuesday, February 26, 2013 | 11 Comment

|PERSONAL ENTRI| Final exam 2 minggu lagi. So, lepas final nanti aku akan 2 bulan bercuti. Mengikut perancangan 'blogger' nie dengan orang kawan aku, kitorang nak keje. 2 hari nie aku busy ke sana kemari mencai kerja part time untuk cuti nanti. Hah. baru tahu keje nie susah nak dapat. Semalam aku ke tadika di UPSI sendiri, tanya kat pejabat ada ke nak pakai 'guru'. Diorang gelak sambil cakap 'takde la dik'. Cis, gelakkan aku yek. Ok, tak pe, plan pertama tak jadi kita jadi kita beralih kepada plan kedua pulak. Aku ke bus stop depan Pintu Timur sambil cari kertas iklan sebab ada sorang kawan aku cakap ada iklan yang nak cari guru sementara kat sekitar Tanjung Malim nie. Malu sebenarnya nak cari kat situ sebab ramai orang, tapi buat-buat lalu sambil tengok. Aish, takde pun iklannya. Emm,beralih plan ketiga pulak.

Kitorang berjalan ke kedai-kedai depan kampus lama menuju Metro Saver kat taman U tu. Tanya ada tak nak pakai orang bulan 3 nanti. Dia suruh bagi nama, umur dan nombor telefon je. Emm, tak boleh nak mengharap sangat lah kalau nak tunggu panggilan dari diorang sebab tak banyak kedai yang nak pakai pekerja part time macam kitorang nie. 

"Plan lain?" tanya kawan aku. ok, aku tipu sebab dia tak tanya pun. Aku ambik telefon dan call Kak Mirah, kenalan aku masa kerja kat Salem Aziz di Wakaf Che Yeh dulu. Aku kerja dulu pun dia yang tolong recommend kan. Eh, betul tak spelling- recommend, cikgu? Angguk kalau betul .Dia tak angkat. Mungkin tengah bekerja. 2 jam berlegar-legar kat kedai-kedai tu, kitorang balik. Tapi yang sadisnya hujan lebat dan takde sorang pun antara kami bertiga yang bawak payung. Ha, baguslah. Sambil berlari-lari anak kitorang ke bus stop, dan masuk ke dalam bas dengan basahnya.Lagi sejuk bila terkena air cond. Adeh.

Balik rumah tu, Kak Mirah call aku. Aku tanya dia SAT (singkatan utk Salem Aziz Textile) ada nak pakai pekerja part time tak bulan 3 nie? Dia cakap kebetulan hujung bulan tiga tu ada sales, mungkin nak pakai orang. "Hostel ada kosong tak untuk tiga orang?" aku mengharapkan adanya hostel sebab susahlah pagi malam takde transport kat kawasan rumah aku. Lagi bagus kalau duk hostel dia je. Nampak macam ada peluang kerja kat situ balik memandangkan peluang kerja dan hostel yang masih ada tempat kosong. 

Plan D. Ada lagi plan aku sebab aku nie kan banyak idea.Haha. Kalau kerja kat Kelantan, ada masalahnya kata kawan aku. Masalah dengan mak dia mungkin tak bagi sebabnya... emm, aku pun tak ingat sebab apa. So, kena cari alternatif lain untuk kerja kat Tanjung Malim nie jugak. Sebab pertama : tempat tinggal dan tansport sekarang dah ada. Transport mungkin kitorang tumpang bas yang ada sekarang. Sebab kedua: Gaji kat sini mungkin lebih tinggi berbanding kat Kelantan. Aku akui gaji kerja kat negeri sendiri memang sikit sangat. Banyangkan sepupu aku kerja pak guard gaji Rm 500 je, dah la takde cuti dalam sebulan. Ngeri dengar, tapi memandangkan kat Kelantan kos sara hidupnya lebih rendah, jadi tekanan kewangan tu tak terasa sangatlah. Ada tanah boleh menanam. Ye dok. Eh,apa aku merepek nie. 


Hari nie, aku ada call Riamoda (salah satu cawangan Jakel) Tanjung Malim sebab kedai tu berdekatan dengan kampus lama UPSI. Diorang suruh datang ke kedai dan isi borang untuk permohonan. Emm, mungkin boleh dipertimbangkan kalau kitorang kerja kat situ. Ada satu nombor telefon lagi yang aku tak call. Esoklah kot aku telefon sebab kerja kosong yang ditawarkan di Kafe. Malas pulak rasa.

Sama ada kerja tak Tanjung Malim atau di negeri sendiri, itu masih belum diputuskan lagi memandangkan kitorang masih tak putus asa mencari. Ada sesiapa yang tahu kerja kosong area sini tak? 


P/s : rasa macam semakin jauh dengan blog sekarang memandangakan busy yang terlampau. Sudi-sudilah join segmen pencarian bloglist yang Sarah anjurkan ye.

11 comments:

  1. semoga awak dapat cari kerja. ^_^

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..ada kerja kosong tu...cari betul2 mana.apa pun semoga dapat kerja secepat mumngkin.susah jugak kalau duit tak de dalam tangan..

    ReplyDelete
  3. sy pn ngah carik kerja..huhu..

    ReplyDelete
  4. dulu masa cuti sem deno pernah keje kedai buku... best jgk^^

    ReplyDelete
  5. cui sem nak fokus kat blog...hehe

    ReplyDelete
  6. nape tak cari keje cikgu tusyen?
    saya penah ajar tusyen kat pekan tjg malim tu..huhu
    ajarm form 3 bi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm, tak try survey lagi kat pekan..lagipun, sarah nak jadi cikgu tuisyen?? hehe..lawak plak ase

      Delete
  7. all the best ye dik

    ReplyDelete
  8. Wah!!! gigih mencari kerja..hehehe

    ReplyDelete
  9. Memang susah sarah even part time. Takpe, insyaAllah kalau sarah tak putus asa pasti akan ada rezeki untuk sarah

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013