Seram! Siapa dan Wujudkah Teresa Fidalgo?

,Tuesday, November 06, 2012 | 43 Comment



 Teresa Fidalgo. Suatu nama yang cukup menyeramkan bagi sesetengah orang yang mengetahui kisah seram disebalik nama tersebut. Baru-baru ini Sarah terdetik untuk menyelongkar dan mengkaji siapakah sebenarnya empunya nama ini dan wujudkah dia? Sebelum itu, mari kita lihat dulu video yang menyebabkan nama Teresa Fidalgo disebut-sebut di seluruh dunia. Ramai yang reupload video seperti ini dengan pelbagai penjelasan, namun tidak tahu dimana kesahihan nya.


AMARAN UNTUK PESAKIT JANTUNG DAN IBU MENGANDUNG

Seram bukan? Dalam mencari maklumat tentang wanita misteri ini, terdapat sedikit percanggahan maklumat yang diperoleh. Ada tiga versi, dan Sarah akan ceritakan satu persatu. Ketiga-tiga versi berkait rapat antara satu sama lain.

VERSI 1
Okey, seterusnya mari kita berkenalan dengan Teresa Fidalgo pula. Errr, maksud Sarah kita selidiki siapa dia sebenarnya. Teresa Fidalgo merupakan seorang gadis yang berasal dari Portugal. Seorang yang cantik dan riang. Dalam video yang anda saksikan tadi, dia ada menyebut " ...di sana la tempat saya kemalangan dan saya...mati...". Ya, dia dikatakan telah meninggal dunia akibat dari satu kemalangan jalan raya pada tahun 1983 di sebuah highway di kawasan Sintra, Portugal.   Dan beberapa tahun kemudian, dia dikatakan muncul di highway tersebut. Dan, sebuah kereta telah menumpangkan rohnya, seperti dalam rakaman yang korang lihat tadi.Namun, mereka akhirnya kemalangan di tempat yang sama dengan kejadian kemalangan   Teresa Fidalgo. Dua orang terkorban dan seorang lelaki, David yang merupakan orang yang merakam video tersebut terselamat. Bagaimana pun, David menghidap penyakit mental sejurus selepas itu. Rakaman video itu telah tersebar dan menggemparkan seluruh dunia.




VERSI 2
Lain pula ceritanya kerana rakaman yang dikatakan sangat menyeramkan itu merupakan sebuah filem seram hasil ilham seorang produser Portugal iaitu  David Rebordão.  David Rebordão menyatakan dalam temuramahnya, dia mereka karakter tersebut berdasarkan imiginasinya sendiri. Dan, beliau sangat terkejut serta tidak menyangka video tersebut menjadi buah mulut seluruh dunia mengenai white lady tersebut.


VERSI 3
Sambungan versi 1 tadi dimana, sejurus video itu tersebar kepada umum. Ada yang tampil dan mengaku bahawa rakaman video tersebut merupakan rakaman yang dibuat oleh mereka. Tidak dapat dikenalpasti pula adakah David Rebordão yang mengaku ataupun orang lain.Mereka mengaku bahawa polis mempunyai rekod kemalangan Teresa Fidalgo pada tahun 1983 dan beberapa tahun selepas itu, gadis itu muncul di kawasan terbabit. Mereka turut mengakui bahawa rakaman asalnya telah dihapuskan.Mereka berjumpa dengan David, cameraman video tersebut yang ada masalah mental, dan mendapati video tersebut terlalu seram lantas mereka mereka menghapuskan video tersebut.. Bagaimanapun, mereka sedar bahawa dunia patut tahu mengenai Teresa Fidalgo lantas mengambil keputusan untuk menghasilakan video Teresa Fidalgo yang ada pada hari ini.
Sarah pun tak berapa faham dengan versi 3 ini dan men translate satu persatu. Walau apa versi sekalipun, bagi Sarah kisah ini sangat menyeramkan.

