Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Misi Dan Visi Menulis Blog

,Monday, June 10, 2013 | 5 Comment
Nampaknya sejak beberapa bulan nie saya jarang sekali menulis entri baru. Bukan sudah mahu berhenti blogging, namun ada beberapa faktor kekangan yang menyebabkan blog ini terpaksa direhatkan buat sementara waktu. Antara sebabnya adalah saya sekarang baru memulakan perniagaan online yang mana korang semua boleh tengok kat page di https://www.facebook.com/DesaraShop. Apa yang Sarah jual kat sana? Sila lah like dan singgah di page saya ye.  Walaupun banyak persaingan perniagaan online, namun dengan sedikit usaha ianya membuahkan hasil. 

Banner page De'sara Shop.

Berbalik kepada blog, memang sukar untuk saya lari dari dunia blogging. Harapan saya adalah semoga blog ini serta perniagaan online mampu bertahan serta maju. InsyaAllah.


Tunggu next entri ya.

Timba Pengalalam Bekerja Part Time

,Friday, May 03, 2013 | 2 Comment

Hai, assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat pembaca sekalian. Al-hamdulillah, setelah lama menyepi dan hanya sempat taip 2 entri sahaja sepanjang bulan April lalu, hari ini aku sempat juga mencipta sejarah untuk diri sendiri menaip entri pembuka bulan Mei 2013 ini. Ohoho, rasa macam nak bagi ucapan perasmian pulak. Well, untuk pengetahuan semua, aku sebenarnya baru sahaja berhenti kerja, bukan diberhentikan okeyh! Setelah tamat final exam 19 Mac yang lalu, aku dan kawan aku diterima bekerja di Metro Store, Taman Universiti di Tanjung Malim nie.Hari first kitorang kerja adalah pada 24 Mac 2013. 


Aku telah ditempatkan di kedai kasut Metro Store manakala kawan aku kat bahagian pakaian. Ada 2 orang pekerja sepatutnya menjaga kedai kasut tu, memandang salah seorang dari mereka rehat, aku kena ganti tempat diorang. First time masuk kedai tu sebagai seorang pekerja, ada kakak india memperkenalkan dirinya sebagai Kak Jaya. Aku teka umur die ada dekat 40 tahun. Aku masuk dan dia terus tunjukkan aku stor-stor kasut yang ada.  Rupa-rupanya kasut kat situ bukan disimpan ditempat yang sama. Ada stor yang berlainan, dalam stor pulak ada barisan rak.Aku juga diajar macam mana nak tengok sama ada saiz kasut tu ada ke tak. Ala, bukan susah pun, tengok yang ada tanda (/ ) bermakna adalah saiz kasut yang pelanggan nak dan kalau ada tanda pangkah (x) pada tag bermaksud dah ada orang yang beli. Ok, pembelajaran pertama aku cerna sikit-sikit. Tapi, bila aku pergi cari saiz yang pelanggan nak, mak aih bukan senang lo. Ye la, kita budak baru. Masuk stor, pastu cari rak.. Atas rak tu kena cari lagi kasut yang pelanggan nak. Berpeluh-peluh la aku cari. Puas cari tak jumpe-jumpe jugak. Last-last aku keluar surrender, "akak, xjumpe la..Kat mana erk"...

Tapi minggu pertama agak leceh jugak la nak cari-cari kasut nie. Baru aku tahu agak susah sebenarnya mencari kasut kat stor walaupun kod tempat dah di tulis, namun nak membiasakan diri tu agak jenuh jugak la. Lagi-lagi aku rasa budak baru memang rasa kena buli. Ye la. Pagi-pagi akak India tu suruh aku pergi ambik tangga kat stor dan suruh kemaskan beg-beg kat rak-rak atas. Jenuh aku naik tangga satu pagi, lap-lab beg yang berhabuk. Aku nie bukan nak kata lembut ke ape, memang tak pernah nye aku nak naik tangga kat rumah tu. Pegang pun tak. Dah la kedai tu takde air-cond basah lencun aku satu pagi dengan peluh. Dalam hati kata "sabo sarah, sabo..." Aku tengok akak tu relek je kemas-kemas kat bawah, aku nie menggeleto naik tangga, gayat punya pasal. Ha,.. korang jangan tak tahu. Tu keje time pagi memang penat sikit lah, kena bukak kedai, kena keluarkan troli berisi selipar kat luar kedai, kemas-kemas dan layan pelanggan. Malam pulak, kena kemas kan troli yang berat nak mampos tu, pasang tiang besi dan tutup kedai. Memandangkan kedai kasut yang kena tutup dulu, aku jugak kena tutup kedai pakaian. Pekerja kat sana majoritinya perempuan, jadi semuanya perempuan yang lakukan. Dalam hati aku lah cakap, kalau sebulan keje kat sini confirm naik otot-otot aku nie. 


