Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com

,Saturday, January 26, 2013 | 8 Comment

Taip entri laju-laju, maklumlah dah nak menghampiri tarikh tutup. Assalamualaikum, lupa bagi salam. Malam minggu yang damai, dalam lafaz Bismillahirrahamnirrahim Sarah dengan terujanya nak join Contest terhebat nie, Hyper Contest anjuran blog MkSyahir dan akan diadili oleh blogger otai Ben Ashaari. Nie hah, banner contest tersebut, mau join sama sila lah klik. Syarat nak cara pemilihan pemenang bolehlah dilihat sendiri pada blog beliau. Bukan apa, nak save masa nie.

Sebut sahaja, blog Mksyahir, siapa tak kenal? Kalau ada yang cakap " aku tak kenal" aku sekeh ko nanti. siap ko. Orite, kata pihak pengajur, untuk menjadi pemenang ,ayat mestilah senang untuk difahami dan kupasan yang menarik. Jadi tak payah nak mengarut sangat kat entri nie.Listen!! Kita kena serius.

Menyingkap sejarah dan latar belakang blog Mksyahir, blog tersebut merupakan adik beradik susuan kepada Blog Sararose nie tapi tidak seibu dan tidak juga sebapa. Cuma pengasuhnya sahaja sama. Maklumlah, kita punya birthday blog hanya beza 2 bulan sahaja. Tapi, nak buat macam mana. Blogger Syahir nie berjaya dalam blogging, sekejap sahaja followers beliau meningkat dengan mendadak dan kini mencapai  blog beliau menjadi famous di antara blogger Malaya walaupun belum mencapai umur 1 setahun. Kira hebat sangat lah kalau nak dibandingkan dengan blog Sarah. Heii, tepuk la sikit orang puji nie.Tengok sahaja pageview blog beliau, 552811 pageviews sudah dicapai. Terbeliak bijik mata den.

Selesai bab followers dan pageviews, mari kita tengok Alexa Traffic Rank dia plak.
Mendapat tempat ke7893 dalam ranking Malaysia, boleh tahan jugak. Masih boleh dipertingkatkan lagi ranking Alexa nie. Caranya, selalulah update blog. Tapi ranking bukanlah segala-galanya kan. Yang penting pembaca setia blog kita.

Isi kandungan blog picisan ini juga sangat menarik. Setiap info yang hendak disampaikan dikarang dengan cara yang tersendiri dan santai. Cara penyampaian yang kena pada selera pembaca menyebabkan blog beliau tidak putus-putus menerima kunjungan dan lihat sahajalah bilangan komen pada setiap entri boleh mencecah sehingga 30 komen (mungkin lebih). Kebanyakan entri juga berkisar mengenai aktiviti harian beliau, tips, cerita lawak dan banyak lagi lah. Mau tahu kena terjah sendiri.  Entri yang Sarah rasa menarik adalah entri Aes Phobia nie.

Apa yang menarik pada blog Mksyahir?
Seperti yang Sarah cakapkan tadi, kebanyakan isi kandung entri yang dikongsi sangat sempoi gaya penulisannya. Blognya jugak tidak lah berat sangat tidaklah mengambil masa yang panjang untuk loading. Tidak rugi jika anda menerjah ke blog beliau.

Kritikan ?
Setiap manusia pasti ada kelemahan, setiap blog juga perlukan kritikan membina untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada. Kritikan yang Sarah nak lontarkan untuk blog Mksyahir nie ialah bilangan entri yang dipublishkan. Kalau dilihat pada blog achieve di sidebar kanan blog beliau, hanya 5 entri sahaja untuk bulan ini. Come on bro, update la banyak sikit.Then, satu lagi kalau rasa rajin tukarlah header dan jugak template blog sebagai satu langkah pembaharuan untuk tahun 2013 nie. Barulah ada angin rajin sikit nak mengupdate blog dan mungkin boleh menimbulkan mood excited kepada pembaca jika tengok blog berwajah baru nanti, InsyaAllah. Paling akhir sekali, Sarah nak syorkan agar Syahir menggunakan tabber widget bagi menjimatkan ruang di sidebar blog. Itu sahaja.

Segala kritikan diatas mohon supaya diambil secara positif. Yang lain rasanya semua dah cukup bagus dah.Okey, wasalam.

"Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com" ini telah disponsor oleh blogger-blogger awesome broframestone.comhyebro.combabyaimacomel.blogspot.commizruha.comarjunapopkorn.blogspot.comzestpurple.blogspot.comfuh.mywww.yanty.mybelognanabyte.blogspot.comdenaihati.comkhaiartzfar.blogspot.comciktom.comphat.myqueachmad.com dan di adili oleh benashaari.com dan mksyahir.com




P/s :Tarikh tutup 31 Jan 2013

8 comments:

  1. saya punye rank kt mesia 3,934.
    x turun2 smpai ratus2 lg.
    pe pun yg penting kena ada pembaca setia cam sarah :)

    ReplyDelete
  2. ada masa aku join

    Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1
    Klik Sini !

    ReplyDelete
  3. Wohoho tinggi tu jumlah readers. Dulu am ingat time awal-awal blogging nak serius jugak, selalu update tapi sebab ada komitmen lain blog ni just jadi satu hobi je. Setahun pun kalau boleh update 10 kali tu kira dah ok dah percaya atau tak.

    Tapi bestla blogging ni, dapat ramai kawan.

    ReplyDelete
  4. wah mcm best je boleh join lagi ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ain..join lah, sempat lagi

      Delete
  5. dah baca entry hyper contest Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com buat kali ke-2 untuk sesi pemilihan sortlist :)

    ReplyDelete
  6. singgah dari segmen yg sama

    ReplyDelete
  7. tahniah..anda berjaya tersenarai dalam short listed top 14 :)

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013