Aneh dan menakutkan. Jika perkabaran yang dilaporkan oleh akhbar berita Metro baru-baru ini adalah betul, maka ianya adalah satu petanda bahawa jin juga tahu bersosial! Akhbar metro menyiarkan berita yang pelik dan menggemparkan di Arab Saudi yang jin pun ada akaun twitter. Akhbar di Arab Saudi itu melaporkan jin itu mengaku dirinya jin tulen dan mahu berkawan dengan manusia. Dia juga memuatnaik gambar kediaman berusia 100 tahun. Pemilik akaun twitter itu juga berkongsi tentang keluarga dan kawasan kediaman di Yaman, di akaunnya juga ditulis dia sukakan keamanan dan tidak mahu mencederakan sesiapa.
APAKAH ITU JIN?
Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."
Sehingga 11Jun, pemilik akaun twitter tersebut sudah mempunyai 160 549 followers dan tidak mempunyai bilangan following. Pemilik akaun terbabit juga berinteraksi dengan followersnya. Nampak betapa peramahnya 'jin' tu?Ini jawapan dia apabila ditanya mengenai Malaysia.
Nak usha akaun twitter jin terbabit? boleh lihat https://twitter.com/s_2017_s
scary betul muka tweeticon.. huuuuuu ni serius ke ape ni??? 0.0
ReplyDeleteBiar betul ~ Nice sharing , Can I share this at my blog too ? Thanks . Nanti saya credit >.<
ReplyDeletesilakan... boleh aje.nanti kreditkan
DeleteAssalamualaikum sara. subhanallah. masyallah. ngeri sheila baca ni +__________+
ReplyDeleteni manusia mnyamar jadi jin pa...huhu
ReplyDelete