Showing posts with label review blog. Show all posts
Showing posts with label review blog. Show all posts

Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com

,Saturday, January 26, 2013 | 6 Comment

Taip entri laju-laju, maklumlah dah nak menghampiri tarikh tutup. Assalamualaikum, lupa bagi salam. Malam minggu yang damai, dalam lafaz Bismillahirrahamnirrahim Sarah dengan terujanya nak join Contest terhebat nie, Hyper Contest anjuran blog MkSyahir dan akan diadili oleh blogger otai Ben Ashaari. Nie hah, banner contest tersebut, mau join sama sila lah klik. Syarat nak cara pemilihan pemenang bolehlah dilihat sendiri pada blog beliau. Bukan apa, nak save masa nie.

Sebut sahaja, blog Mksyahir, siapa tak kenal? Kalau ada yang cakap " aku tak kenal" aku sekeh ko nanti. siap ko. Orite, kata pihak pengajur, untuk menjadi pemenang ,ayat mestilah senang untuk difahami dan kupasan yang menarik. Jadi tak payah nak mengarut sangat kat entri nie.Listen!! Kita kena serius.

Menyingkap sejarah dan latar belakang blog Mksyahir, blog tersebut merupakan adik beradik susuan kepada Blog Sararose nie tapi tidak seibu dan tidak juga sebapa. Cuma pengasuhnya sahaja sama. Maklumlah, kita punya birthday blog hanya beza 2 bulan sahaja. Tapi, nak buat macam mana. Blogger Syahir nie berjaya dalam blogging, sekejap sahaja followers beliau meningkat dengan mendadak dan kini mencapai  blog beliau menjadi famous di antara blogger Malaya walaupun belum mencapai umur 1 setahun. Kira hebat sangat lah kalau nak dibandingkan dengan blog Sarah. Heii, tepuk la sikit orang puji nie.Tengok sahaja pageview blog beliau, 552811 pageviews sudah dicapai. Terbeliak bijik mata den.

Selesai bab followers dan pageviews, mari kita tengok Alexa Traffic Rank dia plak.
Mendapat tempat ke7893 dalam ranking Malaysia, boleh tahan jugak. Masih boleh dipertingkatkan lagi ranking Alexa nie. Caranya, selalulah update blog. Tapi ranking bukanlah segala-galanya kan. Yang penting pembaca setia blog kita.

Isi kandungan blog picisan ini juga sangat menarik. Setiap info yang hendak disampaikan dikarang dengan cara yang tersendiri dan santai. Cara penyampaian yang kena pada selera pembaca menyebabkan blog beliau tidak putus-putus menerima kunjungan dan lihat sahajalah bilangan komen pada setiap entri boleh mencecah sehingga 30 komen (mungkin lebih). Kebanyakan entri juga berkisar mengenai aktiviti harian beliau, tips, cerita lawak dan banyak lagi lah. Mau tahu kena terjah sendiri.  Entri yang Sarah rasa menarik adalah entri Aes Phobia nie.

Apa yang menarik pada blog Mksyahir?
Seperti yang Sarah cakapkan tadi, kebanyakan isi kandung entri yang dikongsi sangat sempoi gaya penulisannya. Blognya jugak tidak lah berat sangat tidaklah mengambil masa yang panjang untuk loading. Tidak rugi jika anda menerjah ke blog beliau.

Kritikan ?
Setiap manusia pasti ada kelemahan, setiap blog juga perlukan kritikan membina untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada. Kritikan yang Sarah nak lontarkan untuk blog Mksyahir nie ialah bilangan entri yang dipublishkan. Kalau dilihat pada blog achieve di sidebar kanan blog beliau, hanya 5 entri sahaja untuk bulan ini. Come on bro, update la banyak sikit.Then, satu lagi kalau rasa rajin tukarlah header dan jugak template blog sebagai satu langkah pembaharuan untuk tahun 2013 nie. Barulah ada angin rajin sikit nak mengupdate blog dan mungkin boleh menimbulkan mood excited kepada pembaca jika tengok blog berwajah baru nanti, InsyaAllah. Paling akhir sekali, Sarah nak syorkan agar Syahir menggunakan tabber widget bagi menjimatkan ruang di sidebar blog. Itu sahaja.

