2012 Tahun Lompat

,Wednesday, February 29, 2012 | Comment

Post nie merupakan post yang last pada bulan Februari nie dan yang paling special hari ini jatuh pada 29 Febuari yang menandakan tahun lompat berlaku pada tahun ini. Oleh itu, mari baca fakta mengenai tahun lompat nie.

Tahun 2012 mempunyai kelebihan satu hari dibandingkan dengan tahun 2011 kerana tahun ini adalah tahun lompat. Taqwim yang digunakan pada hari ini dinamakan taqwim Gregory. Taqwim Gregory sempena nama Pope Gregory XIII (7 January 1502 – 10 April 1585), orang yang bertanggung jawab  mengubahsuai taqwim Julian. Beliau telah mendapati kesilapan dalam taqwim Julian dan memperkenalkan pembetulan taqwim yang dikenali sebagai taqwim Gregory. Taqwim ini juga dikenali sebagai taqwim barat atau taqwim Kristian. Taqwim ini telah diterima secara perlahan-lahan oleh negara-negara di dunia. Britain menerima pakai pada tahun 1752, Sweden 1753, China 1912, Russia 1918 dan Turki negara terakhir menerima taqwim ini pada tahun 1926, selepas kejatuhan empayar Uthmaniah.

 Mengikut taqwim ini satu tahun mengandungi 365 hari bagi tahun biasa dan 366 hari bagi tahun lompat. Taqwim ini berdasarkan kepada pergerakan Bumi mengelilingi Matahari. Tempoh satu peredaran lengkap   Bumi mengelilingi Matahari dinamakan satu tahun Suria. Tempoh Bumi mengelilingi Matahari adalah hamper 365.25 hari. Ini bermakna terdapat perbezaan diantara satu tahun taqwim Gregory dengan satu tahun suria sebanyak 0.25 hari (1/4 hari). Dalam masa 4 kali pusingan  tempoh ini menjadi. Tempoh ini digenapkan menjadi satu hari bagi menyesuaikan taqwim ini dengan satu tahun suria. Tambahan satu hari ini ditambah setiap empat tahun dalam bulan febuari. Ini menjadikan bulan febuari dalam tahun keempat mengandungi 29 hari dan tahun berkenaan dinamakan tahun lompat.


Jika perbezaan tempoh ini tidak diambil kira akan mengakibatkan dalam masa satu abad akan terkumpul menjadi 25 hari. Ini bermakna jika musim panas di hemisfera utara lazimnya bermula dalam bulan Jun akan berganjak ke bulan Julai. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dan menyesuaikan satu tahun taqwim sepadan dengan satu tahun suria, satu hari ditambah setiap empat tahun.  Tahun yang ditambah satu hari itu dinamakan tahun lompat dan ini dijadikan peraturan dalam sistem kalender Gregory.


Tempoh satu tahun sebenarnya bukan tepat 365.25, yang tepat adalah 365 hari 5jam 48 minit 46 saat. Ini bermakna terdapat perbezaan 11 minit 14 saat setiap tahun. Perbezaan ini akan menokok menjadi satu hari dalam masa 128 tahun iaitu terlebih satu hari dalam tempoh tersebut. Bagi mengatasi masalah ini pembuat kalender Gregory telah membuat satu lagi peraturan iaitu bagi tahun abad dikecualikan atau tidak dikira sebagai tahun lompat kecuali jika boleh dibahagi empat ratus dengan tidak berbaki. Sebagai contoh tahun 1700 tidak dikira sebagai tahun lompat kerana apabila dibahagi empat ratus mempunyai baki. Dengan peraturan ini dapat mengatasi lebihan satu hari tersebut dengan menggugurkan satu hari dalam tempoh empat ratus tahun.

