Pengedar Rebat Telefon Pintar RM200

,Friday, January 18, 2013 | 23 Comment
Perhatian :Jenis telefon, harga dan detail bagi rebat telefon pintar mungkin berubah dari masa ke semasa. Harap maaf jika admin tidak sempat untuk mengupdate satu per satu update terbaru mengenai Rebat ini. Harap Maklum.


Maaf atas kelewatan mengemaskini senarai pengedar. Untuk pengetahuan semua,kebanyakan telefon pintar yang menggunakan rebat ini haruslah dilanggan bersama pakej internet yang ditawarkan.
Pendaftaran rebet RM 200 bagi pembelian telefon pintar 3G telah bermula 18 hari yang lalu. Sehingga kini, kesemua syarikat telekomunikasi telah menawarkan pilihan telefon pintar kepada belia. Antara syarikat yang bekerjasama dalam pakej ini adalah syarikat Celcom, Maxis, Digi, Umobile, TuneTalk, Yes dan Flixter. Bagi yang telah berjaya mendaftar, pilihlah pakej yang disediakan mengikut kemampuan masing-masing.





(klik logo untuk ke webiste Clixster)
CLIXSTER MENAWARKAN PAKEJ PEMBELIAN KAD SIM, TALIAN PRABAYAR DAN TELEFON PINTAR
REBET RM200 DIBAWAH PAKEJ KOMUNIKASI BELIA (PKB)

Untuk menegetahui lebih lanjut mengenai senarai telefon pintar yang ditawarkan oleh Clixster boleh ke LINK. Kini, anda boleh memeriksa pengedar bagi syarikat Clixster mengikut negeri di Laman Ini




(Klik logo untuk ke website)

Pakej ini mengikut keperluan anda. Plan Pra-Bayar Yes menawarkan kadar terendah pada 9 sen/minit/SMS/
3 MB. Valuepack pula memuatkan pakej data beserta SMS dan panggilan suara percuma dengan harga serendah RM 25 untuk penjimatan terbaik.

Untuk mengetahui lokasi Outlet Yes, sila klik LINK INI. Telefon yang ditawarkan adalah Samsung 4G Smartphone





(Klik logo untuk ke website)

Tune Talk menawarkan 15 model telefon pintar dalam pekej Komunikasi Belia ini. Untuk membuat tinjauan dan mengetahui stokis TuneTalk bolehlah ke la laman ini.




(Klik logo untuk ke website)

Syarikat telekomunikasi kini boleh menawarkan pelbagai pilihan telefon pintar 3G kepada belia yang layak. U Mobile menawarkan tambahan 13 model telefon pintar di bawah insentif PKB. Walau bagaimanapun, peranti Motorola XT311 yang ditawarkan sebelum ini telah ditarik balik. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pilihan telefon pintar 3G bagi rebet RM 200 yang ditawarkan oleh U Mobile berjumlah 17 buah model.


Umobile memberikan pek permulaan prabayar bernilai RM28 secara percuma kepada belia. Ya, secara percuma dan tanpa tempoh kontrak. Untuk membaca ulasan kami tentang pakej yang ditawarkan oleh U Mobile termasuk kadar panggilan prabayar mereka, pembaca boleh merujuk kembali kepada artikel kami sebelum ini, “U Mobile tawar 5 model telefon dengan pek prepaid percuma bernilai RM28“.

Berminat? Untuk mendapatkan telefon pintar yang ditawarkan oleh U Mobile bagi rebet RM 200 di bawah Pakej Komunikasi Belia, pembaca boleh berkunjung ke mana-mana premis U Mobile, Senheng dan SenQ di seluruh negara. Berdasarkan semakan kami, senarai premis bagi mendapatkan telefon pintar di bawah PKB oleh U Mobile ditawarkan di kesemua premis atau cawangan mereka. Kami anggarkan terdapat lebih kurang 100 buah premis atau cawangan bagi ketiga-tiga syarikat tersebut. Untuk melihat senarai alamat mengikut negeri, sila klik pada pautan ini




(Klik logo untuk ke website)

 Maxis melalui Hotlink mula menawarkan 6 pilihan telefon pintar kepada belia bagi rebet RM 200. Untuk makluman pembaca, sebelum ini, Maxis hanya menawarkan Samsung Galaxy Y sahaja dengan harga pelan prabayar. Maxis menawarkan 2 pilihan pelan jalur lebar kepada belia di bawah Pakej Komunikasi Belia iaitu sama ada pelan prabayar Hotlink (tanpa kontrak) atau pelan pascabayar (dengan kontrak).

Bagi pelan prabayar Hotlink, 6 pilihan telefon pintar ditawarkan termasuk peranti Apple terbaru iaitu iPhone 5 dan peranti terbaru dari Samsung iaitu Samsung Galaxy S3. Seperti yang kami jelaskan, sekiranya belia memilih pelan prabayar, tiada kontrak ditetapkan. Namun, untuk membuat pembelian dengan rebet RM 200, belia perlu melanggan pelan jalur lebar dengan syarikat telekomunikasi di mana pembelian ingin dibuat. Jika belia telah pun mempunyai kad sim Hotlink/Maxis, mereka boleh terus membuat pembelian tanpa membuat pendaftaran pelan yang baru.


Bagi pelan pascabayar Maxis pula, 4 pilihan telefon pintar 3G ditawarkan dengan kontrak. Dengan pelan pascabayar, belia bukan sahaja dapat menggunakan rebet RM200, tetapi turut mendapat tambahan diskaun pada peranti oleh Maxis.

