Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Well, dah berbulan tak update blog macam setahun rasanya. Ceh! Untuk pengetahuan semua, Sarah bukan menghilang cuma ter "busy" sedikit.
Well, hari nie just nak inform yang Sarah sedang dan tak lama lagi akan tamat praktikal (LI) di Forest Research Institute Malaysia (FRIM). Apa yang bestnya kat sini?
Well, korang kena tahu yang FRIM nie bukan hutan semulajadi, means FRIM ialah salah satu hutan yang ditanam tau. Kalau tak silap FRIM kini berusia 80 tahun. Kalau korang datang sini, korang akan perasan yang taburan hutan disini kadang-kadang macam pokok getah. Walaupun bukan hutan semulajadi, tapi banyak spesies pokok yang ada kat sini.
Pokok Sebasah |
Pokok Belian |
Motif gambar pokok nie : Just nak tunjukkan pokok yang ada kat hutan tu je. Gambar nie diambil semasa menyertai inventori pokok (Tree Inventory) di sana.
Pokok biasa mungkin tak berapa menarik untuk korang tengok. Apa kata tengok pokok nie plak.
Pokok kapur, Dryobalanops aromatica
Nampak tak kesenian antara daun pokok-pokok kat atas nie yang mana tak bersabung/menyentuh satu sama lain. Unik bukan? Kalau korang nak tahu inilah yang dikatakan crown shyness phenomenon. Gambar kat atas nie mungkin tak seindah yang kita lihat dengan mata kita sendiri. So, kalau korang berpeluang masuk ke FRIM, jangan lupa join jungle treaking untuk masuk ke Denai Salleh.
Tak ada kata penutup, just tinggalkan komen korang ye. n_n