Dengan peraturan-peraturan tersebut kita boleh mengetahui tahun lompat dengan membahagikan tahun yang dicari  dengan 4. Jika hasil bahagi itu tiada baki maka tahun itu adalah tahun lompat. Contohnya tahun 2012, 2016, 2020 jika dibahagi 4 tiada baki. Ini adalah tahun-tahun lompat. Manakala bagi tahun abad seperti  1700, 1800, 1900 dan 2000 jika boleh dibahagi 400 adalah tahun lompat. Contoh tahun 1700 dibahagi 400 mempunyai baki 100, ini bukan tahun lompat. Tahun 2000 boleh dibahagi 400 dan tiada baki, tahun 2000 adalah tahun lompat.

Fenomena astronomi yang menarik bulan  ini ialah planet Zuhrah. Planet yang kedua dari Matahari ini akan berada di langit barat sepanjang bulan ini. Ia menguasai langit barat dengan menjadi objek yang paling terang selain Bulan di langit malam. Ia menyinar terang dengan magnitud -4.4. Pada 15-29 Februari Zuhrah berada hampir dengan planet yang paling besar di dalam suria, Musytari. Kedua-dua planet ini akan berada hampir antara satu sama lain sehingga hujung bulan ini. Pada 26 Febuari, Zuhrah, Bulan dan Musytari akan berdekatan antara satu sama lain dan berada dalam satu susunan yang menarik. Bulan sabit 5 Rabiul Akhir 1433 mengikut taqwim Hijri, berada di antara Zuhrah dan Musytari. Zuhrah di bawah dan Musytari di atas Bulan sabit. Zuhrah akan kelihatan lebih terang dari Musytari.

Pada 25 Februari, Bulan sabit berada di bawah Zuhrah dan Musytari. Pada 27 Februari, Zuhrah akan berada elongasi terbesar dengan sudut 46 darjah timur dari Matahari. Pada malam ini ia akan kelihatan besar di dalam teleskop dengan fasa separuh. Kedudukan ketiga-tiga objek ini tinggi di langit barat dan mudah dilihat dengan mata kasar. Ini memberi pemandangan yang menarik bagi peminat-peminat astronomi. Jangan lepaskan peluang merakamkan pemandangan indah di langit ini.
 Rajah 1 : Zurah, Bulan sabit dan Musytari di langit barat pada 26 Febuari 2012
Rajah 1 : Zurah, Bulan sabit dan Musytari di langit barat pada 26 Febuari 2012

Pada petang 23 Februari, kita berpeluang melihat hilal Rabiul Akhir 1433 jika keadaan cuaca baik. Selepas Matahari terbenam di ufuk barat, hilal akan berada pada altitud 13 darjah dari ufuk.
Berhampiran dengan hilal kelihatan planet Utarid, ia kelihatan seperti satu bintang. Ia berada di sebelah kiri hilal dengan altitud 11 darjah.


Rajah 2 : Kedudukan hilal Rabiul Akhir 1433 dan Utarid pada 23 Febuari
Rajah 2 : Kedudukan hilal Rabiul Akhir 1433 dan Utarid pada 23 Februari


Sumber : Here

oWh.. giLer main vIdeO gamEs

,Sunday, February 26, 2012 | Comment
Mukadimmah....
Terlerai sudah kekusutan @ tanda tanya budak2 diploma sem 1 dan 2 mengenai tempoh pengajian antara 2, 2 setengah atau 3 tahun.. Ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang memaklumkan 3 tahun. Post2 dekat Fb pun banyak yang meluahkan rasa kurang senang dengan kata putus itu. Mana tak marahnya, budak sem 1 mendapat surat tawaran 2 tahun, tapi sekarang kena 3 tahun.

Sem dua pulak memang dulu2 dalam surat tawaran cakap 3 tahun, tapi kami telah dimaklumkan sem lepas jadi 2 tahun setengah. Tak lama lepas tu, pihak atasan maklumkan jadi 2 tahun tapi still 6 sem. . OK la, heppy la sebab dapat singkatkan masa kan..tapi perkara menjadi rumit  setelah dimaklumkan perkara tu tak jadi. Terpaksa la terima kan... apa2 pun, study.. betul tak?
 eh2, orang cakap study, dia tido plak..!

