Semalam, hari Jumaat Sarah ade kelas Hubungan Etnik.
Masuk-masuk je kelas, lecturer 'kesanyangan' cakap "okey, hari nie kita ade kuiz mengejut" Hohohoh..bagus betul lecturer nie, selalu je buat kuiz tak bagitau.
Lalu, kertas-kertas soalan diedarkan dan dia dengan tegasnya tak bagi kitorang bukak kertas tu sebelum start."Okey, hari nie awak kena jawab soalan maths dalam masa satu minit. semua pelajar tak dibenarkan untuk bercakap atau berbincang., jadi masa satu minit bermual dari....... ..... SEKARANG...."
Maka semua pelajar membuka kertas tu dengan gelojohnya, termasuklah aku.
Ya, memang betul soalan matematik budak sekolah rendah.
soalan satu. 6 bahagi 2 = okey, mestilah 3 kan?
soalan dua . 8 + 12 =haha.. 20 la jawapan dia.
dan sampai la soalan ke 39.
"Okey, masa dah tamat.berhenti menjawab." kata lecturer tu.Mata aku terlihat satu soalan last yg belom kujawab.
40. 16 darab 3 =
pikir-pikir, lalu aku cepat-cepat tulis jawapan dia.yess.. habis semua aku jawab. walaupun satu soalan aku main tipu.
Pastu kitorang bertukar-tukar kertas untuk tandakan berapa yang betul.Bila aku dapat balik kertas tu, aku dapat kosongggggg!
~kosong,kosong, kosong~~ kedengaran beberapa orang menyanyikan lagu Najwa Latif, termasuklah aku,
Tapi, tahukah kita bahawa amat penting untuk kita membaca soalan sebelum menjawab?
Ya, Amat PENTING!Cuba tengok instuction dia dulu
Okey, kitorang terkena dengan lecturer tu.
Tambah bermakna darab.
bahagi bermakba tambah
tolak bermakna bahagi
darab bermakna tolak.
aduh, sakit hati pulak aku baca. Mana la sempat nak tengok instruction dia before jawab sebab dia bagi satu minit je masa.
Kata lecturer tu : Kita tak boleh terlampau mempercayai seseorang. Dalam dunia sebenar orang boleh tukar simbol-simbol sesuka hati dan boleh menyebabkan kita sesat..
Moral = baca soalan dulu before jawab
betul kata beliau, jangan terlampau mudah percaya kat orang