Segmen Khas : Islam Itu Indah

,Thursday, January 24, 2013 | 3 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Salam Maulidur Rasul 1434H . Alhamdulillah, mari kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan hari ini. Terasa nak join segmen pulak pada hari ini, segmen khas dari blogger Apit

Mari sama-sama kita join. Klik banner.

Syarat-syarat penyertaan :
1. Buat entry bertajuk Segmen Khas : Islam Itu Indah
2. Tempek banner atas tue then backlink kan ke blog beliau.
3. Blogger beragama ISLAM. (Non muslim boleh belajar)
4. Berikan jawapan soalan-soalan di bawah. Anda islam? JAWAB!

A. Senaraikan Rukun Islam? 
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

B. Senaraikan Rukun Iman?
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

C. Bilakah Al-Quran diturunkan? 
Pada bulan Ramadhan sebagaimana dalam firman-Nya (maksudnya:.
“...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” (Surah al-Baqarah, 2: 185)
Ada sesetengah riwayat mengatakan pada malam 17 Ramadan, 19 Ramadan dan 27 Ramadan. Wallahu a'lam. Al Qur’an diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun di Madinah.

D. Berapakah ayat dalam Al-Quran
6236 ayat

E. Berapakah surah-surah dalam Al-Quran
114 surah

F. Surah apakah yang paling teragung dalam Al-Quran?
Surah Al-Fatihah


Tag : Paly , Sheila Salim dan semua Blogger yang beragama Islam


3 comments:

  1. bestnya segmen ni..tapi xtau rasa malas je nak join segmen sekarang ni,,..haih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sarah. nanti sheila join ye. tak sempat dah ni. hehehe. semoga berjaya sayang!!!

    ReplyDelete
  3. aku xdpt join sebab bukan islam hehe


    Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1Klik Sini !

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013