Ok, berbalik kepada title post nie..emm, dengar tajuk pun dah taw kan? emm, dalam saat2 akhir sem nie boleh pulak ketagih dengan Games yang best2.. Aku paling suka main games race , make up2, hahaha.. macam budak kecik kan? tapi tau tak korang dalam games pun kita boleh kenakan orang... amaran, orang tu tak de sakit jantung, tak pregnant. Nak tau games ape? Cuba korang main games nie dulu and korang akan tau la sendiri.
main taw...
Sebenarnya banyak lagi games2 yang kenakan orang macam nie tapi dah lupa link nye ape.. ape2 pun try la dulu ye.. kalau nak main sila klik SINI .

Mood : berjaga.. Sekarang 3.54 pagi...

oWh.. Minggu yG buSy...

,Wednesday, February 22, 2012 | Comment
Penat betoi minggu nie... bukan ada sukaneka.. bukan jugak ada gotong royong tapi ada 4 test yang perlu dijawab... adoi, banyak betul. 21 ari bulan test Bio, Alhamdulillah dah lepas satu bebanan. Walau pun aku jawab sekadar yang aku mampu je. 23 ari bulan pulak quiz physics. Biasa lecture bagi soalan gempak punye la, soalan yang betul2 mencabar.. sabar je la. 24 aribulan pulak ade test math pukul 9 pagi, 8 malam test Chemist. emm,macam macam nak kena study nie. Kalau x de test atau exam, memang tak bukak la buku tu. Tapi yang tak sedapnya kenapa la semua test buat minggu nie? tension + stressssssssssss... sabar2..
Realiti la kan??

Tapi yang bestnye minggu nie final projek untuk keusahawanan dah siap! Group kitorang buat portable snooker untuk kanak-kanak.. cantik! kalau nak tengok, nantikan post akan datang berkenaam dengan pemeran tu nanti. Apa-apa pun memang tak sabar..








lalala.. tengah menghabiskan masa dengan tengok citer Personal Taste. Skarang dah episod yang ke 13 dah.. citer dia agak best walau pun masa first2 agak boring. Adoi, sempat lagi cik Sarah nie layan citer, kata tadi banyak kena study.. hehehe.. ala, time rest, kite rest, time study, kita study sambil rest.. hehehe..




Mengisahkan kehidupan seorang gadis, Park Kae In yang putus cinta dengan boyfriend nya yang hampir2 berkahwin dengan kawan baiknya sendiri. Jalan cerita bertambah menarik apabila Jeon Jin Ho tinggal serumah dengan Park Kae In kerana Park Kae In menyangka Joen Jin Ho seorang gay.. tu je yang boleh dikongsi. Tengok la sendiri ye.


p/s : hahaha.. demam korea melanda.. ade sape2 nak suggest citer korea atau jepun best tak?

10 Google tricks

,Tuesday, February 21, 2012 | Comment
Sarah tak taw la korang pernah tak try buat benda-benda nie tapi ape-ape pun Google trick nie memang menarik. Sebab tu la saya sayang pak cik Google!!

1.  Google Gravity 

2. Google Ninja


3. search Ascii art dan temui logo google yang comel


4. mentalPlex


5. search recursion dan pak cik Google akan tanya did you mean recursion

6. Search Chuck Norris


7. google Pacman and enjoy the game


8. Askew dan jangan sengetkan kepala anda


9. Flight simulator


10. Nessie dan igoogle anda akan bertukar theme beach, tunggu pukul 3.14 am dan ada raksaksa menyeberagi pantai tu... boleh cepatkan jam komputer anda kalau nak tengok


Sejarah Upsi

,Monday, February 20, 2012 | Comment
Upsi berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti.. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI(1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.



