Showing posts with label do the dappan. Show all posts
Showing posts with label do the dappan. Show all posts

Kontroversi Iklan Deepavali Petronas 2012

,Thursday, November 08, 2012 | 8 Comment

Kalau tiba sahaja musim perayaan, pasti ramai yang ternanti-nanti iklan dari Petronas kan? Kebiasaannya, iklan yang ditaja oleh Petronas menarik, mempunyai nilai dan moral tersendiri yang hendak disampaikan kepada penonton.Menjelangnya Deepavali, satu iklan yang bertajuk 'Do the Dappan' telah disiarkan di laman Youtube. Namun, kebanyakan penonton menunjukkan reaksi negatif. Berikut adalah komen dari Youtube.


Dipetik dari Malaysia Kini, Bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia A Vaithilingam berkata ia adalah sebuah iklan yang kontroversi dari mula-mula lagi, dan menunjukkan watak-watak pemuda India ala samseng yang menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.
Katanya ia memaparkan unsur negatif terhadap kaum India seperti bahagian yang menunjukkan mereka menyebabkan kesesakan lalulintas dengan menari di tengah-tengah jalan.
Menurutnya lagi, ia menunjukkan seolah-olah kaum India harus dipersalahkan kerana menyebabkan kesesakan lalulintas.

Sarah kurang pasti apa mesej yang hendak disampaikan dalam iklan ini. Ada yang menyifatkan Petronas seperti berusaha untuk menjadikan ‘Do the Dappan’ fenomena sepertimana Gangnam Style yang di’popularkan PSY. Yang peliknya,  Sharifah Amani dalam sebuah teaser untuk iklan ini menyebut “PETRONAS commercial no emotion how to do? Excuse me, have you done commercials before?” seperti kena dengan situasi yang di’hadapi iklan Deepavali Petronas sekarang ini.


VIDEO



 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013