Showing posts with label sangat menarik. Show all posts
Showing posts with label sangat menarik. Show all posts

Setiap Gambar Ada Nilainya

,Thursday, February 14, 2013 | 7 Comment
Blog nie memang tak sah kalau takde gambar banyak-banyak. Lagi-lagi ada readers yang datang semata-mata untuk tengok gambar. Maklumlah, kadang-kadang jenuh jugak mata membaca tulisan berderet-deret, nak jumpa fullstop pun kadang-kadang je jumpa. Gambar memang sangat rarelah jumpa. Aish? Baca kamuskah sampai fullstop pun susah nak jumpa. 
Jangan pikir gambar tak penting sebab satiap gambar ada nilainya. Jadi, hari nie nak share beberapa koleksi gambar yang aku boleh aku berikan tajuk sebagai "Setiap Gambar Ada Nilainya"......
(pssss, nampak sangat takdak idea)  Ehem, bukan takdak idea, line internet lembab, xsempat nak search info ataupun sumber lain...hehe..

Saat-saat jatuhnya seorang budak......

Huh? cool


Akibat ibu bapa yang terlalu sayangkan babynya....

Help! ada aeroplane tersesat

Aurora yg sangat indah


Terjunan beramai-ramai

Kipas yang kecik jangan fikir anginnya sikit

Best friend forever

Cantik tempat nie...

Anda fikir apa yang saya sedang fikir?

One... Two....Catch!

So sweet..

Oku pun mampu bermain bowling

Anak sapa lah nie?

Agak-agaklah pakcik oiii...


P/s : sorry kalau gambar buatkan loading blog nie lambat.
.



Unik! Koleksi Bunga Yang Sangat Rare

,Thursday, January 17, 2013 | 4 Comment
Subhanallah.Sangat unik ciptaan Allah yang menciptakan alam semestar yang cukup indah sekali. Berikut adalah beberapa jenis tumbuhan dan bunga yang sangat rare yang dapat Sarah kongsikan Mungkin korang jugak first time tengok tumbuhan macam nie.


#1
Seksi dan menggoda je kan buga nie.
Bentuknya seperti bibir seorang wanita. Gambar ini bukan diedit, ianya merupakan satu jenis tumbuhan yang biasanya dipanggil Flower Lips, Hot Lips malah ada yang memanggilnya hookers lips. Nama saintifik pokok ini ialah Psychotria elata. Mengikut sumber, ianya berasal dari Colombia dan mempunyai taburan species  di beberapa kawasan di Ecuador, Costa Rica dan Panama. Kebiasaannya ia ditemui di kawasan yang mempunyai taburan air yang tinggi.


#2
Tertarik dengan warna bunga nie. Diberi nama Jade Vine atau nama saintifiknya Strongylodon macrobotrys dan dijumpai di huatan hujan tropika di Filipina. Tak pasti di Malaysia ada ke tak pokok nie. Ia merupakan satu keluarga (family) dengan pokok kacang, kira macam adik beradik la. Boleh mencapai ketinggian 3 meter dan apa yang menariknya adalah ianya boleh menjadi warna mint green ataupun biru hijau (macam color blog nie)


#3


Bentuk dan warnanya tidaklah menarik sangat. Tapi apa yang membuatkan Sarah terpegun dengan pokok ini adalah nama dia "Ghost Orchid". Orchid ye bukan orchard, orchard tu dusun. Sifat Ghost orchid sangat menarik dimana ianya tidak mempunyai daun dan tidak mengalami proses photosyntesis! Kalau tumbuhan  tak mengalami proses photosyntesis mestilah tumbuhan ini tidak dapat membuat makanan sendiri (dari cahaya matahari).Ia menghasilkan makanan bergantung pada kulat yang berada berdekatan dengan sistem akarnya. Ia mampu untuk hidup di bawah tanah bertahun lamanya dan mungkin disebabkan itu dipanggil Orkid Hantu (translate in Malay). Lagi istimewa mengenai orkid ini, ianya hanya berbunga apabila mencapai keadaan optimum. 