Peranan R.O. Winstedt tercatat dalam sejarah SITC sebagai tokoh terawal yang mengilhamkan cadangan agar ditubuhkan sebuah maktab pusat bagi melatih guru dan bagi meluaskan skop pendidikan pada ketika itu. Ilham ini timbul setelah kepulangan beliau dari lawatan ke Tanah Jawa dan Filipina. Cadangan ini dibawa ke Persidangan Residen-Residen pada 10 Mei 1917.

Beliau juga turut menyarankan supaya tapak tempat maktab yang bakal didirikan itu mestilah mempunyai tanah yang subur, bagi menampung keperluan kurikulum yang banyak berteraskan kepada kemahiran dalam bidang pertanian. Tempat yang dipilih juga seharusnya berdekatan dengan rangkaian kereta api, jalan raya dan berhampiran dengan sungai. Satu lagi aspek yang difikirkan ialah komposisi penduduknya haruslah sederhana ramai. Dalam proses mencari tempat yang sesuai itu, Tanjong Malim dilihat sebagai satu-satunya tempat yang paling menepati ciri-ciri lokasi dan faktor geografi sebagaimana yang dihasratkan oleh Winstedt. 

Pada 26 Mei 1917, Tanjong Malim secara rasmi dipilih sebagai tempat pembinaan maktab. Pada tarikh yang sama juga cadangan untuk memberikan nama maktab ini sebagai Sultan Idris Training College (SITC) telah dimaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Shah. Cadangan ini diperkenankan baginda Sultan. Nama Almarhum Sultan Idris Shah diabadikan pada nama maktab ini sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar Almarhum dalam bidang pendidikan. Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah ialah Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara tahun 1889 - 1916.

Tanah seluas 64 hektar telah dibeli di Tanjong Malim dengan harga $49,000.00 untuk dijadikan kampus dan kerja-kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1919. Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina ala-Gothic Zaman Pertengahan. Pada tahun 1922, pembinaan maktab siap sepenuhnya. Pada 29 November 1922 SITC dirasmikan oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Bermula 19 November 1922, pengambilan kumpulan pertama pelatih lelaki berjumlah 115 orang telah mendaftar.

 SITC berkembang pantas. Kemasukan pelatihnya pula tidak terbatas hanya kepada orang Melayu di Tanah Melayu, malah meluas hingga ke Brunei, British Borneo dan Singapura. Pada bulan Mac 1924, SITC mengeluarkan guru terlatihnya yang pertama seramai 58 orang. Jumlah guru terlatih yang dikeluarkan terus meningkat dari setahun ke setahun. Dalam era ini jugalah bermulanya usaha membina peradaban bangsa menerusi bahasa Melayu. Pejabat Karang-Mengarang menjadi lidah rasmi yang memartabatkan dan meninggikan bahasa ibunda. Usaha ini berkembang subur di tangan Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba

Pada tahun 1957 nama SITC ditukarkan kepada nama Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Langkah ini dilakukan bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak. Dari tarikh ini bermulalah era MPSI yang membawa wajah, watak dan keperibadian Melayu, apabila pentadbiran SITC yang selama ini diketuai orang Eropah beralih tangan kepada cendekiawan Melayu.
Pada 13 Januari 1975, MPSI memecah tradisinya apabila menerima 140 orang penuntut perempuan. Perkembangan baharu ini telah mewujudkan senario baru dalam tradisi MPSI. Meskipun penuntut perempuan diterima masuk, namun MPSI terus ke hadapan sebagai sebuah institusi perguruan yang 
cemerlang dan terunggul tanpa membezakan taraf dan jantina.

Era MPSI berakhir pada 21 Februari 1987 apabila tarafnya sebagai sebuah maktab ditingkatkan menjadi sebuah institut dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Era IPSI merupakan satu zaman mencabar, kerana kedudukannya sebagai sebuah institusi tidaklah hanya meninggikan nama semata-mata, tetapi turut melonjakkan harapan anak bangsa dan masyarakat Melayu serta kerajaan yang mentadbir untuk melihat IPSI benar-benar menjadi tonggak harapan bagi mempertingkatkan taraf pendidikan rakyat, khususnya orang-orang Melayu.

