Pencarian Bloglist 3 Bulan Blog Sararose

,Thursday, February 28, 2013 | 42 Comment

Alhamdulillah, blog Sararose Dot My sudah mencapai 88k pageviews. Walaupun tidak sebanyak angka pageviews di blog lain, tapi tetap rasa bersyukur dan gembira dengan hasilnya. Pageviews dengan angka menarik, sempat Sarah printscreen tadi. 

Bukan sekadar nak tunjuk pageviews sebenarnya, memandangkan bulan Februari pun sudah masuk angka ke 22, maka hari ini Sarah nak buat segmen simple bagi mencari  bloglist baru untuk diletakkan dalam blog ini. Bloglist special ini akan melekat 3 bulan, iaitu dari bulan Mac, April dan Mei. 

 
Cara untuk menyertai:
- Buat satu entri bertajuk " Pencarian Bloglist 3 Bulan Blog Sararose" dan linkkan banner di atas ke entri ini.
- Promote segmen ini dan hadiah top-up akan diberikan kepada top refferal.
-Nyatakan mengapa anda mahu menjadi salah satu bloglist blog ini.
-Sila nyatakan juga jika anda meletakkan blog Sararose dalam senarai bloglist anda
-Letakkan link entri anda di ruangan komen entri ini.
-Tarikh penyertaan sehingga 28 Februari 2013.
-Senarai nama peserta Lihat sini

Bloglist akan dipilih berdasarkan :
-Kekerapan mengupdate blog
-Blog menarik
-Isi kandungan tidak mengandungi isu negatif



-jemput join dan good luck-
P/s : entri melekat sehingga 28 Februari 2013





Apabila Blogger Mencari Kerja

,Tuesday, February 26, 2013 | 11 Comment

|PERSONAL ENTRI| Final exam 2 minggu lagi. So, lepas final nanti aku akan 2 bulan bercuti. Mengikut perancangan 'blogger' nie dengan orang kawan aku, kitorang nak keje. 2 hari nie aku busy ke sana kemari mencai kerja part time untuk cuti nanti. Hah. baru tahu keje nie susah nak dapat. Semalam aku ke tadika di UPSI sendiri, tanya kat pejabat ada ke nak pakai 'guru'. Diorang gelak sambil cakap 'takde la dik'. Cis, gelakkan aku yek. Ok, tak pe, plan pertama tak jadi kita jadi kita beralih kepada plan kedua pulak. Aku ke bus stop depan Pintu Timur sambil cari kertas iklan sebab ada sorang kawan aku cakap ada iklan yang nak cari guru sementara kat sekitar Tanjung Malim nie. Malu sebenarnya nak cari kat situ sebab ramai orang, tapi buat-buat lalu sambil tengok. Aish, takde pun iklannya. Emm,beralih plan ketiga pulak.

Kitorang berjalan ke kedai-kedai depan kampus lama menuju Metro Saver kat taman U tu. Tanya ada tak nak pakai orang bulan 3 nanti. Dia suruh bagi nama, umur dan nombor telefon je. Emm, tak boleh nak mengharap sangat lah kalau nak tunggu panggilan dari diorang sebab tak banyak kedai yang nak pakai pekerja part time macam kitorang nie. 

"Plan lain?" tanya kawan aku. ok, aku tipu sebab dia tak tanya pun. Aku ambik telefon dan call Kak Mirah, kenalan aku masa kerja kat Salem Aziz di Wakaf Che Yeh dulu. Aku kerja dulu pun dia yang tolong recommend kan. Eh, betul tak spelling- recommend, cikgu? Angguk kalau betul .Dia tak angkat. Mungkin tengah bekerja. 2 jam berlegar-legar kat kedai-kedai tu, kitorang balik. Tapi yang sadisnya hujan lebat dan takde sorang pun antara kami bertiga yang bawak payung. Ha, baguslah. Sambil berlari-lari anak kitorang ke bus stop, dan masuk ke dalam bas dengan basahnya.Lagi sejuk bila terkena air cond. Adeh.

