Showing posts with label kisah seram. Show all posts
Showing posts with label kisah seram. Show all posts

Seram! Rakaman Video Seram di Jalan JB-KL

,Friday, January 11, 2013 | 11 Comment

Video ini diambil oleh seorang pemandu yang melalui di Jalan Jb-Kl masa beliau sedang memandu berseorangan. Menurut description video yang dimuatnaik di Youtube ini ,"Ada kawan jumpa masa drive JB ke KL...baca Al Quran...benda tu siap ikut...baca lagi sedap siap tajwid...bila dia azan baru benda tu hilang" Nak tengok? Nak ambik


Peringatan aku pada orang yang cakap tipu la kereta banyak la.. Kena ingat setan ni bukan macam perompak atau pencuri. Kalau dia nak mengacau, bila-bila masa je dia boleh kacau .Insyallah mamat ni tengah cuba melawan perasaan takut dia itu sambil berbicara dengan diri sendiri untuk menguatkan perasaan





Seram! Siapa dan Wujudkah Teresa Fidalgo?

,Tuesday, November 06, 2012 | 43 Comment



 Teresa Fidalgo. Suatu nama yang cukup menyeramkan bagi sesetengah orang yang mengetahui kisah seram disebalik nama tersebut. Baru-baru ini Sarah terdetik untuk menyelongkar dan mengkaji siapakah sebenarnya empunya nama ini dan wujudkah dia? Sebelum itu, mari kita lihat dulu video yang menyebabkan nama Teresa Fidalgo disebut-sebut di seluruh dunia. Ramai yang reupload video seperti ini dengan pelbagai penjelasan, namun tidak tahu dimana kesahihan nya.


AMARAN UNTUK PESAKIT JANTUNG DAN IBU MENGANDUNG

Seram bukan? Dalam mencari maklumat tentang wanita misteri ini, terdapat sedikit percanggahan maklumat yang diperoleh. Ada tiga versi, dan Sarah akan ceritakan satu persatu. Ketiga-tiga versi berkait rapat antara satu sama lain.

VERSI 1
Okey, seterusnya mari kita berkenalan dengan Teresa Fidalgo pula. Errr, maksud Sarah kita selidiki siapa dia sebenarnya. Teresa Fidalgo merupakan seorang gadis yang berasal dari Portugal. Seorang yang cantik dan riang. Dalam video yang anda saksikan tadi, dia ada menyebut " ...di sana la tempat saya kemalangan dan saya...mati...". Ya, dia dikatakan telah meninggal dunia akibat dari satu kemalangan jalan raya pada tahun 1983 di sebuah highway di kawasan Sintra, Portugal.   Dan beberapa tahun kemudian, dia dikatakan muncul di highway tersebut. Dan, sebuah kereta telah menumpangkan rohnya, seperti dalam rakaman yang korang lihat tadi.Namun, mereka akhirnya kemalangan di tempat yang sama dengan kejadian kemalangan   Teresa Fidalgo. Dua orang terkorban dan seorang lelaki, David yang merupakan orang yang merakam video tersebut terselamat. Bagaimana pun, David menghidap penyakit mental sejurus selepas itu. Rakaman video itu telah tersebar dan menggemparkan seluruh dunia.




VERSI 2
Lain pula ceritanya kerana rakaman yang dikatakan sangat menyeramkan itu merupakan sebuah filem seram hasil ilham seorang produser Portugal iaitu  David Rebordão.  David Rebordão menyatakan dalam temuramahnya, dia mereka karakter tersebut berdasarkan imiginasinya sendiri. Dan, beliau sangat terkejut serta tidak menyangka video tersebut menjadi buah mulut seluruh dunia mengenai white lady tersebut.


VERSI 3
Sambungan versi 1 tadi dimana, sejurus video itu tersebar kepada umum. Ada yang tampil dan mengaku bahawa rakaman video tersebut merupakan rakaman yang dibuat oleh mereka. Tidak dapat dikenalpasti pula adakah David Rebordão yang mengaku ataupun orang lain.Mereka mengaku bahawa polis mempunyai rekod kemalangan Teresa Fidalgo pada tahun 1983 dan beberapa tahun selepas itu, gadis itu muncul di kawasan terbabit. Mereka turut mengakui bahawa rakaman asalnya telah dihapuskan.Mereka berjumpa dengan David, cameraman video tersebut yang ada masalah mental, dan mendapati video tersebut terlalu seram lantas mereka mereka menghapuskan video tersebut.. Bagaimanapun, mereka sedar bahawa dunia patut tahu mengenai Teresa Fidalgo lantas mengambil keputusan untuk menghasilakan video Teresa Fidalgo yang ada pada hari ini.
Sarah pun tak berapa faham dengan versi 3 ini dan men translate satu persatu. Walau apa versi sekalipun, bagi Sarah kisah ini sangat menyeramkan.

Rajin-rajinkan untuk meng google kisah dia nie dan jika wujud pula versi lain, bolehlah share di blog ini. Apa-apapun, pesanan Sarah supaya berhati-hati menumpangkan orang dijalanan. Mana tahu ada Teresa Fidalgo versi Malaysia. Share entri ini jika mahu, jangan COPY PASTE pulak.


P/s :serius seram tulis entri nie tengah-tengah malam


Klik donate sikit!



 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013