Genap usia sepuluh tahun, IPSI memasuki era barunya pada tahun 1997 dengan langkah yang penuh bergaya apabila institusi ini secara rasmi dinaikkan taraf sebagai sebuah universiti. Bagi menjalankan perintah kerajaan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 132 & 133 bertarikh 24 Februari 1997, maka bermula 1 Mei 1997, tertubuhlah Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dikenali hari ini dengan nama singkatannya UPSI.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mula beroperasi pada 2 Mei 1997 dengan pelajarnya seramai 350 orang. Datuk Dr. Ashari Che Mat telah dilantik sebagai Naib Canselor Pertama manakala Profesor Dr. Abu Bakar Nordin (kini bergelar Dato’) sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik.
Jika dilihat dari segi bilangan pengambilan pelajar dalam tempoh dua belas tahun (1997 - 2009), peratus pengambilan amat besar jika dibandingkan dengan perancangan awal penubuhan universiti ini. Minat pelajar lulusan STPM, Diploma atau yang setaraf dengannya amat tinggi sekali dan umum mengetahui bahawa UPSI adalah IPTA paling popular menjadi pilihan pelajar.

 Dari seramai 338 orang pelajar pada tahun 1997, kini (2009) enrolmen pelajar UPSI menjangkau 12,005 pelajar, tidak termasuk sejumlah 523 pelajar Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dan pelajar pasca siswazah seramai 1,357 orang. Jumlah keseluruhan pelajar yang aktif di kampus UPSI sehingga ke hari ini adalah 13,885 orang. 

Young Photography

,Saturday, February 18, 2012 | Comment
Dengan hanya mempunyai pengalaman 2 tahun setengah, Cristina Otero , 16 tahun dari Sepanyol berjaya menghasilkan potret diri berinspirasikan buah-buahan yang bertajuk Tutti Frutti. Otero menggunakan  kecantikan feminin dan interaksi dengan buah-buahan dalam menghasilkan gambar yang baik.







p/s : tak taw nak tulis ape sebenarnye nie...
ape2 pun, enjoy ye...

Pengumuman untuk Pelajar Diploma UPSI

,Wednesday, February 15, 2012 | Comment

Pusat Islam
Universiti Pendidikan Sultan Idris

BANTUAN ZAKAT
 DARIPADA
TABUNG AMANAH ZAKAT UPSI

Pusat Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris mempelawa pelajar UPSI yang berkelayakan untuk memohon SKIM BANTUAN ZAKAT daripada TABUNG AMANAH ZAKAT UPSI.

Syarat Permohonan:
Tidak mempunyai tajaan atau pinjaman daripada 
mana-mana agensi.
ATAU
Mempunyai Tajaan atau Pinjaman tetapi Ibu dan Bapa 
atau Bapa telah meninggal dunia.
ATAU
Mempunyai tajaan atau pinjaman dan pendapatan  keluarga 
bawah daripada RM 1000.00 serta mempunyai tanggungan yang ramai.
DAN
Permohonan dibuka untuk pelajar diploma yang belum 
mendapat bantuan zakat pada semester 2 sesi 2011/2012 sahaja.

Cara Memohon:
  1. Permohonan hendaklah dilakukan secara online melalui myUPSI portal.
  2. Buat cetakan permohonan serta lampirkan dokumen yang diperlukan.
  3. Hantar cetakan permohonan serta dokumen sokongan ke Pejabat Am Pusat Islam.
  4. Hadiri sesi temu duga (Tarikh akan diberitahu kemudian)

Tarikh tutup permohonan adalah 20 FEBRUARI 2012

Untuk keterangan lanjut
sila hubungi:
Pusat Islam,
Aras 2, Bangunan Blok C,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tel : 05-4505538 / 5476
http://pusatislam.upsi.edu.my


p/s ; Sarah pun baru je isi gak..

