Showing posts with label cara memohon rebet. Show all posts
Showing posts with label cara memohon rebet. Show all posts

1000 Wakil Jualan Rebat Rm200 Akan Disenaraikan

,Sunday, January 13, 2013 | 19 Comment

Dipetik dari Berita Harian ,
Kuala Penyu: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengemukakan 70 model telefon pintar yang boleh dipilih belia bagi mendapat rebat RM200 Pakej Telekomunikasi Belia (PKB).
Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata model telefon berkenaan akan dipapar menerusi laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan belia membuat perbandingan harga di pasaran. “SKMM akan terus memantau pendaftaran itu menerusi Internet dan kini 187,000 mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia bagi pembelian telefon pintar,” katanya. SKMM akan terus memantau pendaftaran itu menerusi Internet dan kini 187,000 mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia bagi pembelian telefon pintar” Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Senarai premis terpilih
Beliau berkata, kementerian juga akan menyenaraikan 1,000 premis dan penjual alat telekomunikasi yang menyertai PKB di seluruh negara.
Sementara itu, SKMM berkata, sebanyak 1,000 wakil jualan dilantik oleh syarikat telekomunikasi yang terbabit dalam PKB. SKMM berkata, perkara itu dimaklumkan oleh syarikat telekomunikasi terbabit kepadanya yang mana jumlah itu akan ditingkatkan dari semasa ke semasa di seluruh negara bagi memastikan belia dapat membeli telefon pintar 3G dengan lebih mudah.

Mereka yang berjaya mendaftar juga diminta bersabar dan menyemak senarai wakil penjual yang dilantik di laman sesawang setiap syarikat telekomunikasi atau pemberi perkhidmatan di https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html
Model terbabit ialah iPhone 5, Samsung Galaxy S3, Samsung Galaxy Mini 2, Samsung Galaxy Y 5, Samsung Galaxy Note 2, Samsung Galaxy Ace Plus, Samsung Galaxy S3 Mini, Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy Nexus 10, LG Optimus LE E400, HTC Desire C, HTC One X dan HTC Wildfire S.Yang lain ialah HTC Desire X, HTC One S, Nokia Asha 311, Sony Xperia Tipo Single, Sony Xperia SL, Sony Xperia Ion, Sony Xperia S, Huawei Ascend P1, Windows Phone 8X By HTC, Ninetology Blackpearl 2 i9400, Ninetology Stealth 2 i9500, Palette i5300, ZTE Acqua, Buzz 4G Cloud Phone dan Insight i9430. - BERNAMA


Klik LINK untuk daftar rebat telefon pintar anda sekarang
UPDATE : SENARAI PENGEDAR
Entri berkaitan : Info Rebat Telefon Pintar Rm200

Info : Rebat Rm200 Pembelian Telefon Pintar Dan Cara Memohon

,Tuesday, January 01, 2013 | 18 Comment



Pakej Komunikasi Belia
Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk  mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).
Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.


Syarat kelayakan adalah:
1. Pemohon berumur di antara 21-30 tahun  pada tarikh memohon; 
2. Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
3. Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.
4. Hanya satu telefon pintar untuk seorang

Cara memohon
Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.


Jenis Telefon :
1. iPhone 5
2. Samsung Galaxy S3,
3. Samsung Galaxy Mini 2
4. Samsung Galaxy Y
5. Samsung Galaxy Note 2
6. Samsung Galaxy Ace Plus
7. Samsung Galaxy S3 Mini
8. Samsung Galaxy Note
9. Samsung Galaxy Nexus
10. LG Optimus LE E400
11. HTC Desire C
12. HTC One X
13. HTC Wildfire S
14. HTC Desire X
15. HTC One S
16. Nokia Asha 311
17. Sony Xperia Tipo Single
18. Sony Xperia SL
19. Sony Xperia Ion
20. Sony Xperia S
21. Huawei Ascend P1
22. Windows Phone 8X By HTC
23. Ninetology Blackpearl 2 i9400
24. Ninetology Stealth 2 i9500
25. Palette i5300
26. ZTE Acqua
27. Buzz 4G Cloud Phone
28. Insight i9430
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications

Update
Jemaah Menteri sudah bersetuju supaya belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.


Dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan  
1.Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
2. Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa

Cara untuk menuntut rebat
Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan , anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut. 
Anda diberi masa selama 3 bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.

Soalan lazim boleh ke http://nbi.skmm.gov.my/PKB_FAQ.htm


Cepat daftar. "siapa cepat dia dapat" Klik sini untuk daftar


Entri Berkaitan : 1000 Wakil Jualan Akan Disenaraikan
UPDATE : SENARAI WAKIL JUALAN REBAT TELEFON 3G

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013