Balik rumah tu, Kak Mirah call aku. Aku tanya dia SAT (singkatan utk Salem Aziz Textile) ada nak pakai pekerja part time tak bulan 3 nie? Dia cakap kebetulan hujung bulan tiga tu ada sales, mungkin nak pakai orang. "Hostel ada kosong tak untuk tiga orang?" aku mengharapkan adanya hostel sebab susahlah pagi malam takde transport kat kawasan rumah aku. Lagi bagus kalau duk hostel dia je. Nampak macam ada peluang kerja kat situ balik memandangkan peluang kerja dan hostel yang masih ada tempat kosong. 

Plan D. Ada lagi plan aku sebab aku nie kan banyak idea.Haha. Kalau kerja kat Kelantan, ada masalahnya kata kawan aku. Masalah dengan mak dia mungkin tak bagi sebabnya... emm, aku pun tak ingat sebab apa. So, kena cari alternatif lain untuk kerja kat Tanjung Malim nie jugak. Sebab pertama : tempat tinggal dan tansport sekarang dah ada. Transport mungkin kitorang tumpang bas yang ada sekarang. Sebab kedua: Gaji kat sini mungkin lebih tinggi berbanding kat Kelantan. Aku akui gaji kerja kat negeri sendiri memang sikit sangat. Banyangkan sepupu aku kerja pak guard gaji Rm 500 je, dah la takde cuti dalam sebulan. Ngeri dengar, tapi memandangkan kat Kelantan kos sara hidupnya lebih rendah, jadi tekanan kewangan tu tak terasa sangatlah. Ada tanah boleh menanam. Ye dok. Eh,apa aku merepek nie. 


Hari nie, aku ada call Riamoda (salah satu cawangan Jakel) Tanjung Malim sebab kedai tu berdekatan dengan kampus lama UPSI. Diorang suruh datang ke kedai dan isi borang untuk permohonan. Emm, mungkin boleh dipertimbangkan kalau kitorang kerja kat situ. Ada satu nombor telefon lagi yang aku tak call. Esoklah kot aku telefon sebab kerja kosong yang ditawarkan di Kafe. Malas pulak rasa.

Sama ada kerja tak Tanjung Malim atau di negeri sendiri, itu masih belum diputuskan lagi memandangkan kitorang masih tak putus asa mencari. Ada sesiapa yang tahu kerja kosong area sini tak? 


P/s : rasa macam semakin jauh dengan blog sekarang memandangakan busy yang terlampau. Sudi-sudilah join segmen pencarian bloglist yang Sarah anjurkan ye.

Kreatif :Koleksi Cawan Lain Dari Lain

,Sunday, February 24, 2013 | 13 Comment

Sudah lama tak mengupdate gadget atau item yang jarang diijumpai kat blog ini. Maklumlah, beberapa minggu lagi final exam. Topik hari ini cawan.Berikut adalah beberapa design cawan yang sangat kreatif dan unik. Apa yang menariknya dengan cawan-cawan ini adalah reka bentuknya yang sangat menarik.

Cool!




Untuk orang gila game



Design yang paling esklusif tapi AWAS, jangan tertukar dengan lens kamera anda



Untuk sukatan yang lebih tepat

Bila manusia terlalu malas, cawan pun kena auto stirring

Mug yang sangat pintar, terjaga setelah air siap dibancuh


Euuu...



p/s : mood kelaut

Senarai Peserta Pencarian Bloglist 3 Bulan

,Sunday, February 24, 2013 | 4 Comment

Jutaan terima kasih kepada blogger yang turut serta dalam segmen PENCARIAN BLOGLIST 3 BULAN BLOG SARAROSE yang baru 2 hari dilancarkan. Ini merupakan segmen pertama yang saya anjur sepanjang 14 bulan saya blogging. Jika anda mahu tersenarai dalam bloglist saya selama 3 bulan dan berpeluang menang hadiah topup, sudilah join segmen INI. Segmen akan tamat pada 28 Februari nie.  Berikut adalah senarai peserta setakat ini. Kalau rajin bw la sekali, boleh kenal mengenal antara satu sama lain.

