Ini adalah contest dari Syaifuddin Alias empunya blog http://www.spudinpunya.com dan dimeriahkan lagi dengan para sponsor yang bermurah hati iaitu Cik Tom, Mksyahir , FauziBlues , Eizil Network , lepakk.com , My Arrazi, LadFeamir.com , Pen Merah[dot]com, PuanBee[dot]com serta Nurmisnan.
Walaupun jarang Sarah menyertai sebarang contest, tapi kali ini terdetik di hati ingin mencuba dan bersaing bagi menguji sejauh mana tahap kemampuan SEO.
Antara syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur adalah:
1.Contest ini terbuka kepada semua blogger Malaysia, Indonesia, Singapura, dan juga Brunei.
2.Had penyertaan adalah sekali sahaja.
3.Blog anda haruslah mempunyai spesifikasi yang sepatutnya iaitu blog tidak lambat loading, tidak mempunyai comment verification, tiada widgets yang pelik-pelik dan semestinya friendly
4.entri contest anda nanti mestilah letakkan nama para SPONSOR, nama aku semestinya kena ada.
5.Entri tiada pop-up window untuk iklan-iklan anda yang mungkin menyebabkan anda tersingkir.
6.Para sponsor juga boleh menyertai Contest SEO Extravaganza ini.
7.Entri yang telah siap boleh di-link-kan di permalink di bawah ataupun bahagian komen entri SEO Extravaganza INI . Itu bakal menjadi penyertaan anda.
Syarat-syarat akan diubah dari masa ke semasa tertakluk kepada kesesuaian.
Entri yang harus disediakan bagi setiap peserta contest adalah :
Bagi Blogger Lelaki : "2012 Tahunku Yang Kacak"
Bagi Blogger Perempuan : "2012 Tahunku Yang Cantik"
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
2012 Tahunku Yang Cantik
2012 merupakan tahun terakhirku bergelar seorang remaja belasan tahun. Tahun ini, genaplah umurkan 19 tahun. Tahun terakhir sebelum memasuki 20-an. Ngeri, seram dan mendebarkan. Bunyinya macam terlalu over bagi menggambarkan keadaan aku sekarang. Mestilah sedikit cuak kerana 20 tahun bagi aku bunyinya sudah matang, bab kata orang kalau buah sudah boleh dipetik, kalau bunga sudah boleh disunting. Adus, dalam sungguh bunyinya. Semestinya pembaca yang budiman serta sabar membaca entri ini berasa pelik, kenapa aku perlu ada perasan sebegitu sedangkan belum ada orang mati kerana takut berumur 20. Okey, lupakan fobia aku.
Kecantikan, kalau mengikut definisi ianya adalah terlalu subjektif. Perkara yang paling cantik bagi aku adalah perkara yang boleh menukarkan perasaan kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kena dengan situasi aku sekarang di mana aku dahulunya memang tak suka giler dengan subjek sains. Tapi, sudah ditakdirkan yang tak suka itulah akan dipertemukan dengan kita jugak. Sekarang aku merupakan mahasiswi dalam bidang sains, tapi dalam tahun 2012 inilah baru aku sedar yang aku sudah mula 'berjinak' dengan subjek ini. Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Jangan lupa jugak, 2012 adalah titik permulaan aku berada dalam dunia blogging. Mempunyai sikap obses, itu membantu aku untuk terus menulis dan berkongsi walaupun blog ini tidaklah sehebat blog yang yang lain. Bermula dengan A sehinggalah huruf keberapa tidak dapat Sarah kenalpasti, yang pastinya banyak lagi yang perlu Sarah pelajari untuk meningkatkan kematangan dalam blogging. Insya Allah!
p/s :Letak gambar sendiri, tak tahu nak letak gambar apa..