Segala kritikan diatas mohon supaya diambil secara positif. Yang lain rasanya semua dah cukup bagus dah.Okey, wasalam.

"Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com" ini telah disponsor oleh blogger-blogger awesome broframestone.comhyebro.combabyaimacomel.blogspot.commizruha.comarjunapopkorn.blogspot.comzestpurple.blogspot.comfuh.mywww.yanty.mybelognanabyte.blogspot.comdenaihati.comkhaiartzfar.blogspot.comciktom.comphat.myqueachmad.com dan di adili oleh benashaari.com dan mksyahir.com




P/s :Tarikh tutup 31 Jan 2013

Review Blog: Buasir Otak

,Sunday, January 20, 2013 | 7 Comment

Trafik masuk hujung minggu memang agak kureng. Tak tahu kenapa, maybe orang ramai xonline kot time-time hujung minggu cam nie. So, malas nak buat entri, aku nak review satu blog yang aku rasa agak menarik untuk semua pembaca tak mengira umur. 


Aku kenal blog nie pada tahun 2012 tapi lupa sudah bulan berapa. Aku jarang tinggalkan komen, selalu jadi silent reader je. Mengenai nama blog nie, aku turut terkaget sedikit (ada ke perkataaan terkaget dalam Kamus Dewan?) apabila first time dengar nama blog Buasir Otak. Namun, bila dah lama mengenali blog nie, baru tau apa yang dimaksudkan dengan nama blog dia. Nak tahu apa maksud aku, baca lah sendiri blog beliau..Then, aku nak ucapkan congratez kepada beliau kerana dah mencapai 2000 followers. 

Tagline blog : Ada masa kami SERIUS, banyak masa kami MEREPEK. Ada masa kami MENGUTUK, banyak masa kami DIMAKI. Ada masa kami GENIUS, banyak masa kami GILA. Ada masa kami COOL, banyak masa kami MORON. Ada masa kami PENCINTA WANITA, banyak masa kami PERVERT. Ada masa kami BERBARIS dan BERPAKAT, banyak masa kami LUDAH semuanya. Never Fear, We Are Your Friendly Stupidhood!
Perghhh! Ko ada tagline macam nie? Siyess aku takde. Siapa owner Buasir Otak blog nie? Kebanyakan atau hampir keseluruhan entri dikarang oleh blogger yang menggunakan nama samaran Prince Of Noob. Ada jugak beberapa penyumbang idea yang lain seperti Pop-SoulTembikai LabuBlackbeard Heart dan Psychic Zero.

Blog Buasir Otak nie lebih menjurus kepada soal separa politik  (ceyh nak jugak guna perkataan separa tu) dan kebanyakan entri lebih kepada kupasan mengenai isu semasa serta informasi. First, soal politik dalam blog nie. Sejak dua menjak nie aku banyak pulak terbaca mengenai soal politik, almaklum lah dah masuk umo 20 tahun nie. Perasaan aku kalau baca entri beliau mengenai isu politik, mesti akan tertanya-tanya beliau nie orang belah mana (politik belah mana). Sebabnya entri yang dipaparkan lebih bersifat kesederhanaan. Nak tahu, baca sendiri.
Mohon copy paste ayat dalam blog beliau : Jenis2 orang yang perpolitik ni ada macam2 jenis seperti kategori2 berikut:

Politikfags - Taksub, fanatik dan obses kepada mana2 parti dan pemimpin politik. Kerjanya asyik mentibai dan memburukkan pihak lawan tapi keburukan pihak sendiri didiamkan atau buat tak tahu, malah siap cover backup lagi.
Atas pagar - Tak tetap hati nak sokong mana satu. Hatinya 50-50, mungkin kalau bapak suruh sokong sini dia sokong sini, kalau awek dia suruh sokong sana dia sokong sana, atau mungkin tidak keluar mengundi pun kerana tidak berminat nak ambik tahu pasal politik.
Lalang - Jenis mengikut2 dan tiada pendirian, kalau ada kepentingan di pihak sini, dia sokong sini, jika ada kepentingan di pihak sana, dia lompat pergi sokong sana.
Neutral - Tidak menyokong secara taksub atau berkecuali dari menyokong mana2 parti dan pemimpin politik. Bebas memuji dan menyokong mana2 kebaikan yang dibawa oleh mana2 pihak malah berani menegur, mengkritik dan tidak mendiamkan diri apa2 keburukan yang dilakukan oleh mana2 pihak walaupun di pihak yang kita sokong.