1.http://umikasum.blogspot.com/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
2.http://hanifidrus.blogspot.com/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
3.http://iqmareffendy99.blogspot.com/2013/02/segmen-pencarian-bloglist-3-bulan-blog.html
4.http://www.jeritpekik.my/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
5.http://zamani84.blogspot.com/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
6.http://www.paly.my/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
7.http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
8.http://www.erazfadli.com/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
9.http://sayaeesya.blogspot.com/2013/02/pencarian-bloglist3-bulan-blog-sararose.html
10.http://mishmeenieyempire.blogspot.com/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
11.http://amad-jalanan.blogspot.com/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
12.http://ceriterahmad.blogspot.com/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
13.http://ceriterahmad.blogspot.com/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
14.http://diaryismah.blogspot.com/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
15.http://awanflufy.blogspot.com/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
16.http://maisarahmyblog.blogspot.com/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
17.http://everybloghavetheirownstory.blogspot.com/2013/02/current-chapter-pencarian-bloglist-3.html
18.http://www.sheilashahfiekry.my/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-sararose.html




*akan diupdate dari masa ke masa



Klik! Check Alexa Ranking Dengan Mudah

,Wednesday, February 20, 2013 | 12 Comment


Klik! Satu klik sahaja anda sudah boleh tahu alexa ranking untuk sesuatu blog ataupun website tersebut. Sebelum bercakap dengan lebih lanjut, anda tahu apa itu alexa ranking yang selalu disebut-sebut golongan blogger bijak seo? Alexa Rank adalah sistem ranking untuk website diseluruh dunia yang dibangunkan oleh Alexa.com. Ia membantu mengira traffic dan pageviews di blog anda dan seterusnya menetapkan ranking untuk blog tersebut. Bagi blog yang baru, alexa rank anda adalah sangat tinggi iaitu sehingga berjuta-juta nilainya. Namun demikian, jika anda mengekalkan traffic ke blog secara konsisten, maka alexa rank tersebut akan meningkat dengan konsisten juga. Perlu diketahui, semakin rendah nilai Alexa Rank sesuatu blog itu, semakin tinggi dan konsisten aliran trafik ke blog tersebut. Semua blogger perlu tahu tentang hal ini terutamanya jika anda ingin membuat pendapatan sampingan dari blog anda.

Menurut www.jamaluddin.net lagi, Alexa rank dikira berdasarkan jumlah traffic ke blog anda sama ada jumlah unique visitors mahupun jumlah pageviews. Ia berdasarkan gabungan diantara  ranking jumlah visitors dan jumlah pageviews untuk tempoh sebulan dan 3 bulan. Ranking alexa terbahagi kepada dua iaitu ranking peringkat global yang mana jumlah trafik pengguna internet seluruh dunia ke blog anda dan juga ranking peringkat local iaitu trafik yang diperolehi dari dalam negara sendiri.

Alexa juga akan memaparkan keyword carian dari search engine yang paling banyak membawa pembaca ke blog kita. Dan ini secara tidak langsung dapat membantu kita dalam menghasilkan entry/post yang mesra SEO dikemudian hari.

Kebiasaanya blogger sering ke http://www.alexa.com/ untuk mengetahui Alexa ranking sesuatu website itu sendiri. Kadang kala ia sangat melecehkan. Hari ini, Sarah mahu berkongsi satu cara yang boleh anda lakukan bagi memudahkan anda menyemak Alexa ranking blog anda, website serta blog-blog lain dengan begitu mudah sekali. 
Pertama, anda perlu ke website Alexa dan klik pada toolbar

Untuk pengguna browser Google Crome, anda boleh install Alexa Extention dengan menekan pada butang hijau (1), bagi browser  Firefox atau Internet Explorer, klik pada pilihan kedua.