Lama kelamaan semua kerja dah jadi mudah. Angkat tiang besi pun dah takde termengah-mengah macam mula-mula masuk kerja. Cari kasut pun dan semakin senang. Dengan rakan-rakan sekerja pun dah semakin ngam. Kaki aku pun dah tak rasa nak meletup macam dulu. Bila dah rapat, barulah aku tahu yang akak India tu baru nak masuk umur 30 tahun. Tapi ramai je pelanggan yang panggil dia Aunty. Aku senyum je, mungkin diorang pun tak tahu akak tu baru 30. Dan last week dia bagitau aku dia pregnant anak ketiga. Fuyyo, aku pulak ter-excited habis. Patutlah dua tiga kali cakap teringin nak makan mangga, aku tolong belikan rojak mangga. 'Abang' merupakan bos kitorang , seorang chinese berumur 30-an pun ada cakap kat aku. "hayya, Jaya banyak garang ya sekarang". Patutlah garang rupanya dia berisi... =)

Ibadat. Maklumlah bos pun cina dan separuh pekerja kat situ bukan beragama Islam. Nak taknak kitorang yang beragama Islam nie hampar tikar usang kat stor apabila nak bersembahyang. 'Abang' tak pernah cakap apa pun tapi tak tahu lah kalau dia marah kitong curi-curi masa sembahyang kat sana. Lagi-lagi kalau bilik stor tu depan bilik cctv(pejabat), memang selalu dia lalu lalang kat situ. Kitorang buat dek je la. Kalau dia paham bagus la, kalau nak marah lantak la dia.

Sepanjang bekerja sebulan 8 hari kat situ banyak perkara yang aku belajar.Pengalaman ini sebenarnya satu pembelajaran yang bernilai untuk aku. Paling yang aku suka apabila dapat kenal kawan yang banyak kerenahnya, dari pelbagai kaum, agama dan masalah masing-masing. Sayonara semua. Hari ini aku nak ambik gaji kat sana. Tak tahulah berapa je 'abang' nak kasi. Maklumlah dia kedekut sikit. 

Kembara Mek Mulung: Putera Cahaya Bulan

,Tuesday, March 26, 2013 | 14 Comment

Buat kali pertamanya aku tonton teater klasik. Teater free, sape tak mahu tengok. Teater nie diadakan dua hari, 22 dan 23 Mac 2013. Dua hari berturut-turut aku turun ke Fakulti Muzik, tak puas tonton sekali! 
Pertama kali dengar tajuk teater nie, ianya kedengaran seperti cerita rakyat negeri Kelantan. Tapi, rupa-rupanya ia adalah cerita rakyat negeri Kedah. Tapi walau cerita rakyat negeri manapun, jalan cerita serta para lakonan yang bergendre lawak serta romantik amat menghiburkan pasti membuatkan para penonton tak puas melihat persembahan mereka. 

Video teater bahagian semasa Putera Cahaya Bulan bertemu Awang yang dilakonkan di UPSI


Scene semasa rakyat sedang menyanyi


Last Part (nyanyian Putera Cahaya Bulan)


SINOPSIS
Putera Cahaya Bulan mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara yang sangat rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pak Kian. Raja Gergasi berharap sekiranya dapat menguasai dan menakluk Puteri Nang Mara bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara merupakan penghalang utama kejayaannya. Putera Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7 hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Raja Gergasi bersama pengasuhnya iaitu Amat dan Sena Berjaya memasuki pintu Kota Negeri Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti Raja Gergasi.

