Review Blog: Buasir Otak

,Sunday, January 20, 2013 | 7 Comment

Trafik masuk hujung minggu memang agak kureng. Tak tahu kenapa, maybe orang ramai xonline kot time-time hujung minggu cam nie. So, malas nak buat entri, aku nak review satu blog yang aku rasa agak menarik untuk semua pembaca tak mengira umur. 


Aku kenal blog nie pada tahun 2012 tapi lupa sudah bulan berapa. Aku jarang tinggalkan komen, selalu jadi silent reader je. Mengenai nama blog nie, aku turut terkaget sedikit (ada ke perkataaan terkaget dalam Kamus Dewan?) apabila first time dengar nama blog Buasir Otak. Namun, bila dah lama mengenali blog nie, baru tau apa yang dimaksudkan dengan nama blog dia. Nak tahu apa maksud aku, baca lah sendiri blog beliau..Then, aku nak ucapkan congratez kepada beliau kerana dah mencapai 2000 followers. 

Tagline blog : Ada masa kami SERIUS, banyak masa kami MEREPEK. Ada masa kami MENGUTUK, banyak masa kami DIMAKI. Ada masa kami GENIUS, banyak masa kami GILA. Ada masa kami COOL, banyak masa kami MORON. Ada masa kami PENCINTA WANITA, banyak masa kami PERVERT. Ada masa kami BERBARIS dan BERPAKAT, banyak masa kami LUDAH semuanya. Never Fear, We Are Your Friendly Stupidhood!
Perghhh! Ko ada tagline macam nie? Siyess aku takde. Siapa owner Buasir Otak blog nie? Kebanyakan atau hampir keseluruhan entri dikarang oleh blogger yang menggunakan nama samaran Prince Of Noob. Ada jugak beberapa penyumbang idea yang lain seperti Pop-SoulTembikai LabuBlackbeard Heart dan Psychic Zero.

Blog Buasir Otak nie lebih menjurus kepada soal separa politik  (ceyh nak jugak guna perkataan separa tu) dan kebanyakan entri lebih kepada kupasan mengenai isu semasa serta informasi. First, soal politik dalam blog nie. Sejak dua menjak nie aku banyak pulak terbaca mengenai soal politik, almaklum lah dah masuk umo 20 tahun nie. Perasaan aku kalau baca entri beliau mengenai isu politik, mesti akan tertanya-tanya beliau nie orang belah mana (politik belah mana). Sebabnya entri yang dipaparkan lebih bersifat kesederhanaan. Nak tahu, baca sendiri.
Mohon copy paste ayat dalam blog beliau : Jenis2 orang yang perpolitik ni ada macam2 jenis seperti kategori2 berikut:

Politikfags - Taksub, fanatik dan obses kepada mana2 parti dan pemimpin politik. Kerjanya asyik mentibai dan memburukkan pihak lawan tapi keburukan pihak sendiri didiamkan atau buat tak tahu, malah siap cover backup lagi.
Atas pagar - Tak tetap hati nak sokong mana satu. Hatinya 50-50, mungkin kalau bapak suruh sokong sini dia sokong sini, kalau awek dia suruh sokong sana dia sokong sana, atau mungkin tidak keluar mengundi pun kerana tidak berminat nak ambik tahu pasal politik.
Lalang - Jenis mengikut2 dan tiada pendirian, kalau ada kepentingan di pihak sini, dia sokong sini, jika ada kepentingan di pihak sana, dia lompat pergi sokong sana.
Neutral - Tidak menyokong secara taksub atau berkecuali dari menyokong mana2 parti dan pemimpin politik. Bebas memuji dan menyokong mana2 kebaikan yang dibawa oleh mana2 pihak malah berani menegur, mengkritik dan tidak mendiamkan diri apa2 keburukan yang dilakukan oleh mana2 pihak walaupun di pihak yang kita sokong.

Mungkin beliau bersifat neutral.


  Aku tertarik pada setiap kupasan isu yang dipublish dalam blog nie kerana setiap isu pasti disertakan dengan sumber yang aku kira cukup banyak, dan banyak fakta bukan auta. Aku rasa aku sendiri tak mampu nak mengupas setiap isu dengan mendalam seperti yang dilakukan beliau.Ye lah, mana nak cari cerita yang betul, nak cari gambar, susun ayat dan isi, serta yang paling penting nak bawak minda pembaca dalam entri tersebut.  Semuanya memerlukan kesabaran dan pengetahuan yang tinggi. Boleh nampak lah blog beliau nie ramai pembaca, setiap entri ada boleh mencapai seratus komen. Entri yang ada dua gambar je pun boleh sampai berpuluh komen (muka xpuas hati). Tulah yang menunjukkan blog beliau ramai followers dan pembaca setia. Entri aku paling suka baca adalah entri mengenai Isu BenderaUlasan Perhimpuanan Kebangkitan RakyatIsu penggunaan kalimah Allah dan banyak lagilah, malas aku nak cari satu-satu.


Blog beliau jugak kerap menganjurkan Contest, Giveaway dan Segmen.Aku pernah masuk jugak satu Giveaway Contest yang dianjurkan dari blog beliau tapi aku tak menang pun sebab aku kurang kreatif. Antara segmen yang aku rasa top kat blog beliau adalah Segmen Maharaja Lawak sebab tengok kat bahagian Entri WEEKLY TOP 5 dan MONTHLY TOP 5, segmen nie lah yang mendominasi bahagian tersebut (teruk aku punya ayat). Blog beliau jugak ramai awekz. Maksud aku ramai awek yang terpilih dalam Segmen : Jom terjah Awekz sampai dah masuk siri ke 20 dah.Dulu aku pun terpikir jugak macam mana nak join segmen nie, rupanya ia dipilih secara random sahaja. kata beliau nak request pun boleh.




Okey, tu jelah review Buasir Otak nie. Harap betulkan kalau ada apa-apa info yang aku bagi kat entri nie salah. Apa-apa hal terjah sendiri blog beliau. k, bai



7 comments:

  1. Fie pun loyal reader di blog Buasir Otak, informasi bagus diberikan dengan gaya santai tapi sini. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu tengok fie komen kat blog tu..fie pun ada dalam segmen terjah awekz gak kan kalo xsilap.

      Delete
  2. terima kasih maisarah azmi kerana sudi review blog saya yg ntah apa2 tu huhu. btw pasal segmen terjah blog awekz tu memang saya pilih random, tapi hanya blog yg ada gambar owner je yang saya masukkan, sebab kalau takde gambar takut terjah blog yg tengok dari luaran macam blog perempuan, tapi rupa2nya owner lelaki huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orite..sama-sama.owh, thanks bagitau..

      Delete
  3. wah,minat politik la ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..xde la minat..cuma ambik tahu

      Delete
  4. I needed to send you thiѕ little woгd to thank уou over again on yоuг gοгgeous tips you have shared on this website.
    It is гeally incrеdіbly οpen-handed
    ωith people like yοu tο give freely exаctlу what a lot of folκs wοuld
    haѵе supplied as an еbook to make ѕome dough for their оwn
    end, most impоrtаntlу considering that уοu сoulԁ pоѕsіbly have tried it if уou ever dеsіred.
    Those guidelines addіtionally acted to provide a grеat wаy to know that
    most peoρle hаvе the identiсal desire like minе
    tо know the truth а lіttlе more when considering
    this сοnditіon. Ceгtаinly there
    aгe а lоt mοre fun ѕituаtіonѕ aheaԁ foг manу who read yοur site.


    My hоmepage ... sea ray sales
    My web site - carver voyager

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013