Mungkin beliau bersifat neutral.


  Aku tertarik pada setiap kupasan isu yang dipublish dalam blog nie kerana setiap isu pasti disertakan dengan sumber yang aku kira cukup banyak, dan banyak fakta bukan auta. Aku rasa aku sendiri tak mampu nak mengupas setiap isu dengan mendalam seperti yang dilakukan beliau.Ye lah, mana nak cari cerita yang betul, nak cari gambar, susun ayat dan isi, serta yang paling penting nak bawak minda pembaca dalam entri tersebut.  Semuanya memerlukan kesabaran dan pengetahuan yang tinggi. Boleh nampak lah blog beliau nie ramai pembaca, setiap entri ada boleh mencapai seratus komen. Entri yang ada dua gambar je pun boleh sampai berpuluh komen (muka xpuas hati). Tulah yang menunjukkan blog beliau ramai followers dan pembaca setia. Entri aku paling suka baca adalah entri mengenai Isu BenderaUlasan Perhimpuanan Kebangkitan RakyatIsu penggunaan kalimah Allah dan banyak lagilah, malas aku nak cari satu-satu.


Blog beliau jugak kerap menganjurkan Contest, Giveaway dan Segmen.Aku pernah masuk jugak satu Giveaway Contest yang dianjurkan dari blog beliau tapi aku tak menang pun sebab aku kurang kreatif. Antara segmen yang aku rasa top kat blog beliau adalah Segmen Maharaja Lawak sebab tengok kat bahagian Entri WEEKLY TOP 5 dan MONTHLY TOP 5, segmen nie lah yang mendominasi bahagian tersebut (teruk aku punya ayat). Blog beliau jugak ramai awekz. Maksud aku ramai awek yang terpilih dalam Segmen : Jom terjah Awekz sampai dah masuk siri ke 20 dah.Dulu aku pun terpikir jugak macam mana nak join segmen nie, rupanya ia dipilih secara random sahaja. kata beliau nak request pun boleh.




Okey, tu jelah review Buasir Otak nie. Harap betulkan kalau ada apa-apa info yang aku bagi kat entri nie salah. Apa-apa hal terjah sendiri blog beliau. k, bai



Review Blog Azrul Azmi

,Monday, December 31, 2012 | 6 Comment

Review blog Azrul Azmi. Siapakah?

Header kerawang yang elegan nie milik seorang jejaka bernama Azrul Azmi. Nampak persamaa nama bapa di situ? hehe.Tapi kami bukan adik beradik ye. Sarah suka ke blog jingga nie disebabkan blog dia sangat ringan dan ambik masa yang sekejap sahaja untuk loading. Serius sekejap walaupun line internet tengah meragam. Tak percaya, sila terjah beliau. Lagi satu kelebihan dia, saya suka tengok  font yang besar sebab senang nak baca dan cara penulisan Azrul yang mudah difahami. Seronok baca blog beliau yang ada macam-macam  perkongsian.
Namun, setiap blog ada jugak kekurangan yang perlu diperbaiki kan termasuk blog sarah sendiri. Azrul boleh sahaja letak satu ruangan (page) kat blog tu mengenai owner blog. Rasanya itu lebih elok supaya pembaca dapat tahu siapa owner dan mengapa blog dihasilkan. Lagi satu, pengisian blog mungkin boleh dipelbagaikan dan ditambah dengan pelbagai isu menarik lagi. Bagi isu hot-hot sikit. Keh3. Oh ya, tukar la background supaya nampak macho sikit.


Nie bintang untuk blog dia: 8 stars!



P/s : 2012 kini tiba dipenghujungnya. Selamat menyambut tahun 2013 kepada semua pembaca.


 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013