Showing posts with label cara jaga muka. Show all posts
Showing posts with label cara jaga muka. Show all posts

Mask Untuk Menghilangkan Blackhead & Whitehead

,Tuesday, March 05, 2013 | 22 Comment


Shiseido Blackhead Removal Mask ini dibuat di Tokyo, Jepun .Aku tak lepaskan peluang untuk cuba guna mask nie. Lagipun harganya murah sahaja. Boleh dapat dalam harga Rm1.80 -Rm2.50 satu bergantung kepada peniaga yang menjualnya. Blackhead & Whitehead Shiseido Blackhead Remover Mask sangat  berfungsi untuk membersihkan dan menanggalkan sel kulit mati, blackheads dan whiteheads, mengecilkan pori-pori, memutihkan dan mencerahkan kulit muka. 


Jangan pandang kualiti pada kehitaman nya. Mask ini berbentuk cecair yang likat serta melekit. Hanya perlu tempekkan di muka dan biarkan ia kering. Aku suka bau dia, lembut sahaja. Kalau diikutkan procedure yang telah di suggestkan, cara penggunaannya :
1) Cuci muka terlebih dahulu seperti biasa 
2) Steam atau wapkan muka dengan air panas agar pori2 terbuka lebih kurang 5 minit. (tidak diwajibkan, kalau rajin buat la yer..
3) Sapukan masker di muka anda, terutama bahagian yg diinginkan seperti hidung atau di kawasan yang byk blackhead dan whitehead. (Jauhkan dari terkena pada kening, bibir dan kawasan mata)
4) Boleh gunakan dangan jari. Kalau pakai jari lebih mudah untuk disapu supaya lebih rata di muka 
5) Biarkan selama lebih kurang 30 minit hingga masker benar2 kering  dan keras.
6) Cabut masker perlahan dari bawah ke arah atas wajah anda dan anda akan lihat sendiri blackhead dan whitehead melekat di mask.
7) Bersihkan wajah dengan air dingin agar pori-pori tertutup dengan sempurna.Dapat digunakan 2 hingga 3 kali dalam seminggu. Jika hanya digunakan untuk daerah hidung, 1 sachet dapat digunakan untuk 2 kali penggunaan. Simpan baki masker yang belum digunakan dalam bekas bertutup.

Tapi memandangkan sedikit malas, aku tak buat pun step nombor 2 tu. Terus pakai dan biarkan ia dimuka. Rasa sejuk je. Lagipun, satu paket boleh pakai 2 hingga 3 kali. Kalau pakai kat bahagian hidung je boleh bertahan 5 kali . Jimat! Keberkesanan mask ini kita boleh lihat selepas kita cabut mask tadi setelah kering. Strappppp! Hati-hati sebab rasa pedih sikit semasa nak mencabut tu.. 
Gambar nie mungkin terover sikit sebab takde lah sampai boleh nampak macam tu sekali. Sebab yang aku punya nampak samar-samar je blackhead dan whitehead yang keluar. Mungkin aku tak buat step nombor 2 tadi.Tapi memang best pakai benda nie. sebab boleh menghilangkan kita punya blackhead yang ada kat hidung tu. 

Kalau korang belum pernah cuba lagi bolehlah order kat facebook 1,  Miz Hann ataupun Si Gadis Pelangi. Kalau rajin cuba godek-godek kat FB sebab rasanya ramai yang jual mask nie. Sarah pun baru nak start berniaga benda nie. Ada sesiapa nak? Tapi stok belum sampai lagi. hehe



 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013