Mimpi Putera Cahaya Bulan menjadi realiti baginda dibunuh dengan panah. Sena dan Amat ditugaskan memujuk dan membawa Puteri Nang Mara ke Benua Pak Kian. Putera Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke Sungai dijumpai oleh Epong dan Edeng. Mereka merawat Putera Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga berjaya memulihkan kembali baginda. Di Benua Pak Kian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dan tidak menerima lamaran Raja Gergasi. Akhirnya Putera Cahaya Bulan menyelamatkan Puteri Nang Mara.

Watak utama tetater PCB ini ialah Putera Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mara
(kredit gambar http://setitik-dakwat.blogspot.com/)

Babak gergasi dan pengikutnya 
(kredit gambar http://setitik-dakwat.blogspot.com/)

Ni babak yang paling gamat sekali...Babak 2 org dukun yang menjadi lembut kerana terminum pelembut softlan. Berangan menjadi rozita che wan dan kris dayanti.
(kredit gambar http://setitik-dakwat.blogspot.com/

Apa yang boleh aku perkatakan teater ini sangat menarik dengan diseriakan dengan beberapa buah nyanyian serta tarian tradisional. Walaupun kali pertama mendengar lagu tradisional yang dinyanyikan semasa pementasan teater tersebut, namun sehingga sekarang masih ternyiang-nyiang lagi alunan suara Puteri Nang Mara serta Putera Cahaya Bulan yang sangat menusuk kalbu itu. Adeh, benar-benar jatuh cinta dengan seni teater mereka!



Stok Shiseido Mask Sudah Sampai

,Friday, March 22, 2013 | 16 Comment

Maaf atas kelewatan mengupdate blog....lagi sekali. Memang tidak dinafikan sekarang nie agak sibuk sebab sekarang nie Sarah dah start berniaga lah pulak. Okey, pasal entri Sarah Mask untuk hilangkan blackhead&whitehead hari tu, ramai yang macam berminat nak mencuba dan ada yang request kalau stok sampai bagitau. So, nak bagitau semua yang stok Shiseido mask tu dah sampai! Sesiapa yang berminat boleh order dengan Sarah. Price? Okey, Sarah jual murah-murah sahaja. Hanya Rm1.50 satu. 


Harga untuk semenanjung sahaja  :
6 paket + postage = Rm15
10 paket + postage = Rm20
20 paket +postage = Rm36 

Untuk order boleh pm di facebook saya
Okey, banyak lagi sebenarnya barang yang Sarah jual. Tapi, modal kecil-kecil sahaja so setiap item ada limited lah. Alhamdulillah, permintaan setakat ini menggalakkan. Nak tahu apa lagi yang ada di 'kedai' boleh check dekat page De'sara Shop (LIKE plezzz) atau tunggu sahaja next entri. InsyaAllah. 



Sararose Coming Back!

,Thursday, March 21, 2013 | 8 Comment

Ceyh, tajuk style orang puteh gitu. Ada ke yang perasan blog comot nie tidak diupdate hampir dua minggu? Maaf kalau ada yang singgah dan komen di sini namun tidak berbalas kunjungan. Bukan sombong, bukan juga merajuk. Sebenarnya Sarah ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada final exam yang telah berlangsung 12 hingga 19 Mac yang lepas. Memang agak tought untuk study semua subjek dalam satu minggu sahaja, lebih-lebih lagi kami penuntut Diploma tidak ada study week pun! tempoh exam juga singkat dan Sarah tidak ada pilihan lain untuk melupakan blog untuk seketika. Dan Alhamdulillah exam telah tamat dan dah merdeka untuk sem nie!YEY


Namun, walaupun exam Sarah tetap ada plan lain untuk dilakukan sepanjang cuti semestar nanti. Nak tahu apa plan Sarah, tunggu entri esok. Harap korang support kerjaya Sarah yang baru nie. 



Personal :Tiada Lagi Belasan Tahun

,Sunday, March 10, 2013 | 14 Comment
Alhamdulillah, masih lagi diberi nafas dan kesihatan yang baik pada hari ini.  Semalam (9 Mac) hari paling gembira dan satu pengalaman manis bagi Sarah kerana kawan-kawan serumah membuat surpise yang cukup bermakna sempena birthday Sarah yang ke..... ok, yang ke 20. Yey, tahun nie dah cukup 20 tahun dan bermakna tiada lagi belasan tahun. Sekejap masa berlalu, dan sampai ke alam 20 tahun sudah. Rasa macam tak matured lagi.Kih-kih-kih..

