Showing posts with label lahad datu. Show all posts
Showing posts with label lahad datu. Show all posts

Apa Berita Lahad Datu 6 Mac 2013?

,Wednesday, March 06, 2013 | 3 Comment

Berita di Lahad Datu pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Gelisah, takut dan marah. Semua bercampur aduk apabila tanah negeri Sabah cuba diusik. Berikut adalah laporan Terkini Krisis Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah

7.30 ptg - Seorang wartawan tercedera semasa operasi mengejar dan menahan pengganas oleh pasukan Paskal. Tindakan anggota keselamatan menahan seorang pemandu bot di pantai berhampiran Felda Residence Sahabat, dekat sini menarik perhatian media yang berada di kawasan tetersebut.Bot yang dinaiki seorang lelaki ditahan pihak keselamatan yang mengawal perairan di sekitar Kampung Tanduo. Aksi penahanan tersebut ternyata menarik minat pihak media yang bertindak menyerbu ke arah perairan pantai. Namun begitu, malang buat salah seorang daripada kumpulan media itu apabila jurugambar tersebut jatuh ketika berlari bagi merakam aksi yang jarang diperoleh itu. Jurugambar tersebut difahamkan terkehel di bahagian lutut dan menerima bantuan perubatan daripada pihak pengurusan Felda Residence Sahabat. - UTUSAN

7.10 ptg - Pasukan keselamatan yakin masih ada saki baki pengganas di Kg Tanduo. Operasi diperluas hingga ke Kampung Tanjung Batu - Panglima Angkatan Tentera.
- Operasi penggeledahan diteruskan untuk mencari senjata yang dipercayai ditanam di Kampung Tanduo - Panglima Angkatan Tentera

6.50 ptg - KPN mengesahkan beberapa pengganas berjaya ditembak mati di 3 lokasi tembak menembak di sekitar Tanjung Batu (kejadian kira-kira pd jam 4.15 ptg) Jumlah kematian belum dapat disahkan.

6.25 ptg - Tidak ada sebarang laporan diterima berhubung dakwaan rakyat Malaysia ditawan penceroboh - KPN

6.00 ptg - Pusat Media di Felda Residence Gempar apabila sebuah bot cuba mendarat di pantai berdekatan (kira-kira jam 3.30 ptg) - Susulan itu, pasukan paskal mengejar dan berjaya menahan 2 individu lelaki yang berada dalam bot berkenaan

4.50 ptg - Gambar kubur penceroboh yang ditunjukkan oleh Zahid kepada media. Menteri Pertahanan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi Dalam Sidang Media Sebentar tadi Menunjukan Sebahagian Gambar Pengganas Bersenjata yang mati dalam Ops Daulat yang bermula 7 Pagi Semalam.
-Kredit Photo NST
13 Mayat ditemui. Sembilan daripada 13 mayat pengganas ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.



4.35 ptg - Lagi Gambar Suspek yang ditangkap di Semporna


  
4.25 ptg - Sidang Media DS Hishamudin dan Zahid Hamidi
-13 Mayat Penceroboh ditemui ketika ini
-CID dan Forensik Menemui Kubur 7 Penceroboh
-Pasukan Forensik diserang ketika membuat pemeriksaan dan pengesahan kubur dan mayat penceroboh kira-kira jam 1.45 ptg
-Anggota keselamatan menemui sejumlah senjata yang digunakan penceroboh)
-Tiada Anggota Keselamatan yang tercedera pada Ops Daulat Hari Kedua
-Kedua-dua Menteri Menekankan bahawa orang ramai perlu yakin dan mempercayai kemampuan anggota keselamatan dari PDRM dan ATM
-Pengamal media sosial khususnya perlu lebih bertanggungjawab dan menghormati anggota keselamatan serta keluarga-keluarga wira yang terkorban
-Gambar-gambar di lokasi serangan dipertontonkan kepada media

 


3.40 ptg - Kawalan Di Felda Sahabat

3.30 ptg - Anggota Keselamatan memulakan operasi menggeledah rumah ke rumah di Kg. Tanjung Batu. bagi memburu pengganas.

3.05 ptg - Suspek yang ditahan juga memiliki syabu
Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas. Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an. Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.
Operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari. dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.


3.00 ptg - 4 Suspek Penceroboh Ditahan Jalan Lapangan Terbang 5 KM Dari Pekan Semporna Dalam Operasi Khas jam 12 Tengahari tadi.

1.45 tengah hari- pasukan forensik kita diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera.


