Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Dukacita di maklumkan, 5 orang pelajar UPSI telah mengalami kemalangan maut di Baling, Kedah. Kejadian yang berlaku pada pagi 6 Mac menyebabkan 3 pelajar cedera dan menerima rawatan di Hospital Baling, manakala 2 pelajar yang meninggal di tempat kejadian. Berikut adalah pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut :
Meninggal Dunia :
1. Fatini bt. Muhammad – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam
2. Nurul Hidayah bt. Abdul Aziz – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam
Cedera :
1. Hamidah Bt. Mamat – Pelajar Semester 4, Program Pendidikan Awal Kanak-kanak
2. Aisyah Mardhiah bt. Kamil – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam
3. Abqariyyah bt. Ghazali – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam
Sumber : Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPSI
Semoga roh allahyarhamah di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.
ok, post hari nie nak ajar bahasa ambo, iaitu bahasa kelate.
Pernah dengar orang KL kechek klate?? Bunyi macam siam kan??
Bahasa kelate nie sangat luas dan mengambil masa yang lama untuk mahir, bagi yang baru-baru nak belajar....
Ok,basic lesson.
Kechek = Cakap
Make = makan
Royak = Bagitau
Jolo / sungguh = Betul
vi = Bagi
Samah = 50 sen
Siyya = Seringgit
Bakpo = Kenapa
Bekwoh = Kenduri
Pitih = Duit
Bekeng = Garang
Bangak = Cepat
Tubik = Keluar
Dergak = Jalan-jalan
Debe = Samseng
Mokte = Rambutan
Korgok = Tengkorak
Meppeh / nebeng = Tak larat atau terpaksa
Air geh = Air berkarbonat
Gori = Pelanggan pertama yang membeli
Deh = kan @ Digunakan untuk mendapat kepastian.
Roba = Pemadam
Kata penguat dalam bahasa Kelate
Manis letting - manis
Mase Purit - masin
Hija pekkok - Hijau
Meroh nyalo - Merah
Comel lotte - Comel
Kucca hanya - Kacau bilau
Tawar hebe -Tawar
Hite legge - Hitam
Kenye boyyah - Kenyang
Buccit kembong Buncit
Pahit leppe - Pahot
Masin Perrak - masin
Ayat Dalam Bahasa kelate
Nok gi mano tuh? Gadhuh napok..
Nak pergi ke mana? Nak cepat nampak
Ambo tok se la make budu. Meta lagi nok gi sejjek.
Saya tak nak makan budu. Sekejap lagi nak pergi masjid.
Gi balik dumah nuh. Baco book
Pergi la balik rumah. Baca buku
Kito tak dop kelah deh?
Kita tak de kelas kan?
Mari la kito gi sittuh. Ado ore ajok make gula. <----gulai
Marilah kita ke sana. Ada orang ajak kenduri
Kat bawah nie ada video orang arab yang boleh bertutur bahasa Kelantan..
Sesungguhnya untuk mahir dalam sesuatu perkara tu perlukan masa dan praktis. Selamat belajar dan kalau nak mahir bercakap kelantan ( bagi bukan kelantanese) boleh la selalu praktis cakap dengan orang kelantan sendiri. Boleh jugak tengok movie Kelantan. Sarah syorkan tengok movie Budak Kelantan untuk mahirkan pronunsiation kerana movie nie menggunakan bahasa dan pelakon Kelantan asli.
Untuk pengetahuan semua, bahasa Kelantan kini telah menjadi lebih mudah dan telah di standardkan sedikit. Kebanyakan perkataan yang dahulunya digunakan oleh datuk nenek juga kian dilupakan. Jadi, sama -sama lah kita menjaga bahasa agar generasi akan datang dapat belajar bahasa indah ini.