MLM Minggu 9: Persembahan Tanpa Johan Hambar

,Saturday, January 12, 2013 | 4 Comment


Seperti minggu lepas, Zizan tanpil secara berseorangan dalam persembahan Maharaja Lawak Mega disebabkan keadaan Johan masih lagi dalam keadaan yang kurang stabil.Secara jujurnya, persembahan Zizan pada minggu ini sedikit mengecewakan peminat Jozan.

PERSEMBAHAN PERTAMA TEMA PERIBAHASA
Zizan kelihatan seperti tidak bersedia dan lost ketika membuat persembahan pertama ini. Perkataan yang sama keluar dari mulut Zizan "cikgu, cikgu..cikgu, cikgu" agak membosankan penonton seolah-olah Zizan tiada modal untuk meneruskan ayatnya. Sangat mengejutkan apabila awal-awal lagi dia membuat "lawak" yang mana menunjukkan dia tidak menarik zip seluarnya dan bagi pandangan saya agak kurang sopan dengan lakonan sebegitu.

Melalui tontonan video Youtube, beberapa perkataan yang Zizan sebutkan semasa membuat persembahan telah di 'sensored'. Perkataan apa yang disebutkan, Sarah pun tidak pasti. Ramai yang kurang bersetuju dengan karakter yang dibawa Zizan pada malam tadi sebagai seorang murid yang terlompat-lompat dan agak lembut. Mungkin Zizan tidak mahu suasana menjadi hambar jika dia tidak menjadi aktif sebegitu. Walaupun banyak kekurangan dari segi isi kandungan persembahan Zizan tersebut, namun Zizan ternyata bersungguh-sungguh mahu membuat penonton gelak dan terhibur. Cuma, Zizan kekurangan sedikit latihan dan mungkin kurang bersedia.

Tonton Maharaja Lawak Mega Minggu 9 Jozan





PERSEMBAHAN KEDUA TEMA SILENT COMEDY
Bagi Sarah persembahan Zizan (mewakili Jozan) dalam tema silent mode ini jauh lebih baik dari persembahan pertama. Dengan langkah lincah Zizan mampu mambuatkan para penonton dan juri menaruh harapan kepadanya untuk tidak tersingkir pada malam tadi.

Tonton Maharaja Lawak Mega Minggu 9 Jozan




Minggu ini tiada kumpulan yang tersingkir. Ini bermakna kelima-lima mereka iaitu Jozan, Jambu, Saywho, Boboi dan Shiro akan bertanding diperingkat akhir pada minggu hadapan.Sama-sama kita doakan kesihatan Johan juga.


P/s: Kalau tak dapat tengok itu bermakna video telah dihapuskan


4 comments:

  1. owh, kiranyaaa zizan dapat ke separuh akhir ye?? tahniah.. hehehe

    ReplyDelete
  2. kesian tgk zizan sorg2..susah!

    ReplyDelete
  3. zizan sorg2 pon tape janji dia dpt msok sparuh akhir .

    ReplyDelete
  4. tp tabik kat dia.. sebab atleast dpt buat org gelak..
    bukan senang buat org gelak :D

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013