Buat para pelajar lepasan SPM 2012 mesti tertunggu-tunggu keputusan bagi mengetahui status permohonan ke matrikulasi, bukan? Calon yang telah membuat permohonan matrikulasi boleh membuat semakan tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan. Menerusi laman rasmi Bahagian Matrikulasi, tarikh untuk ketahui tawaran akan diumumkan pada 25 APRIL 2013.
Semakan boleh dibuat di laman http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/ setelah applikasi semakan matrikulasi sesi 2013/ 2014 telah dibuka.
Contoh Semakan Jika Berjaya
Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :
Surat tawaran
Panduan pendaftaran
Dokumen peribadi pelajar
Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
Semakan Guna SMS
SMS dengan menaip MOEMATNO.K.P dan hantar kepada 15888
contoh: MOE MAT 950303045347
Tarikh Pendaftaran Matrikulasi 2013/ 2014
Tarikh pendaftaran kolej matrikulasi ialah pada :
Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej Matrikulasi seluruh semenanjung – 27 Mei 2013
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.
Asalamualaikum sara. bestnya boleh apply ni. kita belajar tak tinggi, cita2 je lebih ;p
ReplyDeleteInfo yang baik
ReplyDeleteAnak sedara saya dapat kat kedah.
ReplyDeletemane menghilang ha?
ReplyDelete