Cerita Jepun dan Korea

,Wednesday, February 15, 2012 | 2 Comment
Mesti ramai yang suka tengok cerita Jepun atau korea kan? Sarah sebenarnya tak brapa tengok sangat cerita2 nie tapi bila dah terlampau boring boleh la layan sikit2... hehe.. Malam tadi Sarah layan cerita My Boss My Hero. Cerita nie ok la, not bad.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang putra mahkota dari kelompok Yakuza yang kembali ke sekolah walaupun tak pernah ke sekolah. Dia sangat blur dan menganggap sekolah ini menyusahkan. Namun dia sangat suka kan puding yang dijual di kafe sekolahnya. Semua pelajar jugak sanggup bergaduh untuk dapatkan puding limited addition tu. Memang lawak kalau tengok scene yang gaduh2 tu..


Dia mula belajar dalam kelas, bergaul dan berkawan , bermain bola keranjang, menjadi class presenter dan boleh mengawal perasaan agresifnya itu.. Apa2 pun, kena tengok sendiri la..

Kalau korang nak layan cerita korea atau jepun secara online boleh la searh kat maaduu.com atau klik je kat
SINI 


p/s : ada orang cakap Sarah nie kelawar... 
=(

What You Should Know

,Monday, February 13, 2012 | Comment
Pernah tak korang ada secret admirer? Mesti ada diantara korang yang pernah tidak kira la berapa orang sekali pun. Namun, untuk pengetahuan girls2 kat sana tu, ada diantara secret admirer awak tu tak menonjolkan diri dia di depat korang, means hanya mencintai korang secara senyap-senyap dan dari jauh. Ye la dah nama pun secret admirer kan. Mesti senyap2. 


Sarah ada seorang kawan lelaki. Kitorang xde la kamcing sangat tapi akhirnya dalam berSMS tu, dia de ckap yang dia sukakan sorang girl dalam class dia nie. 
Sarah ada tanya dia, pernah tegur dia tak? Kawan Sarah cakap tak pernah sebab tak tahu nak tegur cam mana.. Rasa nak tergelak pun ada bila dia cakap macam tu tapi tahan.. Hahaha.. (eh, tak baik gelakkan orang.)
Sarah cakap la kat dia,"cuaba la try tegur dia. Tegur tak semestinya face 2 face (bak kata omputih), tegur kat fb pun boleh". tu la Srah cadang kat dia, mana tau menjadi ke.. "tapi tak berani la. Tak tahu nak cakap apa.", kawan sarah balas. Sarah pun balas"laa, cuba la buat2 tanya assignment ke, ape ke. Lagi satu cuba la buat assignment group dengan dia." emm, biasamya cara nie menjadi.. huhuhu.
"Malulah aku.. Kau tahu la aku nie... emm, tak berani la. Lagi pun dia dah ada pakwe".. kawan Sarah jawab.
loo, dah ade pakwe rupanya.."emm, cam tu lak eh? kau nie tak de yang single ke yang kau nak berkenan? ala kau try la tegur dia dulu. belum cuba belum tahu,,,"
Kawam Sarah jawab, " emm,nanti la aku kumpul keberanian aku dulu . Sekarang nie hati aku just suka dia je. belum ade yang lain. tapi, Harap dia bahagia la dengan pilihan dia. " <------ ayat yang nie sarah ubah sikit, dah lupa dia cakap cam mana.. hehehe
"owh, aku harap kau akan jumpa la dengan orang yang sesuai dengan kau." dengan harapan dapat pujuk hati dia yg lara.

{konklusi dari cerita nie} most of boys tak tunjukkan rasa suka dia kat perempuan yang dia suka. Sebab mereka nie rasa malu dan segan bila berhadapan dengan orang yg mereka suka nie... Sweet plak kan...?
Tapi ada jugak yang terus tacle pompuan kalau dah suka, yang tu dikategorikan lelaki yang berani.

Lelaki kalau nak tacle pompuan kena slow2, tak bleh nak rushing2 sangat. bagi ruang untuk pompuan berfikir dan jangan terlampau mendesak. 