Entri nie sebenarnya ditujukan buat teman-teman yang sudi wish birthday dan khas juga buat housemate yang bersusah payah buat surprise semalam. Patutlah dua tiga menjak nie Sarah tengok pelik semacam je tingkah laku diorang nie. Pandai diorang cover line semata-mata nak buat kejutan semalam. 

*gambar rosak sikit, tapi yang penting kek nie sedap!

Pemberian dari kawan Sarah yang lahir pada tarikh sama. :thanks Ayu kak farah, Diela

Dah dapat kek, dapat hadiah jugak. 


Terharu sangat dengan sambutan birthday semalam. Sob-sob-sob. Tak pernah-pernahlah sambutan gempak macam nie. Sayang kamu semua! Wishlist? Tak mau sharelah, simpan dalam hati. Hehe



P/s: Blogger Nick Nashram juga sama tarikh lahir dengan saya.







Apabila Blogger Mencari Kerja

,Tuesday, February 26, 2013 | 10 Comment

|PERSONAL ENTRI| Final exam 2 minggu lagi. So, lepas final nanti aku akan 2 bulan bercuti. Mengikut perancangan 'blogger' nie dengan orang kawan aku, kitorang nak keje. 2 hari nie aku busy ke sana kemari mencai kerja part time untuk cuti nanti. Hah. baru tahu keje nie susah nak dapat. Semalam aku ke tadika di UPSI sendiri, tanya kat pejabat ada ke nak pakai 'guru'. Diorang gelak sambil cakap 'takde la dik'. Cis, gelakkan aku yek. Ok, tak pe, plan pertama tak jadi kita jadi kita beralih kepada plan kedua pulak. Aku ke bus stop depan Pintu Timur sambil cari kertas iklan sebab ada sorang kawan aku cakap ada iklan yang nak cari guru sementara kat sekitar Tanjung Malim nie. Malu sebenarnya nak cari kat situ sebab ramai orang, tapi buat-buat lalu sambil tengok. Aish, takde pun iklannya. Emm,beralih plan ketiga pulak.

Kitorang berjalan ke kedai-kedai depan kampus lama menuju Metro Saver kat taman U tu. Tanya ada tak nak pakai orang bulan 3 nanti. Dia suruh bagi nama, umur dan nombor telefon je. Emm, tak boleh nak mengharap sangat lah kalau nak tunggu panggilan dari diorang sebab tak banyak kedai yang nak pakai pekerja part time macam kitorang nie. 

"Plan lain?" tanya kawan aku. ok, aku tipu sebab dia tak tanya pun. Aku ambik telefon dan call Kak Mirah, kenalan aku masa kerja kat Salem Aziz di Wakaf Che Yeh dulu. Aku kerja dulu pun dia yang tolong recommend kan. Eh, betul tak spelling- recommend, cikgu? Angguk kalau betul .Dia tak angkat. Mungkin tengah bekerja. 2 jam berlegar-legar kat kedai-kedai tu, kitorang balik. Tapi yang sadisnya hujan lebat dan takde sorang pun antara kami bertiga yang bawak payung. Ha, baguslah. Sambil berlari-lari anak kitorang ke bus stop, dan masuk ke dalam bas dengan basahnya.Lagi sejuk bila terkena air cond. Adeh.

Balik rumah tu, Kak Mirah call aku. Aku tanya dia SAT (singkatan utk Salem Aziz Textile) ada nak pakai pekerja part time tak bulan 3 nie? Dia cakap kebetulan hujung bulan tiga tu ada sales, mungkin nak pakai orang. "Hostel ada kosong tak untuk tiga orang?" aku mengharapkan adanya hostel sebab susahlah pagi malam takde transport kat kawasan rumah aku. Lagi bagus kalau duk hostel dia je. Nampak macam ada peluang kerja kat situ balik memandangkan peluang kerja dan hostel yang masih ada tempat kosong. 

