Post nie merupakan post yang last pada bulan Februari nie dan yang paling special hari ini jatuh pada 29 Febuari yang menandakan tahun lompat berlaku pada tahun ini. Oleh itu, mari baca fakta mengenai tahun lompat nie.
Tahun 2012 mempunyai kelebihan satu hari dibandingkan dengan tahun 2011 kerana tahun ini adalah tahun lompat. Taqwim yang digunakan pada hari ini dinamakan taqwim Gregory. Taqwim Gregory sempena nama Pope Gregory XIII (7 January 1502 – 10 April 1585), orang yang bertanggung jawab mengubahsuai taqwim Julian. Beliau telah mendapati kesilapan dalam taqwim Julian dan memperkenalkan pembetulan taqwim yang dikenali sebagai taqwim Gregory. Taqwim ini juga dikenali sebagai taqwim barat atau taqwim Kristian. Taqwim ini telah diterima secara perlahan-lahan oleh negara-negara di dunia. Britain menerima pakai pada tahun 1752, Sweden 1753, China 1912, Russia 1918 dan Turki negara terakhir menerima taqwim ini pada tahun 1926, selepas kejatuhan empayar Uthmaniah.Mengikut taqwim ini satu tahun mengandungi 365 hari bagi tahun biasa dan 366 hari bagi tahun lompat. Taqwim ini berdasarkan kepada pergerakan Bumi mengelilingi Matahari. Tempoh satu peredaran lengkap Bumi mengelilingi Matahari dinamakan satu tahun Suria. Tempoh Bumi mengelilingi Matahari adalah hamper 365.25 hari. Ini bermakna terdapat perbezaan diantara satu tahun taqwim Gregory dengan satu tahun suria sebanyak 0.25 hari (1/4 hari). Dalam masa 4 kali pusingan tempoh ini menjadi. Tempoh ini digenapkan menjadi satu hari bagi menyesuaikan taqwim ini dengan satu tahun suria. Tambahan satu hari ini ditambah setiap empat tahun dalam bulan febuari. Ini menjadikan bulan febuari dalam tahun keempat mengandungi 29 hari dan tahun berkenaan dinamakan tahun lompat.
Jika perbezaan tempoh ini tidak diambil kira akan mengakibatkan dalam masa satu abad akan terkumpul menjadi 25 hari. Ini bermakna jika musim panas di hemisfera utara lazimnya bermula dalam bulan Jun akan berganjak ke bulan Julai. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dan menyesuaikan satu tahun taqwim sepadan dengan satu tahun suria, satu hari ditambah setiap empat tahun. Tahun yang ditambah satu hari itu dinamakan tahun lompat dan ini dijadikan peraturan dalam sistem kalender Gregory.
Tempoh satu tahun sebenarnya bukan tepat 365.25, yang tepat adalah 365 hari 5jam 48 minit 46 saat. Ini bermakna terdapat perbezaan 11 minit 14 saat setiap tahun. Perbezaan ini akan menokok menjadi satu hari dalam masa 128 tahun iaitu terlebih satu hari dalam tempoh tersebut. Bagi mengatasi masalah ini pembuat kalender Gregory telah membuat satu lagi peraturan iaitu bagi tahun abad dikecualikan atau tidak dikira sebagai tahun lompat kecuali jika boleh dibahagi empat ratus dengan tidak berbaki. Sebagai contoh tahun 1700 tidak dikira sebagai tahun lompat kerana apabila dibahagi empat ratus mempunyai baki. Dengan peraturan ini dapat mengatasi lebihan satu hari tersebut dengan menggugurkan satu hari dalam tempoh empat ratus tahun.
Dengan peraturan-peraturan tersebut kita boleh mengetahui tahun lompat dengan membahagikan tahun yang dicari dengan 4. Jika hasil bahagi itu tiada baki maka tahun itu adalah tahun lompat. Contohnya tahun 2012, 2016, 2020 jika dibahagi 4 tiada baki. Ini adalah tahun-tahun lompat. Manakala bagi tahun abad seperti 1700, 1800, 1900 dan 2000 jika boleh dibahagi 400 adalah tahun lompat. Contoh tahun 1700 dibahagi 400 mempunyai baki 100, ini bukan tahun lompat. Tahun 2000 boleh dibahagi 400 dan tiada baki, tahun 2000 adalah tahun lompat.
Fenomena astronomi yang menarik bulan ini ialah planet Zuhrah. Planet yang kedua dari Matahari ini akan berada di langit barat sepanjang bulan ini. Ia menguasai langit barat dengan menjadi objek yang paling terang selain Bulan di langit malam. Ia menyinar terang dengan magnitud -4.4. Pada 15-29 Februari Zuhrah berada hampir dengan planet yang paling besar di dalam suria, Musytari. Kedua-dua planet ini akan berada hampir antara satu sama lain sehingga hujung bulan ini. Pada 26 Febuari, Zuhrah, Bulan dan Musytari akan berdekatan antara satu sama lain dan berada dalam satu susunan yang menarik. Bulan sabit 5 Rabiul Akhir 1433 mengikut taqwim Hijri, berada di antara Zuhrah dan Musytari. Zuhrah di bawah dan Musytari di atas Bulan sabit. Zuhrah akan kelihatan lebih terang dari Musytari.
Pada 25 Februari, Bulan sabit berada di bawah Zuhrah dan Musytari. Pada 27 Februari, Zuhrah akan berada elongasi terbesar dengan sudut 46 darjah timur dari Matahari. Pada malam ini ia akan kelihatan besar di dalam teleskop dengan fasa separuh. Kedudukan ketiga-tiga objek ini tinggi di langit barat dan mudah dilihat dengan mata kasar. Ini memberi pemandangan yang menarik bagi peminat-peminat astronomi. Jangan lepaskan peluang merakamkan pemandangan indah di langit ini.
Rajah 1 : Zurah, Bulan sabit dan Musytari di langit barat pada 26 Febuari 2012
Pada petang 23 Februari, kita berpeluang melihat hilal Rabiul Akhir 1433 jika keadaan cuaca baik. Selepas Matahari terbenam di ufuk barat, hilal akan berada pada altitud 13 darjah dari ufuk.
Berhampiran dengan hilal kelihatan planet Utarid, ia kelihatan seperti satu bintang. Ia berada di sebelah kiri hilal dengan altitud 11 darjah.
No comments:
Post a Comment
Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye