Hai, assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat pembaca sekalian. Al-hamdulillah, setelah lama menyepi dan hanya sempat taip 2 entri sahaja sepanjang bulan April lalu, hari ini aku sempat juga mencipta sejarah untuk diri sendiri menaip entri pembuka bulan Mei 2013 ini. Ohoho, rasa macam nak bagi ucapan perasmian pulak. Well, untuk pengetahuan semua, aku sebenarnya baru sahaja berhenti kerja, bukan diberhentikan okeyh! Setelah tamat final exam 19 Mac yang lalu, aku dan kawan aku diterima bekerja di Metro Store, Taman Universiti di Tanjung Malim nie.Hari first kitorang kerja adalah pada 24 Mac 2013.
Aku telah ditempatkan di kedai kasut Metro Store manakala kawan aku kat bahagian pakaian. Ada 2 orang pekerja sepatutnya menjaga kedai kasut tu, memandang salah seorang dari mereka rehat, aku kena ganti tempat diorang. First time masuk kedai tu sebagai seorang pekerja, ada kakak india memperkenalkan dirinya sebagai Kak Jaya. Aku teka umur die ada dekat 40 tahun. Aku masuk dan dia terus tunjukkan aku stor-stor kasut yang ada. Rupa-rupanya kasut kat situ bukan disimpan ditempat yang sama. Ada stor yang berlainan, dalam stor pulak ada barisan rak.Aku juga diajar macam mana nak tengok sama ada saiz kasut tu ada ke tak. Ala, bukan susah pun, tengok yang ada tanda (/ ) bermakna adalah saiz kasut yang pelanggan nak dan kalau ada tanda pangkah (x) pada tag bermaksud dah ada orang yang beli. Ok, pembelajaran pertama aku cerna sikit-sikit. Tapi, bila aku pergi cari saiz yang pelanggan nak, mak aih bukan senang lo. Ye la, kita budak baru. Masuk stor, pastu cari rak.. Atas rak tu kena cari lagi kasut yang pelanggan nak. Berpeluh-peluh la aku cari. Puas cari tak jumpe-jumpe jugak. Last-last aku keluar surrender, "akak, xjumpe la..Kat mana erk"...
Tapi minggu pertama agak leceh jugak la nak cari-cari kasut nie. Baru aku tahu agak susah sebenarnya mencari kasut kat stor walaupun kod tempat dah di tulis, namun nak membiasakan diri tu agak jenuh jugak la. Lagi-lagi aku rasa budak baru memang rasa kena buli. Ye la. Pagi-pagi akak India tu suruh aku pergi ambik tangga kat stor dan suruh kemaskan beg-beg kat rak-rak atas. Jenuh aku naik tangga satu pagi, lap-lab beg yang berhabuk. Aku nie bukan nak kata lembut ke ape, memang tak pernah nye aku nak naik tangga kat rumah tu. Pegang pun tak. Dah la kedai tu takde air-cond basah lencun aku satu pagi dengan peluh. Dalam hati kata "sabo sarah, sabo..." Aku tengok akak tu relek je kemas-kemas kat bawah, aku nie menggeleto naik tangga, gayat punya pasal. Ha,.. korang jangan tak tahu. Tu keje time pagi memang penat sikit lah, kena bukak kedai, kena keluarkan troli berisi selipar kat luar kedai, kemas-kemas dan layan pelanggan. Malam pulak, kena kemas kan troli yang berat nak mampos tu, pasang tiang besi dan tutup kedai. Memandangkan kedai kasut yang kena tutup dulu, aku jugak kena tutup kedai pakaian. Pekerja kat sana majoritinya perempuan, jadi semuanya perempuan yang lakukan. Dalam hati aku lah cakap, kalau sebulan keje kat sini confirm naik otot-otot aku nie.
Lama kelamaan semua kerja dah jadi mudah. Angkat tiang besi pun dah takde termengah-mengah macam mula-mula masuk kerja. Cari kasut pun dan semakin senang. Dengan rakan-rakan sekerja pun dah semakin ngam. Kaki aku pun dah tak rasa nak meletup macam dulu. Bila dah rapat, barulah aku tahu yang akak India tu baru nak masuk umur 30 tahun. Tapi ramai je pelanggan yang panggil dia Aunty. Aku senyum je, mungkin diorang pun tak tahu akak tu baru 30. Dan last week dia bagitau aku dia pregnant anak ketiga. Fuyyo, aku pulak ter-excited habis. Patutlah dua tiga kali cakap teringin nak makan mangga, aku tolong belikan rojak mangga. 'Abang' merupakan bos kitorang , seorang chinese berumur 30-an pun ada cakap kat aku. "hayya, Jaya banyak garang ya sekarang". Patutlah garang rupanya dia berisi... =)
Ibadat. Maklumlah bos pun cina dan separuh pekerja kat situ bukan beragama Islam. Nak taknak kitorang yang beragama Islam nie hampar tikar usang kat stor apabila nak bersembahyang. 'Abang' tak pernah cakap apa pun tapi tak tahu lah kalau dia marah kitong curi-curi masa sembahyang kat sana. Lagi-lagi kalau bilik stor tu depan bilik cctv(pejabat), memang selalu dia lalu lalang kat situ. Kitorang buat dek je la. Kalau dia paham bagus la, kalau nak marah lantak la dia.
Sepanjang bekerja sebulan 8 hari kat situ banyak perkara yang aku belajar.Pengalaman ini sebenarnya satu pembelajaran yang bernilai untuk aku. Paling yang aku suka apabila dapat kenal kawan yang banyak kerenahnya, dari pelbagai kaum, agama dan masalah masing-masing. Sayonara semua. Hari ini aku nak ambik gaji kat sana. Tak tahulah berapa je 'abang' nak kasi. Maklumlah dia kedekut sikit.
assalamualaikum sara. sheila pun pernah kerja kedai kasut. terasa sama pengalaman kita. sara, banyak spelling salah. hihi takpe akak fhm je, hihihi
ReplyDeletewah, kerja butik kasut. mesti letih kann, tapi takpe gaji berbaloi baloi..
ReplyDelete