Aksi Pencuri Kabel Tanjung Malim Dirakam

,Thursday, January 24, 2013 | 13 Comment
Berani untuk mati! Itulah kata-kata sesuai untuk pencuri kabel nie. 2 gambar ini diambil di belakang rumah sewa yg didiiami oleh pelajar UPSI yg terletak di Taman Universiti,  awal bulan ini. Kejadian  berlaku pada pukul 1.15 tengah hari dan telah disedari pelajar UPSI yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran, namun tidak berani berbuat apa-apa, kerana suspek bersenjatakan parang panjang, dan beberapa alatan lain yang digunakan untuk mencuri kabel.


Suspek didapati begitu pantas dan cekap dan hanya mengambil masa beberapa minit, sebelum berjaya melarikan beberapa meter kabel yang dipercayai untuk dijual. Suspek menaiki motor Yamaha Lagenda berwarna merah dan bernombor pendaftaran WRM 4132. 




Jika berlaku sebarang kejadian jenayah seperti ini, pihak UKLK berharap agar warga UKLK segera menghubungi balai polis Tg Malim di talian , 05 459 6222 (pelajar Upsi, sila save)



sumber : Dailyupsi


13 comments:

  1. Assalamualaikum sara, kat belakang hostel perempuan ke ni? dah bagitau pihak berkuasa belum? bahaya gila kalau korang marah dia. better panggil polis on the spot je sara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..x, kat kawasan rumah sewa tapi ramai student duk kat sana.. taman u nie tempat hotspot, bnayak kes curi kat sini.. yup3..thanks ye

      Delete
  2. perghhhh..gile ah..kalo rentung tu camne laaaa

    ReplyDelete
  3. oooo..kat taman universiti tu.
    siang2 hari pun berani diorang buat keje curi ni.
    dulu pun ade kes masuk rumah jugak taman ni.

    ReplyDelete
  4. gila. berani mati mamat 2 ekor tu. kalau manusia tak buat kerja2 mencuri ni. harap2 kena tangkap polis dengan cepat. =) kak sara jaga keselamatan okay. =)

    ReplyDelete
  5. berani betul mamat 2 ekor tuh! siang2 hari buat keje mcm tuh! ish3

    ReplyDelete
  6. Berani mati betul lah dua orang tu. Dah la macam tak takut dengan orang sekeliling.

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada mereka yang merakam.

    ReplyDelete
  8. gila ape siang2 buat mende ni..rentung masuk kari ngeri la korang jawabnya..ish

    ReplyDelete
  9. pergh.. dah dapat tangkap ke 2 org mamat di atas?

    ReplyDelete
  10. hahah giler lah cari nahas...

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013