Install dengan klik pada Add to Chrome jika menggunakan browser Crome. Siap!

Dengan adanya Alexa Extention pada browser anda, maka mudahlah untuk anda menyemak alexa ranking mana-mana website dengan hanya satu klik sahaja. Dengan itu, mudahlah anda untuk mengenalpasri webssite yang mempunyai Alexa Ranking yang bagus.



Bukan itu sahaja, senarai hasil carian juga memaparkan ranking Alexa. 




P/s : Anda? Ahaks, ayat skema. n_n

Failed! Selebriti Berlengan Panjang

,Monday, February 18, 2013 | 13 Comment

Cover majalah mingguan Cina menampilkan pelakon Singapura  Fann Wong yang menjadi hangat secara tiba-tiba.Fann muncul di sampul edisi terbaru MediaCorp diterbitkan i-Mingguan dengan keadaan berlengan yang sangat panjang. Ia merupakan satu kesilapan teknikal dalam photoshop dan gambar tersebut telah disebarkan sebanyak 400 share sejam sejurus ia dipaparkan. Fan merupakan seorang selebriti fotografi terkemuka di Singapura dan kesilapan ini tidak seharusnya berlaku kepada majalah yang ternama.


sumber gambar: yahoo

Segmen: Blog Pilihan Februari

,Saturday, February 16, 2013 | 8 Comment

Klik banner untuk join.

Senarai entry Februari Jerit Pekik, silakan terjah. Tak rugi membaca entri beliau.

5 Katagori yang dipertandingkan:
Blog pilihan|Blogger  pilihan|Blog stylish pilihan
Entry pilihan|Header Blog Pilihan

Dan yang paling best, Pemenang Top refferal-Topap RM2O
 Pemenang setiap kategori: Bloglist Khas  Sebulan|Review Blog

-Tarikh tutup penyertaan 28 februari 2013



Blog pilihan Sararose Dot My adalah.....jeng-jeng-jeng...

Sebenarnya Sarah sudah review blog Buasir Otak nie pada Januari yang lalu. Dengan itu, izinkan saya untuk "kopi pasta" entri saya sendiri. 

Aku kenal blog nie pada tahun 2012 tapi lupa sudah bulan berapa. Aku jarang tinggalkan komen, selalu jadi silent reader je. Mengenai nama blog nie, aku turut terkaget sedikit (ada ke perkataaan terkaget dalam Kamus Dewan?) apabila first time dengar nama blog Buasir Otak. Namun, bila dah lama mengenali blog nie, baru tau apa yang dimaksudkan dengan nama blog dia. Nak tahu apa maksud aku, baca lah sendiri blog beliau..Then, aku nak ucapkan congratez kepada beliau kerana dah mencapai 2000 followers. 
Tagline blog : Ada masa kami SERIUS, banyak masa kami MEREPEK. Ada masa kami MENGUTUK, banyak masa kami DIMAKI. Ada masa kami GENIUS, banyak masa kami GILA. Ada masa kami COOL, banyak masa kami MORON. Ada masa kami PENCINTA WANITA, banyak masa kami PERVERT. Ada masa kami BERBARIS dan BERPAKAT, banyak masa kami LUDAH semuanya. Never Fear, We Are Your Friendly Stupidhood!
Perghhh! Ko ada tagline macam nie? Siyess aku takde. Siapa owner Buasir Otak blog nie? Kebanyakan atau hampir keseluruhan entri dikarang oleh blogger yang menggunakan nama samaran Prince Of Noob. Ada jugak beberapa penyumbang idea yang lain seperti Pop-SoulTembikai LabuBlackbeard Heart dan Psychic Zero.

