Hot!! 10 Ribu Tiket Percuma Airasia

,Tuesday, January 08, 2013 | 15 Comment

Free! Siapa tak suka benda  free kan. Jika sebelum ini para belia boleh memohon rebet telefon pintar sebanyak RM200( LINK), tapi kali ini satu lagi tawaran yang cukup hebat dari syarikat penerbangan murah Air Asia dimana kita berpeluang mendapat tiket percuma penerbangan!!! Oh, excited nye rasa. 

Menurut sumber ( www.melvister.com) Berita baik tiket percuma Airasia 2013 sempena program Integrasi 1Malaysia. Program ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak. Tujuan adalah untuk merapatkan lagi jurang antara semenanjung, sabah dan sarawak selaras dengan konsep 1Malaysia. Syarikat tambang murah Air Asia akan bekerja sama untuk memberi tiket penerbangan percuma dalam tempoh yang tertentu.


Macam mana nak dapatkannya?
Itu adalah persoalan semua orang termasuk saya. Semua pengguna boleh akses tiket percuma Airasia mulai 9 Januari 2013. Tiket percuma itu akan dibuka mulai 12 Tengah Malam 9 Januari 2013.
Permohonan tiket percuma ini boleh didapatkan di laman web http://www.airasia.com. Dianggarkan kira-kira 10 ribu tiket akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati tiket percuma tersebut.

Tempoh booking dan travel period?
Booking dari Dari 9 Januari 2013 (bermula jam 12 tengah malam) sahaja. Travel period dari 14 Januari – 4 Februari 2013 sahaja.

Hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.

Penerbangan ke mana?
Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Semenanjung Malaysia ke Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu dan Bintulu serta penerbangan dari Timur Malaysia ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Cara Pembayaran Penerbangan pun ada.
Cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan. Pembayaran boleh dibuat secara online dilaman web Airasia melalui Maybank2u, Cimbclick mahupun Visa atau Mastercard.

Nota Tambahan Terma Dan Syarat
Perkhidmatan lain seperti peruntukan bagasi serta pemilihan tempat duduk juga tidak termasuk dalam tawaran tersebut.

sumber dari : LINK

UPDATE (harga)



P/s: Persoalan yang bermain kat fikiran aku sekarang nie, tiket nie boleh ditempah pergi dan balik tak? huhu.. Kalau untuk satu hala je, tak balik semenanjunglah aku.


UPDATE: ( TERMS AND CONDITIONS)





15 comments:

  1. xtau nk pegi mn dah ..gpn bulan 2 holiday..haha

    ReplyDelete
  2. rasanya sehala je..takpela kawin terus kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah. sehala jew erk? haha, kawin kat thailand bley gak..LOL

      Delete
  3. jom serbu!! tapi dah nak habis cuti, tak tahu nk merayap ke mana,... huuuuu

    ReplyDelete
  4. wahh..best2..da lepas tambang pon cukup ah ..

    ReplyDelete
  5. best tapi sehala je..blik msti mhal

    ReplyDelete
  6. boleh beli dua hala. saya dapat ke miri utk dua orang dua hala RM30 jer. tpi takde hujung minggu la.

    ReplyDelete
  7. dah cube malam semalam... tapi tak boleh... tak tahu la kenape... nak gi sabah!!!! hahaha...

    ReplyDelete
  8. try gak dr pg td... x leh pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah penuh kalau tak silap saya sebab ada kawan yg nak isi pkul 2 pagi malam td pun cakap dah full.

      Delete
  9. aku nak g london! x leh pun hahaa

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013