Showing posts with label cerita best. Show all posts
Showing posts with label cerita best. Show all posts

Jom Main Sambung Ayat

,Tuesday, June 26, 2012 | 14 Comment


Hari nie rase macam nak main-main je. Dah lama tak main nie. Jom kite main sambung-sambung ayat yang akan membentuk sebuah cerita hasil gabungan dari semua orang. Tahu tak macam mana? Macam nie, Sarah akan bagi ayat dan orang pertama akan sambungkan. Orang kedua akan sambungkan cerita orang yang pertama tadi. Orang ketiga pulak akan reka cerita sambungan orang kedua pulak. Dan seterusnya sampailah Sarah umumkan jalan ceritanya tamat.

Untuk menjayakan jalan cerita nie, semua orang dijemput menyertainya tanpa was-was. Annymous pun boleh join asalkan tinggalkan nama korang dalam ruangan komen tu nanti supaya Sarah boleh tahu siapa yang tulis.
Sambunglah cerita tadi mengikut kreativiti masing-masing dan tak kisah la berapa panjang yang korang nak tulis.

Peringatan penting :

Dilarang sama sekali menggunakan bahasa kesat ,tidak sopan yang keterlaluan dan mengandungi unsur politik.
Gunakan bahasa melayu yang boleh difahami <---maksudnya disini tak payah nak tunjuk teror tulis ikot bahasa jawa dan sebagainya.
 Sambung cerita ini dan letakkan di bahagian komen dibawah.<---komen di post ini sahaja 



Okey, kita mulakan ye.

Setelah membayar tiga puluh sen kepada makcik kerepot tu, aku terus masuk ke dalam tendas tanpa mengucapkan apa-apa. Silap aku la tadi nak masuk tak bayar. Kan dah kena sound kat makcik tu. Dah la depan awek pulak tu. Aduh, malu betul aku. Bukan aku takde duit, ala setakat tiga puloh sen tu apalah sangat. Nak buat macam mana, dah perut aku sakit sangat tu yang aku gopoh-gopoh masuk tandas tanpa bayar tu. 

Okey, sambungkan cerita Sarah tadi...
Start now...



 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013