Blog Buasir Otak nie lebih menjurus kepada soal separa politik  (ceyh nak jugak guna perkataan separa tu) dan kebanyakan entri lebih kepada kupasan mengenai isu semasa serta informasi. First, soal politik dalam blog nie. Sejak dua menjak nie aku banyak pulak terbaca mengenai soal politik, almaklum lah dah masuk umo 20 tahun nie. Perasaan aku kalau baca entri beliau mengenai isu politik, mesti akan tertanya-tanya beliau nie orang belah mana (politik belah mana). Sebabnya entri yang dipaparkan lebih bersifat kesederhanaan. Nak tahu, baca sendiri.
Mohon copy paste ayat dalam blog beliau : Jenis2 orang yang perpolitik ni ada macam2 jenis seperti kategori2 berikut:

Politikfags - Taksub, fanatik dan obses kepada mana2 parti dan pemimpin politik. Kerjanya asyik mentibai dan memburukkan pihak lawan tapi keburukan pihak sendiri didiamkan atau buat tak tahu, malah siap cover backup lagi.
Atas pagar - Tak tetap hati nak sokong mana satu. Hatinya 50-50, mungkin kalau bapak suruh sokong sini dia sokong sini, kalau awek dia suruh sokong sana dia sokong sana, atau mungkin tidak keluar mengundi pun kerana tidak berminat nak ambik tahu pasal politik.
Lalang - Jenis mengikut2 dan tiada pendirian, kalau ada kepentingan di pihak sini, dia sokong sini, jika ada kepentingan di pihak sana, dia lompat pergi sokong sana.
Neutral - Tidak menyokong secara taksub atau berkecuali dari menyokong mana2 parti dan pemimpin politik. Bebas memuji dan menyokong mana2 kebaikan yang dibawa oleh mana2 pihak malah berani menegur, mengkritik dan tidak mendiamkan diri apa2 keburukan yang dilakukan oleh mana2 pihak walaupun di pihak yang kita sokong.

Mungkin beliau bersifat neutral.

 Aku tertarik pada setiap kupasan isu yang dipublish dalam blog nie kerana setiap isu pasti disertakan dengan sumber yang aku kira cukup banyak, dan banyak fakta bukan auta. Aku rasa aku sendiri tak mampu nak mengupas setiap isu dengan mendalam seperti yang dilakukan beliau.Ye lah, mana nak cari cerita yang betul, nak cari gambar, susun ayat dan isi, serta yang paling penting nak bawak minda pembaca dalam entri tersebut.  Semuanya memerlukan kesabaran dan pengetahuan yang tinggi. Boleh nampak lah blog beliau nie ramai pembaca, setiap entri ada boleh mencapai seratus komen. Entri yang ada dua gambar je pun boleh sampai berpuluh komen (muka xpuas hati). Tulah yang menunjukkan blog beliau ramai followers dan pembaca setia. Entri aku paling suka baca adalah entri mengenai Isu BenderaUlasan Perhimpuanan Kebangkitan RakyatIsu penggunaan kalimah Allah dan banyak lagilah, malas aku nak cari satu-satu.

Blog beliau jugak kerap menganjurkan Contest, Giveaway dan Segmen.Aku pernah masuk jugak satu Giveaway Contest yang dianjurkan dari blog beliau tapi aku tak menang pun sebab aku kurang kreatif. Antara segmen yang aku rasa top kat blog beliau adalah Segmen Maharaja Lawak sebab tengok kat bahagian Entri WEEKLY TOP 5 dan MONTHLY TOP 5, segmen nie lah yang mendominasi bahagian tersebut (teruk aku punya ayat). Blog beliau jugak ramai awekz. Maksud aku ramai awek yang terpilih dalam Segmen : Jom terjah Awekz sampai dah masuk siri ke 20 dah.Dulu aku pun terpikir jugak macam mana nak join segmen nie, rupanya ia dipilih secara random sahaja. kata beliau nak request pun boleh.


okey, itu sahajalah yang Sarah mampu ceritakan mengenai blog Buasir Otak selaku blog pilihan Sararose Dot My. 


