Aku Masih Blogger?

,Wednesday, December 21, 2016 | Comment
Entah mimpi apa malam nie. Tiba-tiba terindu blog kesayangan yang berkurun lamanya tak dipedulikan. Bukan sebulan dua, dalam tiga tahun jugak lah tak update blog! Last post pun Disember 2013. Sekarang Disember 2016. Ya, tiga tahun, tempoh yang agak lama. Kalau ada anak mungkin dia dah petah bercakap dan aktif berlari. Kenapa tiba-tiba bercakap pasal anak nie? Adakah Sarah sudah punya anak? Biarlah rahsia sebab bukan itu sebabnya nak cerita dalam post ini. 

Sudah satu perenggan mengarang. Rasa janggal dan pelik pulak dengan susunan ayat sendiri. Maklum sajalah otak mengarang sudah berkarat, susun atur bicara sudah semakin layu. Kenapa ayat-ayat sebegini kutulis. Sarah janji ini post yang paling awkward yang pernah korang baca (kalau adalah, tak ada tak apa) sebab Sarah masih belum sesuaikan diri nak menulis semula sebab..... sebabnya bacalah ayat-ayat atas nie macam tunggang langgang kapal pecah pun ada. Pada mulanya nak tulis new post pun agak terkial-kial sebab terlupa selok belok dashboard blogsport. Lagi-lagi ada beberapa setting yang perlu dikemaskini supaya blog boleh dibaca dan di google semula. Masih banyak yang perlu dibaik pulih, Masih banyak error di sini sana.

Banyak sebenarnya nak tulis dalam entri ni. Macam-macam cerita berlaku dalam tempoh tiga tahun tak mengarang. Eh, mengarang ke sebelum ini ataupun copy and paste saja article sebelum nie?? Haaaa, tak tahu tak ingat. Maaf sekiranya ada, masa tu belum mentah dan hanya kejar trafik semata-mata. Okey saya mengaku. Sekarang pun masih lagi hijau, tapi fikiran InsyaAllah matang sedikit berbanding dahulu. Usia pun sudah mengganjak 23 dan 2017 nanti dah masuk 24 tahun. Calon suami belum ada. Eh, tiba-tiba.

Mengarang pada pukul 3 pagi ini agak kelakar sebab otak pun penat. Itu sahajalah sempat karang untuk post pertama tiga tahun nie. Ada masa lagi Sarah cerita kenapa blog hilang dari pandangan mata kasar (hahaha, gelak sikit) dan kenapa url blog sararose.my menjadi sararose-93.blogspot.com ? Kenapa, kenapa,kenapa?? 

Persoalan sekarang, masihkah aku seorang blogger walaupun sudah tiga tahun tak ber blog? 

Rupa blog lama




Praktikal Time!

,Monday, December 30, 2013 | 8 Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Well, dah berbulan tak update blog macam setahun rasanya. Ceh! Untuk pengetahuan semua, Sarah bukan menghilang cuma ter "busy" sedikit. 

Well, hari nie just nak inform yang Sarah sedang dan tak lama lagi akan tamat praktikal (LI) di Forest Research Institute Malaysia (FRIM). Apa yang bestnya kat sini?
Well, korang kena tahu yang FRIM nie bukan hutan semulajadi, means FRIM ialah salah satu hutan yang ditanam tau. Kalau tak silap FRIM kini berusia 80 tahun. Kalau korang datang sini, korang akan perasan yang taburan hutan disini kadang-kadang macam pokok getah. Walaupun bukan hutan semulajadi, tapi banyak spesies pokok yang ada kat sini.


Pokok Sebasah

Pokok Belian

Motif gambar pokok nie : Just nak tunjukkan pokok yang ada kat hutan tu je. Gambar nie diambil semasa menyertai inventori pokok (Tree Inventory) di sana. 

Pokok biasa mungkin tak berapa menarik untuk korang tengok. Apa kata tengok pokok nie plak.

Pokok kapur, Dryobalanops aromatica

Nampak tak kesenian antara daun pokok-pokok kat atas nie yang mana tak bersabung/menyentuh satu sama lain. Unik bukan? Kalau korang nak tahu inilah yang dikatakan crown shyness phenomenon. Gambar kat atas nie mungkin tak seindah yang kita lihat dengan mata kita sendiri. So, kalau korang berpeluang masuk ke FRIM, jangan lupa join jungle treaking untuk masuk ke Denai Salleh.

Tak ada kata penutup, just tinggalkan komen korang ye. n_n



 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013