Apo Kono Eh Maybank2u

,Sunday, July 21, 2013 | 8 Comment

Minggu lepas aku baru bukak akaun Maybank. Rupa-rupanya kejap je nak bukak akaun, yang lamanya sebab tunggu turn. Nasib baik masa aku pergi hari tu orang tak ramai sangat, so tunggu setengah jam baru sampai giliran aku. Prosedur dia just isi semua form dia yang aku rasa takde la banyak sangat pun. Then, aku disuruh memasukkan duit rm250 ke akaun aku melalui Cash Deposite Mashine(CDM). Walaupun selama nie aku tak pernah ada akaun Maybank tapi takde la jakun sangat nak buat tu semua memandangakan hampir setiap minggu aku bankin duit kat akaun supplier aku. Lepas tu akak maybank tu ajar aku cara register maybank2u. Kire takde lah susah mana pun sebenarnya. Ikut step-step dia dan settle semua. Kenapa aku bukak akaun Maybank? Sebenarnya aku patut bukak semasa umur 18 tahun lagi memandangakan Maybank nie sangat penting uools tau.Sebabnya Maybank kan bank no 1 kat Malaysia nie. Segala urusan pembayaran dan pembelian online sekarang kebanyakan menggunakan akaun Maybank. Lagipula, aku kan dah terjebak dalam business online nie so agak menyusahkan customer aku la kalau aku takde akaun Maybank. Ok, dah-dah aku puji kau Maybank. Nie nak complain sikit nie. 
*Maybank card aku macam nie la. Cun kan ada siap logo superman gitu. Actullay akak Maybank ada tanya nak card Superman ke nak MU ? *

Memandangkan aku nie newbie untuk Maybank2u, aku try risik-risik jugak macam mana nak buat transaksi online nie. Nampak macam senang, segalanya dihujung jari anda. Aku dah excited giloss dah, memandangkan hobi aku yang sangat suka membeli secara online dipermudahkan dengan hadirnya Maybank2u dalam hidup aku. Nampak tak terujanya aku kat situ? Setelah register dan setup aku punya password dan sebagainya, aku pun teringin jugak la nak try transfer ke ape. Then, aku try buat transfer duit ke sorang dealer nie. Macam biasa, lepas isi amaount, nombor akaun, penerima semua, lepas tu kita kena request tac number bagi mengesahkan transaksi kita. Bila di request, nombor unik tac tu akan sampai ke nombor telefon kita yang dah didaftarkan masa bukak akaun maybank hari tu.. Tunggu punya tunggu tac tak sampai-sampai ke nombor telefon.Aku tekan sekali lagi la takut tak mujarab ke tekan sekali.  Sabar jek aku tunggu sampai Maybank2u auto logout akaun aku memandangkan dah lebih 5minit masuk. Angin jugak la sebab lepas dah logout tu baru la terhegeh-hegeh no tac tu sampai. Then, aku tak puas hati aku transfer kat ATM je lah. 

Hari nie aku urgent giler nak kena transfer duit kat 2 orang suppier aku. Then dengan tabahnya aku try transfer lah guna online banking kan. Kata memudahkan keje. Tapi, kalau hari tu dia ada jugak lah send tac number walaupun lambat, yang nie memang langsung tak hantar. Actually bukan hari nie je aku buat, dari semalam lagi. Satu tac number pun tak sampai walhal dah requst dan notification pun dah keluar menyatakan tac tu dihantar ke nombor telefon 014-51xxxxx. Huh! Angin betul lah, time ada promotion price nie dia tak bagi pulak buat transaksi.. Lagi satu aku sangat memerlukan stok baru memndangkan hari Rabu nie nak post kat customer. Alahai, Maybank2u tolong le bagi tac number tu cepat sikit. Penat den tunggu tak sampai-sampai jugak.

Kalau ada reader yang sangat arif bab-bab macam nie ambo sangat mengharapkan pertolongan anda. Ambo nie baru lagi, mungkin ada yang tak kena masa request tac tu. Mintak jugak le kalau yang keje dengan Maybank harap dapat usulkan masalah yang sarah kira mamang biasa dihadapi oleh pengguna Maybak2u nie. salam ramadhan dari pengguna baru Maybank2u.

UPDATE 4.04 A.M : BARU DAPAT TRANSFER GUNA ONLINE MAYBANK2U NIE. HEPPY TAK TERKATA FIRST TIME BUAT. BUAT KORANG BOEH CUBA DI AWAL PAGI MACAM NIE, INSYAALLAH BERJAYA. SAMPAI JUGAK NO TAC KITE NIE YE.


~Lama menyepi bukan bermakna hilang terus. Owner blog nie ada je, tak hilang ke mana. kekangan masa menyebabkan tak sempat mengupdate blog tercinta nie. Salam Ramadhan dan Salam Aidilfirti untuk 2 Minggu lagi. Mana tahu tak sempat nak update blog nanti. Maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada gaya penulisan dan penggunaan bahasa yang menyentuh sensitiviti pembaca.~

8 comments:

  1. ena tak ada bank ni.. tapi masa ena uruskan iftar dulu, memang orang lain pakat pakat pakai maybank... rasa nak buat juga.. tapi student leh ke guna??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je asal umur cukup 18 tahun.. student sekarang pun ramai pakai maybank jugak aina

      Delete
  2. Assalamualaikum sara. akak pakai cimb clicks. sangat bagus sebab maybank akak dah tak ingat password. heee tac cepat je sampai ke phone. nape maybank punya lembap ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam akak.. ye ingat hari tu nak bukak account cimb tp cimb kat cawangan tanjung malim dah pindah le pulak.. terpaksa bukak maybank.huhu.. tp maybank pun ok, sometimes je ada masalah. ye lah ramai sangat pengguna kan...

      Delete
  3. Pilihan yang tepat.
    Superman lebih baik daripada MU.


    Yang benar,
    Peminat chelsea

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..sila sertakan alamat ,nama serta no tel untk pos poskad raya dari bismi artzwork di https://www.facebook.com/denyutnadihamba

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Rakan-Rakan Blogger ..
    Blogwalking Malam Raya...hehehehe.

    Dari Hanif Idrus Blog and Family.
    Thanks be my friend

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013