P/s : saya sudah join, anda bila lagi?KLIK SINI untuk join segmen nie


Update : Tempoh Penebusan Rebat Rm200 Dilanjutkan

,Saturday, February 16, 2013 | 9 Comment


Anda masih belum mendaftar rebat telefon pintar? Baca di sini untuk info dan cara memohon. Selepas mendaftar, boleh lihat di sini bagi senarai syarikat selaku pengedar telefon pintar yang menerima rebat ini. 

"Mereka yang telah berjaya mendaftar dan telah menerima pengesahan pada awal Januari tidak perlu mendaftar semula jika belum menebus rebat anda kerana tempoh  sah telah DILANJUTKAN KE 3 BULAN bermula tarikh pendaftaran asal dan bukannya 1 bulan. 
Kami dalam proses menghantar email kepada semua yang telah mendaftar bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaru ini", kata Dato' Mohamed Sharil Tarmizi. Pengerusi SKMM.
Menurut beliau, syarikat-syarikat komunikasi dan wakil-wakil penjual yang dilantik juga telah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh tersebut. Sehingga hari ini, sudah lebih 440,000 beia yang berumur 21 hingga 30 tahun telah berjaya mendaftar untuk mendapatkan rebat Rm200 dan daripada jumlah tersebut, hampir 60,000 telah membeli telefon pintar baru. Skim Pakej Komunikasi Belia ini telah dilancarkan pada 1 Januari lalu. 


Ain Dzaya Nak Bagi Hadiah Misteri

,Saturday, February 16, 2013 | 6 Comment

Hujung minggu yang damai... lepas update blog tadi terpandang satu entri dari blog Ain Dzaya yang mana dia cakap siapa berjaya yang printcreen pageviews dia ke 70K dia akan dapat hadiah misteri. Lalu aku pandang kat pageviews tu menunjukkan angka 70006. Okey, xsempat la kot. Tapi, aku sempat printscreen 70007 sebab aku rasa nombor tu pun cantik dan unik jugak. So, aku bagitau la ain. Last-last dia bermurah hati cakap dia nak kasi hadiah kat readers yang berjaya printscreen pageviews 70007, 71717,77777 dan mana-mana nombor yang dirasakan cantik. Huuu..baik sungguh hati dia. So, korang selalulah terjah blog beliau dan tengok-tengoklah korang kena nombor berapa. Bila dah dapat nombor cantik tu, apa lagi printscreen la ye. 
Lepas printscreen, buat satu entri. Cukup 80k pageviews ain akan agihkan hadiah untuk 5 pemenang. 



Bukti Pageviews 70007 (no.bertuah nie)


Tahniah Ain dan teruskan semangat blogging ye. 





Info! Meteor Jatuh Di Rusia 15 Februari 2013

,Saturday, February 16, 2013 | 4 Comment






Petikan dari http://www.infoharian.com :Serpihan tahi bintang (Meteor) meletup dan jatuh di tengah Rusia sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera.Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.

Menteri dalam negeri berkata, lebih 250 orang cedera, tiga daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain. Kementerian kecemasan berkata, komunikasi mudah alih dihentikan sementara.Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan,” kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lagi di kawasan itu,” katanya
Di laman pengkongsian video youtube,saksi menyaksikan kejadian itu berjaya merakamkan dan memuat-naik rakaman itu di laman tersebut


VIDEO Tahi bintang meteor jatuh di Russia 15 Februari 2013:





Misteri-Misteri Yang Masih Belum Diselesaikan

,Friday, February 15, 2013 | 10 Comment

Kadang-kadang ia adalah sukar untuk mempercayai bahawa misteri yang masih belum diselesaikan masih wujud di zaman ini. Dalam abad yang lalu, manusia telah membuat kemajuan teknikal yang luar biasa. Walau bagaimanapun, dengan kemajuan yang menakjubkan yang ada kini  masih terdapat misteri di luar sana yang belum terbongkar. Di sini anda akan menemui beberapa misteri yang paling membingungkan yang tidak dapat diselesaikan dalam catatan sejarah. 

