Showing posts with label cara semak guna sms. Show all posts
Showing posts with label cara semak guna sms. Show all posts

Semakan Permohonan Matrikulasi (2013/ 2014)

,Thursday, April 25, 2013 | 4 Comment

Buat para pelajar lepasan SPM 2012 mesti tertunggu-tunggu keputusan bagi mengetahui status permohonan ke matrikulasi, bukan? Calon yang telah membuat permohonan matrikulasi boleh membuat semakan tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan. Menerusi laman rasmi Bahagian Matrikulasi, tarikh untuk ketahui tawaran akan diumumkan pada 25 APRIL 2013.

Semakan boleh dibuat di laman http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/ setelah applikasi semakan matrikulasi sesi 2013/ 2014 telah dibuka.

Contoh Semakan Jika Berjaya


Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :
Surat tawaran
    Panduan pendaftaran
    Dokumen peribadi pelajar
    Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
Semakan Guna SMS

SMS dengan menaip MOEMATNO.K.P dan hantar kepada 15888
contoh: MOE MAT 950303045347

Tarikh Pendaftaran Matrikulasi 2013/ 2014
Tarikh pendaftaran kolej matrikulasi ialah pada :
Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej Matrikulasi  seluruh semenanjung – 27 Mei 2013

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang  http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.




Cara Semakan Keputusan SPM 2012

,Sunday, March 10, 2013 | 12 Comment

Para calon SPM 2012 boleh mula membuat semakan SPM 2012 result online pada tarikh 21 Mac 2013 ini. Keputusan SPM 2012 boleh mula disemak bermula pukul 10 pagi di sekolah atau tempat para pelajar mengambil peperiksaan tersebut tahun lalu.


Untuk membuat semakan keputusan SPM 2012 secara online, ikut langkah berikut :
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3.  Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4. klik butang Semak Laporan.


Keputusan atau result SPM 2012 juga boleh dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).Apa yang perlu dilakukan ialah menaip seperti di bawah ini.
SPM (jarak)Nombor KP(jarak)Nombor Giliran
lepas tu hantar ke 15888
Contohnya :SPM 900104038776 BC0001A044 dan hantar ke 15888. Setiap semakan Keputusan SPM 2012 (Semakan SPM 2012) akan dicaj RM 0.35 sahaja

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sangat penting bagi seseorang pelajar itu untuk menentukan halatuju dia yang seterusnya. Keputusan yang bagus akan memudahkan para pelajar mencapai cita-citanya, tetapi sekiranya keputusan kurang baik, bukan bermakna semuanya sudah habis. Anda masih tetap ada peluang untuk memperbaiki keputusan tersebut.
Semoga berjaya buat para pelajar membuat semakan SPM 2012 (SPM result) nanti dan mendapat result yang setimpal dengan usaha yang dilakukan.


 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013