Unik! Koleksi Bunga Yang Sangat Rare

,Thursday, January 17, 2013 | 5 Comment
Subhanallah.Sangat unik ciptaan Allah yang menciptakan alam semestar yang cukup indah sekali. Berikut adalah beberapa jenis tumbuhan dan bunga yang sangat rare yang dapat Sarah kongsikan Mungkin korang jugak first time tengok tumbuhan macam nie.


#1
Seksi dan menggoda je kan buga nie.
Bentuknya seperti bibir seorang wanita. Gambar ini bukan diedit, ianya merupakan satu jenis tumbuhan yang biasanya dipanggil Flower Lips, Hot Lips malah ada yang memanggilnya hookers lips. Nama saintifik pokok ini ialah Psychotria elata. Mengikut sumber, ianya berasal dari Colombia dan mempunyai taburan species  di beberapa kawasan di Ecuador, Costa Rica dan Panama. Kebiasaannya ia ditemui di kawasan yang mempunyai taburan air yang tinggi.


#2
Tertarik dengan warna bunga nie. Diberi nama Jade Vine atau nama saintifiknya Strongylodon macrobotrys dan dijumpai di huatan hujan tropika di Filipina. Tak pasti di Malaysia ada ke tak pokok nie. Ia merupakan satu keluarga (family) dengan pokok kacang, kira macam adik beradik la. Boleh mencapai ketinggian 3 meter dan apa yang menariknya adalah ianya boleh menjadi warna mint green ataupun biru hijau (macam color blog nie)


#3


Bentuk dan warnanya tidaklah menarik sangat. Tapi apa yang membuatkan Sarah terpegun dengan pokok ini adalah nama dia "Ghost Orchid". Orchid ye bukan orchard, orchard tu dusun. Sifat Ghost orchid sangat menarik dimana ianya tidak mempunyai daun dan tidak mengalami proses photosyntesis! Kalau tumbuhan  tak mengalami proses photosyntesis mestilah tumbuhan ini tidak dapat membuat makanan sendiri (dari cahaya matahari).Ia menghasilkan makanan bergantung pada kulat yang berada berdekatan dengan sistem akarnya. Ia mampu untuk hidup di bawah tanah bertahun lamanya dan mungkin disebabkan itu dipanggil Orkid Hantu (translate in Malay). Lagi istimewa mengenai orkid ini, ianya hanya berbunga apabila mencapai keadaan optimum. 

#4
Bunga cantik ini adalah Middlemist Red atau nama saintifiknya Middlemist camellia. Apa yang sangat rare mengenai bunga yang sangatlah cantik ini kerana hanya boleh ditemui di dua tempat sahaja, satu di New Zealand dan satu lagi di greenhouse Britain. Tumbuhan ini pada asalnya dibawa oleh John Middlemist dari China ke Britain. Nama bunga ini diambil bersempena nama lelaki tersebut John Middlemist . Tidak pasti sama ada bunga ini masih wujud di China .Sarah memang suka sangat dengan kecatikan bunga ini. Lihat sahajalah warnanya, cantik giler



#5
Warna bunga yang sangat rare. Sesuai dengan waranya, ia dipanggil Chocolate Cosmos. Terdapat di Maxico namun malangnya Chocolate Cosmos ini telah pupus sejak berabad yang lalu. Diameter bunga ini boleh mencapai 3 sentimeter. Untuk maklumat lanjut boleh la meng google tapi jangan confused dengan nama bunga ini dengan tajuk komik Chocolate Cosmos ye.




Sebenarnya banyak lagi tumbuhan yang jarang kita lihat, namun untuk perkongsian hari ini 5 sahaja yang mampu Sarah kongsikan. Sarah penat menaip, kalau rajin klik button donate kat bawah nie. Terima kasih sudi membaca.



5 comments:

  1. cantik nyaaaa.. Indah sungguh ciptaan Allah.. huhu

    ReplyDelete
  2. yang first tu macam bibir angelina jolie pun ada.haaha

    ReplyDelete
  3. wow..ada juga bunga bentuk bibir tu....merah giler...hhihihi

    ReplyDelete
  4. jom join.hadiah jubah ada,cash RM100!

    http://diyasesame.blogspot.com/2013/01/happy-blogging-giveaway.html

    ReplyDelete
  5. cantik-cantik blaka...bunga yg no2 tu kat cameron highland pn ada jugk....(n_-)

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013