Bagi lelaki yang malu2 plak,cuba la dekati si dia dan luahkan pada masa yang sesuai.Jangan beranggapan yang si dia tidak sukakan awak kerana mungkin si dia juga simpan perasaan terhadap anda. tapi kalau dia menolak, bagi dia ruang dan cuba tonjolkan diri awak yang sebenarnya. tapi jangan terlalu mendesak si dia.Jujur pada diri sendiri sangat penting. InsyaAllah si dia akan menyedari kehadiran awak. Kalau dia jual mahal jugak, Sarah rasa awak tidak rugi sedikit pun tapi dia yang rugi kerana dia telah kehilangan orang yang mencintai dia.


Kenapa Tak boleh tido...?

,Monday, February 13, 2012 | Comment
Dah beberapa hari Sarah susuah nak tido. Kadang-kadang sampai pukul 4 pagi baru boleh tido. Tak tau la kenapa. So, bila search kat google, beberapa maklumat yang Sarah dapat and nak kongsikan.


Imsomnia ialah ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapat tidur yang cukup. Jumlah tempoh  untuk tidur seseorang berbeza mengikut imur. Bayi dan kanak-kanak memerlukan masa yang lebih laa dari warga tua. Warga tua pula memerlukan 4-5 jam berbanding orang muda yang memerlukan 8 jam.


Gejala:
  • Sukar untuk tidur
  • Tidur putus-putus atau resah
  • kerapbangun tidur pada waktu malam
  • Bangun pada awal pagi dan sukar untuk tidur semula
  • menjadi cepat tersinggung atau sensitif pada waktu siang
    Punca-punca :
    • persekitaran baru - baru berpindah ke rumah baru
    • tekanan perasaan
    • keadaan persekitaran yang tidak sesuai untuk tidur seperti terlalu kotor, sejuk, panas 
    • kesan dari ubat-ubatan
    • tidur yang tidak teratur
    • sakit pada penyakit-penyakit tertentu
    Cara-cara nak tidur lebih mudah :
    • Jaga pemakanan dan aktiviti seharian
    • Janagn mengambil makanan yang mempunyai sumber berasaskan protien yang tinggi, seeolknya ambil minuman yang berasaskan susu dan makanan yang ringan seperti kurma, roti dan pisang.
    • Jangan minum kopi sebelum masuk tidur
    • Jangan tidur melebihi 15 minit pada waktu siang
    • Kurangkan stress
    • Mandi dengan air suam sebelum tidur kerana dapat memberi ketenangan kepada tubuh
    • membiasakan diri tidur pada awal waktu.
    • Pakai pakaian yang selesa 
    • Tempat tidur bersih dan tidak berbau
    • Pilih posisi tidur yang sesuai dan selesa dengan diri
    • Guna aromaterapi dan bau-bauan yang menyenangkan
    • dan jangan lupa baca beberapa ayat Al Quran dan doa tidur!



    emm.. harap2 malam nie dapat la tidur awal..

    Apa kertas boleh buat?

    ,Sunday, February 12, 2012 | Comment
    Post kali nie berkaitan sedikit sebanyak dengan kitar semula.. Penggunaan kertas tidak terhad untuk tulis dan baca , malah boleh digunakan dalam penghasilan kraftangan.. apa yang cool nya ialah, tidak semua orang kreatif membuat sesuatu yang menarik seperti gabar2 di bawah.....


    kreatif




    Ladies shoe yang comel!

    telefon rumah desing lama

    kasut

    Comelnya...

    ,Saturday, February 11, 2012 | Comment
    sekali tengok macam baby betol pun ada baby2 kat bawah nie... apa2 pun they are so cute!


    tido terlentang ...

    baby boy..

    ala2 bucuk2....

    Comelnya dia tido...



    Binaan Bangunan Yang Menarik

    ,Thursday, February 09, 2012 | Comment











     
    All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013