Segmen 1 : Ama Mencari Bloglist Mei

,Thursday, May 03, 2012 | 1 Comment
Salam 1 Malaysia Semua..

Hari nie Sarah berkesempatan untuk join Ama Mencari Bloglist Mei walaupun line internet yang sangat la lambat
namun Sarah tetep tabah kan hati nak join.. 


Soalan Ama : korang rasa blog ama nie oke ke tak ? ...  boleh tak korang sarankan cadangan atau apa apa ???

 Jawapan Sarah : Blog Ama dah ok dan mantap.( ikhlas nie taw) cadangan atau saranan Sarah teruskan 
menulis entri2 yang gempak dan best untuk tarik minat pembaca.
Dari segi hiasan pulak Sarah rasa blog Ama nie cute sangat namun bagi nak 
tarik pembaca khususnya lelaki Sarah rasa perlu kurangkan kecutean blog supaya lebih kelihatan sederhana.
Tapi kalau Ama rasa tak berkenan dengan cadangan nie Sarah tak kisah.
Itu semua terpulang kepada kehendak Ama sendiri..
Btw, bagi Sarah blog Ama Ok dan menarik untuk dibaca..=)

Itu sahaja la kot,,,=)

Serius Tak Nak Tukar!!

,Tuesday, May 01, 2012 | 6 Comment
Huhu.. cam serius jek tajuk entri nie. Serius, aku dah tak nak tukar.. tapi tukar ape erk? emm, cam nie cerita nye.

Sarah nie suka sangat tukar-tukar brand pencuci muka. Dulu, masa first time start guna Sarah guna Safi. Pastu dekat setahun guna Sarah tukar kepada Clean & Clear la, Gervine Clear White la, and ade la beberapa brand yang Sarah lupa apa jenamanya.

Tujuan Sarah tukar-tukar brand nie pasal nak kenal pasti yang mana lebih sesuai dengan kulit wajah Sarah. Rasanya tak de satu pun yang betul-betul berkesan. Sarah nie kadang kala dengar je akak sales girl promote barang dia. Pastu Sarah malas nak pikir panjang terus beli pasal sampai sekarang Sarah still belum jumpa yang betul-betul berkesan. 

Nak dijadikan cerita hari tu  Sarah ade beli satu pencuci muka nie. Brand nye tak payah la Sarah mention kat sini. Sarah pakai untuk minggu pertama tu, still macam biasa. Pakai plak untuk minggu seterusnya... ALAMAk!!! jerawat naik dengan begitu banyak nya. Fuuh!! rase macam nak campak jek bende tu. Dah la jerawat nie bukan main senang naik tapi sangat la susah nak sembuh dan berambus. Nak tak nak, Sarah dah tak pakai yang tu walaupun still banyak lagi. Dah la main beli yag besar terus, kan dah membazir.

So, sekarng, Sarah guna balik Clean & Clear balik walaupun muka tak jadi clean apatah lagi clear. Walaupun jerawat still menyerang namun tak de la sampai 10 bijik naik.

Konklusi dari kisah nie : Jangan terlamapau rajin buat experiment kat muka. Padahnya, tanggung sendiri!
 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013