Untuk maklumat lanjut sila ke website Maxis.



(klik link untuk ke website)

Pelbagai jenis smartphone dengan harga yang cukup berpatutan boleh anda dapati dengan pekej yang ditawarkan oleh syarikat Celcom.


Berikut adalah harga pakej yang ditawarkan oleh syarikat Celcom dan untuk keterangan lanjut, boleh ke website Celcom


(Klik logo untuk ke website)

Digi mempunyai dua pakej iaitu Digi Postpaid dan Digi Prepaid .DiGi Postpaid menawarkan 13 jenis model telefon pintar dimana pelangggan perlu melanggan iDiGi atau  DG Smart Plan™ . Bagi pekej Digi Prepaid, 3 jenis model yang ditawarkan dan apa yang menariknya pakej ini memberi prepaid Rm10 percuma. Untuk maklumat lanjut, boleh meninjau di laman Digi . Senarai premis Digi juga boleh disemak di website tersebut.




P/s : pilih jangan tak pilih.





23 comments:

  1. Assalamualaikum awak. bestnya! juling mata sheila tengok tawaran hebat ni! tak sabar nak belikan untuk suami. hehe. err nak tanya, rebate smartphone tu , kalau tak isi dalam online. kat mana boleh isi borangnya ye? sheila takleh masuk laa online tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sheila.. tentang pendaftaran tu kena isi online kat laman web https://komunikasibelia.skmm.gov.my/ ..maybe sekarang dh boleh masuk online kot

      Delete
  2. When I іnitially commentеd I clicked the "Notify me when new comments are added" checkbox and
    now each time a сοmment is added Ӏ get thгee e-maіls with
    the same comment. Is there any way yοu can remove pеοple fгοm
    that servicе? Thanks a lot!
    Also visit my page mobile web

    ReplyDelete
  3. susah betoi nak cari yang bekenAN..HU

    ReplyDelete
  4. huhu... xdpt rebat ni...

    maaf ya sekarang baru deno baru dapat ke sini.. dulu blog ni ada malware tapi skrg dah takde.. dah masuk bloglist deno blog sararose :)

    p/s: link baru blog deno: www.dayangdeno.my

    ReplyDelete
  5. dh g senheng tp tnya fon yang dh pilih kt web umobile xde pn kt senheng..adoi..

    ReplyDelete
  6. dh g senheng tp tanya fon yg nk bli xde pon...padahal check dkat web umobile ada jer..pnat jer g jauh2...choi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..sabo je la..carilah rangkaian untuk syarikat lain plak

      Delete
  7. sume hrga nie da tolak rebat ker ape nie....xfhm la....

    ReplyDelete
  8. nie hrga da tolak rebat ker...xfhm la...

    ReplyDelete
  9. ape yg diorang bgtau maksimum rm500 tu?

    ReplyDelete
  10. mcm mana dgn yg rm500 tu.yg tiada had harga..maksimum tuk semua telefon tu rm500..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..yg rm500 tu masa awl2 rebat nie dibukak utk pendaftaran..tp diorang dh longgarkan, jadi semua smartfon boleh guna..itupun bergantung kpada syarikat pegedar.. sorry, lama xupdate benda nie so xtaw sangat lah

      Delete
  11. Sis xupdate ke list2 hp yg latest...rasanya mcm ada tambahan lg handphone2 yg boleh di beli bwh rebat 200 ni...

    tp kan,ad certain2 hp xberbaloi langsung beli guna rebat. contoh s3 lepas rebat jd 1799? s3 boleh dpt 18++ kalaw beli sendiri, rugi je spend 200 kt rebat tu bg untung kt supplier2 ni...sbb harga ni diorg xupdate...
    semua hp2 ni akan susut nilai lama kelamaan...tp harga diorg ambek sume harga official mcm hp baru2 keluar dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sangat.. lama dh xupdate sal rebat nie..ada masa nanti akn diupdate.. tp sekarag nie mmg xtaw sangt pasal update terbaru

      Delete
  12. Hallu, nak tanya, kalau beli kat kedai handphone biasa tak boleh ke? Dah pegi Maxis semua bagai, tapi..unfortunately...katenya dah xde stock...kehampaan terserlah. Takkan nak ke hulu kehilir, mencari centre. Dah pegi 2,3,4 tempat..semuanya kate xde, dah abis. Boley? Cer advice, boley tak kalau gi kedai HP biasa2 tu..kan senang...fuhh..thanks anyway :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, thanks for visiting.. baru tahu ada kes macam tu. U boleh tengok kat seng heng (info terbaru yg baru saya terima). Pekej yang disediakan seng heng untuk rebar Rm200, boleh ke http://www.senheng.com.my/updates/2013/01/youth-communication-package-malaysia/ . stokis seng heng boleh check di http://www.senheng.com.my/stores


      Delete
    2. Hi Maisarah, thanks for the reply & info. Will search it.. sungguh membantu yer awk ni :)

      Wish u success & thanks again sweety!

      Delete
  13. skarang masih ada lagi ke stok utk tebus? and boleh tak kalau guna 2 rebat utk 1 phone?? thankss (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada tempat. ada certain area kat kl dah full dah, xboleh nak tebus rebat.. ada tempat still boleh, kena rajin2 survey la.. pasal 2 rebat tu saya kurang pasti, 1rebat 1henpon je rasanya

      Delete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013