1. Segitiga Bermuda

Rasanya umum sudah mengetahui kewujudan lautan ini. Banyak versi penceritaan mengenai Laut Segitiga Bermuda ini dan aku sendiri sukar mengenalpasti yang mana satu ceritanya yang sebenar. Kalau mengikut wikipedia, Segi Tiga Bermuda yang juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti oleh makhluk asing oleh budaya popular. Sungguhpun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah oleh pengarang berikutnya, dan kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol menurut anggaran mereka, kebanyakan kehilangan kekal tidak dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam dilakukan mengenainya

Berikut adalah beberapa Kejadian-kejadian misteri yang terjadi di Segitiga Bermuda:
    1840 : HMS Rosalie
    1872 : The Mary Celeste, salah satu misteri terbesar lenyapnya beberapa kapal di segitiga bermuda
    1909 : The Spray
    1917 : SS Timandra
    1918 : USS Cyclops (AC-4) lenyap di laut berbadai, namun sebelum berangkat menara pengawas mengatakan bahwa lautan tenang sekali, tidak mungkin terjadi badai, sangat baik untuk pelayaran
    1926 : SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk
    1938 : HMS Anglo Australian menghilang. Padahal laporan mengatakan cuaca hari itu sangat tenang
    1945 : Penerbangan 19 menghilang
    1952 : Pesawat British York transport lenyap dengan 33 penumpang
    1962 : US Air Force KB-50, sebuah kapal tanker, lenyap
    1970 : Kapal barang Perancis, Milton Latrides lenyap; berlayar dari New Orleans menuju Cape Town.
    1972 : Kapal Jerman, Anita (20.000 ton), menghilang dengan 32 kru
    1976 : SS Sylvia L. Ossa lenyap dalam laut 140 mil sebelah barat Bermuda.
    1978 : Douglas DC-3 Argosy Airlines Flight 902, menghilang setelah lepas landas dan kontak radio terputus
    1980 : SS Poet; berlayar menuju Mesir, lenyap dalam badai
    1995 : Kapal Jamanic K (dibuat tahun 1943) dilaporkan menghilang setelah melalui Cap Haitien
    1997 : Para pelayar menghilang dari kapal pesiar Jerman
    1999 : Freighter Genesis hilang setelah berlayar dari Port of Spain menuju St Vincent.


Penjelasan dari Kusche dan pendapat-pendapat lain turut digunapakai dalam merungkai misteri ini. Terdapat juga penjelasan semulajadi yang menyebabkan misteri-misteri ini dikatakan berlaku antaranya disebabkan hidrat Metana, variasi kompas, hurikan, arus teruk dan ombak gudang.  Boleh ke link untuk mengetahui lebih lanjut. Bagaimanapun, pihak saintis masih belum memberi kata putus apa yang sebenarnya berlaku di lautan Segitiga Bermuda.


2. Taos Hum

Apa itu Taos Hum? Itulah persoalan yang bermain difikiran jika kali pertama mendengar perkataan ini. Hum Taos adalah bunyi nada rendah yang boleh didengar di pelbagai lokasi dalam dunia. Ia merujuk kepada satu  fenomena dimana suatu bunyi atau senandung (humming noise) yang aneh seperti bunyi yang dikeluarkan peti sejuk atau ada yang menyifatkan bunyi seperti enjin diesel. Bunyi adalah lebih kuat didengari di dalam rumah atau persekitaran yang terdelindung daripada di luar. Sesetengah orang mendengar ia sepanjang masa dan ada juga yang mendengar ia pada berselang-selang. Bagi sesetengah orang bunyi sebegitu mengganggu mereka terutamanya pada waktu malam.

Satu penyiasatan yang serius terhadap misteri ini bermula pada tahun 1997 dengan beberapa institusi sains dan saintis terlibat untuk mengetahuo punca bunyi. Mereka metemuramah orang-orang yang terjejas oleh bunyi dan sangat mengejutkan apabila mendapati bahawa kesan bersenandung misteri menyebabkan hidung berdarah, rasa pening, getaran, kerengsaan dan, sudah tentu, gangguan tidur. Penduduk berpendapat bahawa ia adalah disebabkan oleh beberapa projek kerajaan rahsia atau pemasangan tentera berhampiran kawasan itu. 

