Showing posts with label go green. Show all posts
Showing posts with label go green. Show all posts

Cara Menyahut Kempen Go Green

,Saturday, March 23, 2013 | 14 Comment
Bersempen hari minggu nie, mesti banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga masing-masing. Dan salah satunya dengan menyertai kempen bumi hijau 'Go Green'.Kempen Go Green dengan taglinenya Recycle, Reuse, Reduce.
Recyle bermaksud kitar semula seperti suratkhabar boleh dijual, kertas, tin aluminium, botol .Reuse pula bermaksud menggunakan barang terpakai kepada tujuan sama atau lain dengan sedikit pengubahsuaian. Reduce pula menyeru agar kita kurangkan penggunaan atau tabiat membuang atau membuat sampah.Perubahan harus dilakukan. Sekecil-kecil perubahan adalah dari diri sendiri. Kita perlu menjaga alam sekitar untuk memastikan generasi masa depan dapat menikmati alam ini.Sertai kempen bukan bermakna perlu berkumpul ramai-ramai satu kampung dan mengerah tenaga sepanjang hari. Tidak! Banyak perkara yang boleh kita buat bagi menyahut kempen sihat ini. Contohnya baru-baru ini kerajaan telah mengwar-warkan kempen hari Sabtu tanpa beg plastik yang mana pasaraya tidak akan membekalkan beg plastik kepada pelanggan. Tak tahu sama ada kempen hari tanpa beg plastik ini masih diteruskan ataupun tidak tapi bukan itu isu yang Sarah ingin kongsikan.
Reuse, menggunakan semula barangan terpakai anda. Nak tahu macam mana?

Kertas terpakai boleh dibuat sebagai bunga hiasan.

Tingkap lama dibuat sebagai tempat letak surat

Siapa sangka potongan tong boleh dibuat sebagai bingkai cermin

Tingkap lama juga boleh digunakan sebagai satu dekorasi dinding,




Variasi rekaan menggunakan test tube. Elegan dan menjimatkan!
Jangan buang briefcase lama  anda, Mungkin boleh buat macam nie jugak

Pinggan bercorak dibuat sebagai hiasan dinding

Tangga lama sebagai rak buku.


Lain-lain benda kreatif yang anda boleh buat dengan barangan terpakai boleh juga rujuk entri lama Sarah:

Good luck!

Mesti Cuba! 8 Rekaan Kreatif Menggunakan Botol

,Monday, February 04, 2013 | 11 Comment

Hari ini Sarah nak berkongsi entri bersifat Go Green sikit. Mana tahu korang boleh cuba buat di rumah, selain dapat berjimat kita juga merupakan satu langkah pemeliharaan alam sekitar daripada pencemaran . 

1. Botol sebagai lampu meja.
Macam mana nak buat botol jadi lampu meja? boleh lihat video kat bawah. Oh ya, video kat bawah menggunakan wine bottle. Tukarkan kepada botol laon, botol kicap pun boleh.

2. Botol sebagai tempat telak lilin
Nampak mudah, hanya perlu potong bahagian bawah botol untuk mendapatkan kestabilan.


3. Botol sebagai tanglung ( Lantern)
Chinese New Year dah dekat, apa kata tukarkan tanglung tradisional kepada taglung bertemakan Go Green pula.


4. botol sebagai tempat letak bunga
Memerlukan botol kosong, cat sembur dengan warna menarik dan hasilnya pasti memuaskan hati.

5. Botol sebagai tempat letak barang
Sesuai untuk gugurls yang mempunyai variasi berus makeup. Boleh juga sebagai tempat letak berus lukisan bagi orang yang suka melukis.



6. Botol sebagai frame gambar
Kalau dah kreatif, apa pun boleh

7. Botol sebagai barangan hiasan
Siapa kata botol adalah sampah selepas digunakan? Tidak, jika kita padai mengolah dan mencantikkannya menjadi sesuatu lain dari yang lain.


8. Botol pengganti pelita
Jadikan malam hari raya lebih menarik dengan menggunakan botol sebagai pelita. Awesome kan?

Tak cukup idea lagi? boleh ke link untuk tahu lebih lanjut. Selamat mencuba!! 

ENTRI BERKAITAN : 14 Cara Guna Barang Terpakai
Mintak tolong pembaca sekalian:
Tolong vote sahabat Sarah  dalam contest nie. Klik like pada link -Project2Pi- Terima kasih!


 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013