Satu Malam Dan Lagu

,Monday, January 07, 2013 | 9 Comment

Alhamdulillah,selamat jugak akhirnya perjalanan dari Kota Bharu ke Tanjung Malim semalam yang mengambil masa 13 jam! Mahu tak sakitnya tubuh badan aku dalam duduk dalam bas tu, tapi nak buat macam mana, tidur sajelah kerja sepanjang perjalanan tu. Dan malam tadi semestinya tak dapat tidur lah sebab semalam dah banyak tidur. Bukan tidur yang aku nak cerita pada hari ini. Bukan juga kes perjalanan 13 jam tapi nak cerita pasal lagu serba sedikit. Al maklumlah, dah ramai blogger lain buat entri pasal Anugerah Juara Lagu 2013, terpaksalah aku cari idea lain untuk dikongsi bersama. Pada awalnya malas nak buat entri memandangkan keadaan sekarang yang agak sibuk, tapi tiba-tiba datang perasaan nak meng update, maka terjadilah entri ini. 

Straight to the point, aku sebenarnya rasa sedikit ketinggalan bila aku baru mengenali seorang penyanyi dari Singapura ini iaitu Chomel. Suaranya sangat merdu. Aku tersangat-sangat suka dengan tone suara Chomel nie.Sampaikan satu malam nie aku tak tidur sebab duk godek-godek video di Youtube nie. 
Chomel, mintak kebenaran ambik gambar ye dari Facebook Chomel

 Yang paling aku suka adalah lagu nie, Hasrat, hasil duetnya dengan Sarah Liyana. (nampak nama aku terselit sikit kat situ?)


Okey, aku tahu aku agak ketinggalan tapi seriously memang suka giler dengar lagu nie. Chomel memang berbakat dalam menyanyi dan bermain gitar. Di samping itu, yang aku kagumnya dia banyak menghasilkan lagu yang sangat best. Antaranya :
Lagu Sandaran Hati (LINK), Teman (LINK), Dia (LINK), Ubah Sikapmu (LINK), dan banyak lagilah. 


Hasil risikan aku dalam satu malam, rupanya-rupanya ayah Chomel nie orang Malaysia tapi lupa dari Sabah ke Sarawak. Baru-baru nie Chomel ada buat pertemuan dengan peminat di Malaysia. Dan Chomel memang mempunyai ramai peminat dari negara ini. Ada jugak lagu-lagu Chomel ni dah diputarkan kat stesyen radio Malaysia, macam sinar.fm. Chomel membawa lagu-lagu genre jiwang. Katanya dia memang jiwang. 

Untuk mengetahui perkembangan Chomel, korang boleh subscribe Chomel di Youtube
 Exuism dan jugak Chomel
Facebook? Oh, ada jugak. Boleh lah ramai-ramai like facebook fan page 

Lagi satu gambar Chomel di curi..Minatk ye Chomel nak tampal kat blog nie
Aku percaya ramai jejaka Malaya akan cair bila dengar lagu Ombak Rindu cover by Chomel nie.


Okey, itu aje yang dapat aku kongsikan. Err, bab penutup aku tak pandai sikit, so korang pandai-pandai lah godek video Chomel kat youtube tu erk. 


9 comments:

  1. peh memang sedap kot..tapi aku kopius sikit awal-2 daia ni laki ke pompan..hahs

    ReplyDelete
  2. klau x silap,,,dy pompuan kn,,tp dy tomboy~
    siap ada kekasih pompuan lg,,huhu
    sepupu penah bg tau,,dy pon peminat chomel gak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm, tak tahu la plak pasal kekasih dia..Apa yg menarik adalah bakat dia dalam nyanyian dan penghasilan lagunya sendiri.

      Delete
  3. baru first time dengar pasal Chomel

    ReplyDelete
  4. hahhaa... yang bab blogger post pasal AJL tu, saya terase kot... hahaha.. gurau jer...

    okay... nice... suara dia best... not too bad la... boleh pegi jauh insyaAllah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. La...terasa ke? Ingat nak linkkan terus kat entri Azrul dah.. hehe.. Btw, best kan.

      Delete
  5. dah balik upsi semula eh..
    selamat jumpa ngan eseimen semula..
    kem salam kat suluh budiman :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..kirim salam kat suluh budiman je ke??

      Delete
  6. Chomel dan sedap suaranya :')

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013