Rajin-rajinkan untuk meng google kisah dia nie dan jika wujud pula versi lain, bolehlah share di blog ini. Apa-apapun, pesanan Sarah supaya berhati-hati menumpangkan orang dijalanan. Mana tahu ada Teresa Fidalgo versi Malaysia. Share entri ini jika mahu, jangan COPY PASTE pulak.


P/s :serius seram tulis entri nie tengah-tengah malam


Klik donate sikit!



43 comments:

  1. Perghh!! takut mendengarnya~

    ReplyDelete
  2. aku pun tertanya2 gak mana satu verse yg btol. tp yg penting, kewujudan video ni mmg menjadi tanda tanya sama ada btol terjadi atau x.

    ReplyDelete
  3. dengar cter skarang ni Teresa Fidalgo tinggal sebilik dengan sarah sararose... eiii serammmm...

    ReplyDelete
  4. yang ni ke? sram gak kisah dia...

    ReplyDelete
  5. seramnya. nasib tgk d ofis. tdk rasa seram sgt -.-'

    ReplyDelete
  6. aduhai seram lah pulak ni

    ReplyDelete
  7. mula tak seram sgt sb muka teresa tu cun jugak..sekali masa die tunjuk tmpat dei xcident.. okey naik bulu rome den

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarah takut nk tengok time die bertukar wajah tu..gugur jantung masa mula2 tengok...kih

      Delete
    2. Alah kak saya x dapat bukak lah kat yutube ape nama tajuk die nk tengok lahh

      Delete
  8. wah,,seramnyer..meremang tengkok baca

    ReplyDelete
  9. ika perasan yg sara suka citer2 seram .kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tau pun..agak suka la

      Delete
    2. Sarah kenapa sarah suke buat cerite seram tak takut ke??

      Delete
  10. huuu.tak berani nak tengok time sorang2 nie.

    ReplyDelete
  11. saya google pasal beliau tadi and nie penerangan sebenar..:D
    http://teresafidalgo.org/teresa-fidalgo-story/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..tapi entri nie pun berdasarkan sumber, salah satunya kat page tu

      Delete
  12. Seramnya...Wilma rasa Versi 1 tu betul la ^_^

    ReplyDelete
  13. haha..siang2 lagi nia takot nk bukak video tu..nnti malam2 tkot nk tgk tv sorang2..haha

    ReplyDelete
  14. okay tak tengok video tu..malam ni,..haha
    http://www.jeritpekik.my/2012/12/senarai-entry-entry-terbaik-dari_26.html

    ReplyDelete
  15. Takut nak buka.seram la

    ReplyDelete
  16. ver.2 yg btul kot....😂😂😂

    ReplyDelete
  17. Takut pula bila buak google nakntengok kisah teresa fidalgo.tak berani nak tengok video kisah teresa fidalgo

    ReplyDelete
  18. Cerita ni mula²fikir x betu tpi dh tengok bru mcm percaya

    ReplyDelete
  19. Saya x boleh nk tengok video ini sebab line perlahan

    ReplyDelete
  20. Jadi yetesa fidalgo tu wujud ke????

    ReplyDelete
  21. Kesian teresa fildago...aku rsa kesian sangat2 kat dia..meski pun dia jadi ghost now..

    ReplyDelete
  22. Pertama aku tengok di whapps org share aku baca lah dari pandangan gambar pun aku dah takut seramm tol kisah teresa fidalgo nie..

    ReplyDelete
  23. Serammm kisah teresa fidalgo...

    ReplyDelete
  24. Takut nk nak bukak video tu so baca jelah

    ReplyDelete
  25. Korang, thanks sudi baca. Penulis blog ni tak sempat nak reply satu-satu. Terharu. Btw, pendapat saya video yang di upload di youtube tu adalah palsu yang telah diedit. Wallahuallam. Hanya Allah saja yang berkuasa, kita tak perlu takut okey.

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013