Showing posts with label kantoi. Show all posts
Showing posts with label kantoi. Show all posts

Aksi Pencuri Kabel Tanjung Malim Dirakam

,Thursday, January 24, 2013 | 13 Comment
Berani untuk mati! Itulah kata-kata sesuai untuk pencuri kabel nie. 2 gambar ini diambil di belakang rumah sewa yg didiiami oleh pelajar UPSI yg terletak di Taman Universiti,  awal bulan ini. Kejadian  berlaku pada pukul 1.15 tengah hari dan telah disedari pelajar UPSI yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran, namun tidak berani berbuat apa-apa, kerana suspek bersenjatakan parang panjang, dan beberapa alatan lain yang digunakan untuk mencuri kabel.


Suspek didapati begitu pantas dan cekap dan hanya mengambil masa beberapa minit, sebelum berjaya melarikan beberapa meter kabel yang dipercayai untuk dijual. Suspek menaiki motor Yamaha Lagenda berwarna merah dan bernombor pendaftaran WRM 4132. 




Jika berlaku sebarang kejadian jenayah seperti ini, pihak UKLK berharap agar warga UKLK segera menghubungi balai polis Tg Malim di talian , 05 459 6222 (pelajar Upsi, sila save)



sumber : Dailyupsi


Kantoi Dirakam Semasa Mencuri di Budapest, Hungary

,Monday, October 29, 2012 | 2 Comment


Video ini merakam seorang lelaki denga pantas dan cepat mencuri smartphone milik seorang penumpang kereta api di Budapest, Hungary . Pada mulanya, 2 orang remaja merakam lelaki ini kerana tindakan lelaki tersebut berpura-pura terlelap semasa berdiri, namun sangkaan mereka meleset. Dalam video yang pada mulanya agak 'kelakar', kemudiannya bertindak luar jangkaan apabila lelaki tersebut dengan pantas merampas telefon seorang penumpang berdekatan lantas melarikan diri. Mangsa gagal menyelamatkan telefon tersebut kerana pintu train tiba-tiba tertutup. Pandai betul pencuri ini, melarikan diri tepat pada waktunya.






VIDEO



Dengan bantuan video tersebut, pihak polis berjaya menangkap pencuri tersebut.



 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013