Update 3 Mac : Pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna

,Sunday, March 03, 2013 | 4 Comment

SEMPORNA 2 Mac - Kumpulan bersenjata asing dipercayai penyokong Tentera Diraja Kesultanan Sulu melancarkan serangan terbaharu mengakibatkan seorang pegawai polis terbunuh dan seorang cedera di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer ke bandar Semporna, pukul 7.30 malam tadi.
Utusan difahamkan kumpulan penyerang adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang telah mula memasuki dan menetap di beberapa kawasan di Sabah secara berperingkat sejak empat bulan lalu.
Difahamkan siren kecemasan dibunyikan di Kampung Simunul dan semua penduduk termasuk di kampung berdekatan iaitu Kampung Air dan Kampung Sri Jaya diarah tidak keluar dari rumah masing-masing. - UTUSAN




 2 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.
Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ."Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu."Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya. Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera.
Sementara itu di LAHAD DATU, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dua anggota polis cedera dalam kejadian tersebut. Hamza bagaimanapun menafikan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna diserang dan berkata keadaan di Semporna terkawal serta tidak ada perintah berkurung dilaksanakan. Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab.
BERNAMA


3 Mac - Polis berjaya menahan tiga ahli kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo yang cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa di sini malam tadi. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ketiga-tiga lelaki yang tentera Diraja Kesultanan Sulu dan bersenjatakan parang itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.Dalam pada itu, menurut beliau, seramai 10 individu berpakaian celoreng yang dipercayai ada kaitan dengan tentera penceroboh terbabit dikesan memasuki kawasan Kampung Long Malong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis percaya tiga daripada mereka mempunyai senjata," katanya di sini hari ini. - UTUSAN



Penduduk Semporna pukul penceroboh sampai mati
Gambar penduduk memukul sehingga mati penceroboh di Semporna.



UPDATE 3 MAC 11.30 MALAM:
Senarai anggota polis yan terkorban lokasi Semporna dan Lahad Datu...
1)Supt ibrahim - SB Bkt aman
2)Asp michael - KCKD semporna
3)Sjn baharin - SB
4)Sjn aziz - PGA semporna
5)Kpl salam - SB Tawau
6)L/kpl azrul -PGA semporna
7)INS zulkifli - vAT69 KOMANDO
8)sarjan sabarudin - VAT69 KOMANDO

Al-Fatihah




Info : Pencerobohan di Lahad Datu 1 Mac 2013

,Saturday, March 02, 2013 | 2 Comment
Sana sini berita pencerobohan Lahad datu oleh bangsa asing dari Filipina.Bermacam andaian yang di buat tentang situasi di Lahad datu ini. Dilaporkan sekurang-kurangnya 12 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera dan Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di perkampungan tersebut. Manakala 3 anggota PGA lagi cedera.Sumber berkata Tiga anggota PGA yang cedera telah dibawa ke hospital Lahad Datu. Meskipun pihak kerajaan Malaysia telah memberi peluang menerusi pelbagai cara antaranya rundingan tarikh lanjutan menyerah diri bagi mengelakkan pertumpahan darah daripada berlaku dan juga meminta penceroboh tersebut meninggalkan Sabah dengan aman,tetapi peluang itu tidak dimanfaatkan oleh kumpulan yang diketuai Rajah Mudah Azzimudie Kiram itu 

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar dari kawasan itu secepat mungkin.“Kita ambil sikap yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di Lahad Datu kerana kita cuba elak pertumpahan darah dan selesai masalah dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu  merupakan kesalahan besar dan serius.“Mereka sepatutnya dapat menerima tawaran kita keluar dari kawasan kita dengan secepat mungkin. Lagi lama mereka kekal di situ mereka akan terdedah dengan bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Najib mengulas insiden tembakan di kawasan itu hari ini setelah kumpulan penceroboh yang diketuai adik kepada ‘Sultan Jamalul Kiram III’ Agbimuddin Kiram enggan meninggalkan kawasan itu setelah berkubu di kawasan itu lebih tiga minggu dengan membuat beberapa tuntutan.

Keadaan di Hospital Lahad Datu yang dikatakan dalam situasi berjaga-jaga (Red Alert).

Kedutaan Malaysia di Filipina dikawal ketat bagi mengelak apa-apa kemungkinan.

Situasi di pekan Lahad Datu, jarak pekan dan lokasi serangan ialah 120km.

Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;
9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina. Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.
Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. – BERNAMA



Alfatihah buat pejuang negara yang terkorban semalam.

Perintah berkurung telah dikenakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo. Bagiamanapun, keadaan masih lagi terkawal

VIDEO : http://www.youtube.com/watch?v=Pkjem9-RkRU


UPDATE:BERITA PENCEROBOHAN LAHAD DATU 3 MAC
UPDATE 6 MAC : PENCEROBOHAN LAHAD DATU&SEMPORNA
 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013