Malam nie hangat para penuntut UPSI asyik bercerita pasal sorang engineer lulusan UITM Shah Alam yang telah menulis entri bertajuk " Untung laa sape jadi cikgu"
Dia telah menutup blognya pada pagi tadi ( 1 November). Mungkin kerana tidak mahu terus-terusan dikecam oleh cikgu-cikgi yang tak tahan membaca entrinya yang agak kasar berkenaan dengan profesional guru.
Dalam entrinya itu, dia menyatakan bahawa guru-guru banyak mencuri tulang, buat kerja tak ikhlas dan mendapat gaji yang lumayan, tidak setimpal dengan kerja yang dibuat.
Cakap banyak pon tak guna. Blognya telah ditutup, so korang tak payah la cari-cari, memang takkan jumpa.
Nasib baik sempat print screen, baca kalau nak. Bukan nak mengaibkan orang, cuma nak jadikan ikhtibar.
Cikgu tak boleh baca blog? Tak boleh main facebook?
Kenapa, taknak bagi cikgu bijak ICT ke?
Sabo je la
Antara komen si X nie jugak....
Tak tahan komen dia yang nie :
Jadi cikgu je??
Amboi, hebat sangat bunyinya.
Dan dia telah meminta maaf secara terbuka..
Harap dia sedar la bahawa dia tak kemana kalau tiada guru yang mengajar dia sampai jadi engineer.
Bila manusia sudah diatas, lupa pula orang yang telah menabur bakti kepadanya.
Beliau telah dibidas oleh para guru yang agak tersinggung dengan penulisannya itu.
Antaranya blog Cikgu Abbas dan blog Nick Nashram Kat blog nie korang juga boleh tahu siapa orang X yang saya maksudkan juga.
Moral : Jangan terlampau taksub atau menulis mengikut perasaan tanpa menggunakan akal, kerana buruk padahnya. Kan dah kena print screen.
Ingat! Jangan lupa pada guru kita.
Secara ringkas, antara sebab guru wajib dimuliakan kerana;
Pertama, guru ialah insan mulia dan tinggi kedudukannya. Sebagai orang berilmu yang dijamin Allah ketinggian kedudukannya seperti yang disebutkan dalam satu ayat-Nya, guru tentu memiliki kemuliaan yang perlu dipertahankan. Bahkan, dalam satu ayat-Nya, Allah menggandingkan orang berilmu dengan malaikat. (Maksud surah Ali Imran, ayat 18)