#4
Bunga cantik ini adalah Middlemist Red atau nama saintifiknya Middlemist camellia. Apa yang sangat rare mengenai bunga yang sangatlah cantik ini kerana hanya boleh ditemui di dua tempat sahaja, satu di New Zealand dan satu lagi di greenhouse Britain. Tumbuhan ini pada asalnya dibawa oleh John Middlemist dari China ke Britain. Nama bunga ini diambil bersempena nama lelaki tersebut John Middlemist . Tidak pasti sama ada bunga ini masih wujud di China .Sarah memang suka sangat dengan kecatikan bunga ini. Lihat sahajalah warnanya, cantik giler



#5
Warna bunga yang sangat rare. Sesuai dengan waranya, ia dipanggil Chocolate Cosmos. Terdapat di Maxico namun malangnya Chocolate Cosmos ini telah pupus sejak berabad yang lalu. Diameter bunga ini boleh mencapai 3 sentimeter. Untuk maklumat lanjut boleh la meng google tapi jangan confused dengan nama bunga ini dengan tajuk komik Chocolate Cosmos ye.




Sebenarnya banyak lagi tumbuhan yang jarang kita lihat, namun untuk perkongsian hari ini 5 sahaja yang mampu Sarah kongsikan. Sarah penat menaip, kalau rajin klik button donate kat bawah nie. Terima kasih sudi membaca.



7 Koleksi Barang Paling Rare

,Monday, December 31, 2012 | 5 Comment

Kalau sebelum ini korang dah lihat Gambar Haiwan Yang Sangat Rare, kali ini pulak nak share 7 item yang paling RARE sekali. Mungkin ada yang duk tertanya-tanya apa itu rare? Rare sebenarnya bermaksud benda yang jarang atau benda yang terhad untuk dijumpai.Makna lain bagi rare adalah nadir. Huh, dah macam cikgu english pulak dah. Teruskan membaca entri ini ya.

Batu permata paling rare!
Batu permata ini pertama kali dijumpai di Burma. Memang tersangat cantik batu permata nie, kat Habib Jewel pun takde.

Ini adalah baka kucing yang paling rare.Kalau dilihat, ia seperti seekor anak harimau + kucing kan? 

Untuk menyatakakan syiling ini sebagai syiling yang paling rare adalah subjektif.  Bagaimanapun, mengikut sumber, coin ini dijual pada harga $7.9 million dollar!

Garam yang paling rare. Garam air laut ini dihasilkan oleh orang Jepun dimana mereka menghasilkannya dari air laut yang tidak tercemar di Seto-uchi inland. Dipenggil dengan nama Amabito No Moshio ("Ancient Sea Salt"),  ia adalah sesuatu yang rare kerana cara penghasilannya yang agak rumit. Harga garam ini adalah $40 untuk satu pound.

Jeans yang paling rare. Menurut  Guinness Book of World Records, Levi Strauss Co 501 jeans ini telah berusia  lebih 115 tahun. Dijual kepada seorang pengumpul jeans di Jepun pada harga $60,000 menerusi laman eBay pada tahun 2005. Agak rare kerana kalau beli sehelai jeans baru hanya berharga $46, nak jugak pakai jeans buruk.

Dia banyak menulis tetapi hanya wujud 6 tandatangannya. Tandatangan    William Shakespeare' s merupakan tandatangan paling rare dan dijual pada harga kira-kira $3 million dollars!

Buku komik paling rare dan masih dalam keadaan sempurna. Bertajuk "Amazing Spider-Man #1," rare atau tidak buku komik ini sangat tinggi kualitinya. Semasa dipublishl pada Mac tahun 1963, komik ini hanya dijual 13 sen sahaja tetapi sekarang ia dijual pada nilai $40K!








 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013