Satu lagi perkara yang pelik tentang bunyi bersenandung misteri adalah bahawa lebih ramai lelaki boleh mendengar daripada wanita. Juga sesetengah orang tidak dapat mendengar sama sekali. Apa yang boleh menghasilkan bunyi ini? Dan mengapa ia di lokasi ini tertentu? Apa pun alasannya, adakah orang-orang yang mendengar ia mempunyai pendengaran yang baik dan lebih advandce, yang masih belum ditemui oleh saintis?

Video fenomena:




3. Manuskrip Voynich

Manuskrip Voynich adalah satu dokumen zaman pertengahan yang ditulis dalam skrip dan bahasa serta sistem alphabet yang tidak diketahui . Selama lebih seratus tahun orang telah cuba untuk memecahkan kod tetapi tidak berjaya. Gambaran keseluruhan yang diberikan oleh  manuskrip menunjukkan bahawa ia bertujuan untuk Pharmacopoea atau topik dalam perubatan moden zaman pertengahan atau awal. Walau bagaimanapun, butiran  ilustrasi  telah menyemarakkan banyak teori mengenai asal buku ini, kandungan teks, dan tujuan manuskrip tersebut.
Dokumen tersebut mengandungi ilustrasi yang mencadangkan buku itu dalam enam bahagian: Herba, Astronomi, Biologi, kosmologi, Farmasi, dan resipi. Boleh ke link untuk mengetahui lebih lanjut.




Sebenarnya, masih banyak lagi mesteri yang belum terungkai di dunia ini dan tidak mampu untuk diselesaikan oleh akal manusia. Sesungguhnya, pasti ada hikmah disebalik setiap misteri yang ada.



Segmen: Paly Nak Bagi Topup RM5

,Thursday, February 14, 2013 | 12 Comment

Yey. Paly nak bagi topup untuk 3 blogger bertuah. Kalau nak mencuba nasib sekali, silalah tekan banner segmen. Kata Paly, dia malas nak buat banner baru.

Klik-klik...

Okey, penyertaan tamat pada  16hb Februari 2013 @ 23:59. Aish, kejap je dah bulan 2 kan. Rasa macam baru masuk 2013. Ok lah, daa..

Setiap Gambar Ada Nilainya

,Thursday, February 14, 2013 | 7 Comment
Blog nie memang tak sah kalau takde gambar banyak-banyak. Lagi-lagi ada readers yang datang semata-mata untuk tengok gambar. Maklumlah, kadang-kadang jenuh jugak mata membaca tulisan berderet-deret, nak jumpa fullstop pun kadang-kadang je jumpa. Gambar memang sangat rarelah jumpa. Aish? Baca kamuskah sampai fullstop pun susah nak jumpa. 
Jangan pikir gambar tak penting sebab satiap gambar ada nilainya. Jadi, hari nie nak share beberapa koleksi gambar yang aku boleh aku berikan tajuk sebagai "Setiap Gambar Ada Nilainya"......
(pssss, nampak sangat takdak idea)  Ehem, bukan takdak idea, line internet lembab, xsempat nak search info ataupun sumber lain...hehe..

Saat-saat jatuhnya seorang budak......

Huh? cool


Akibat ibu bapa yang terlalu sayangkan babynya....

Help! ada aeroplane tersesat

Aurora yg sangat indah


Terjunan beramai-ramai

Kipas yang kecik jangan fikir anginnya sikit

Best friend forever

Cantik tempat nie...

Anda fikir apa yang saya sedang fikir?

One... Two....Catch!

So sweet..

Oku pun mampu bermain bowling

Anak sapa lah nie?

Agak-agaklah pakcik oiii...


P/s : sorry kalau gambar buatkan loading blog nie lambat.
.



 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013