Plan D. Ada lagi plan aku sebab aku nie kan banyak idea.Haha. Kalau kerja kat Kelantan, ada masalahnya kata kawan aku. Masalah dengan mak dia mungkin tak bagi sebabnya... emm, aku pun tak ingat sebab apa. So, kena cari alternatif lain untuk kerja kat Tanjung Malim nie jugak. Sebab pertama : tempat tinggal dan tansport sekarang dah ada. Transport mungkin kitorang tumpang bas yang ada sekarang. Sebab kedua: Gaji kat sini mungkin lebih tinggi berbanding kat Kelantan. Aku akui gaji kerja kat negeri sendiri memang sikit sangat. Banyangkan sepupu aku kerja pak guard gaji Rm 500 je, dah la takde cuti dalam sebulan. Ngeri dengar, tapi memandangkan kat Kelantan kos sara hidupnya lebih rendah, jadi tekanan kewangan tu tak terasa sangatlah. Ada tanah boleh menanam. Ye dok. Eh,apa aku merepek nie. 


Hari nie, aku ada call Riamoda (salah satu cawangan Jakel) Tanjung Malim sebab kedai tu berdekatan dengan kampus lama UPSI. Diorang suruh datang ke kedai dan isi borang untuk permohonan. Emm, mungkin boleh dipertimbangkan kalau kitorang kerja kat situ. Ada satu nombor telefon lagi yang aku tak call. Esoklah kot aku telefon sebab kerja kosong yang ditawarkan di Kafe. Malas pulak rasa.

Sama ada kerja tak Tanjung Malim atau di negeri sendiri, itu masih belum diputuskan lagi memandangkan kitorang masih tak putus asa mencari. Ada sesiapa yang tahu kerja kosong area sini tak? 


P/s : rasa macam semakin jauh dengan blog sekarang memandangakan busy yang terlampau. Sudi-sudilah join segmen pencarian bloglist yang Sarah anjurkan ye.

Saya Hanya Bergurau, En. Azizi

,Friday, December 07, 2012 | 9 Comment

Ini adalah entri personal. 
 Ceritanya macam nie, bulan Oktober lepas, aku ada terbaca satu entri di blog http://www.melvister.com mengenai harga hantaran perkahwinan mengikut taraf pendidikan. 

Bagi Wanita Yang Mempunyai Status Akademik:
UPSR dan PMR: RM2000- RM4000
SPM: RM4000- RM8000
STPM dan Diploma: RM8000- RM 12000
Ijazah: RM12 000- RM 15000
Ijazah Sarjana: RM 15 000- RM20 000
Ijazah Kedoktoran: RM20 000- RM 30 000

Sumber: Harga Hantaran Perkahwinan Mengikut Taraf Pendidikan | melvister.com


Dengan gatal tangannya, aku pun komen lah pada ruangan komen di entri itu. Komen aku sebenarnya hanya sekadar gurauan. Bunyinya :

Namun, tak sangka komen berbaur gurauan aku tu dipandang secara serius oleh seorang jejaka bernama Azizi. Azizi membidas kata-kata aku tadi:


Komen beliau ada benarnya.Nilai hantaran yang tinggilah yang menyebabkan ramai yang tak sampai-sampai ke jinjang pelamin. Walaupun komen Azizi berbaur sindiran, tapi, ianya silap aku jugak main komen je.
Aku sebenarnya tidak tahu siapa Azizi nie sebanarnya disebabkan tiada link blog beliau di nyatakan. Bukan apa, aku cuma bergurau je, takde nak serius-serius bab hantaran nie. Tak sangka dia serius pulak.

Secara jujurnya aku jugak tidak bersetuju kalau nilai wang hantaran perkahwinan itu mengikut taraf pendidikan.Bak kata Azizi "sudah cukup untuk awak andai lelaki melamar awak seoarang yang tinggi akhlak dan agamanya ". First time orang pesan macam nie kat aku. 
  




P/s : kadang kala orang silap faham dengan kata-kata kita



Saya Budak Baru Belajar

,Friday, November 30, 2012 | 5 Comment


Uhuk-uhuk. Berhabuk sudah blog nie, tidak dapat mengupdatekan diri disebabkan masalah utama dalam dunia berblogging, tak lain dan tak bukan lagi iaitu masalah line internet. Sumber connection bukan main banyak, tapi hampeh. Sikit pun tak kasi can nak update blog.
  Memandangkan baru-baru ini tak ada kerja nak buat, aku cuba belajar benda basic pasal photoshop. Memang pada mulanya agak pening, namun bila dah tahu sedikit-sedikit, rasa bersemangat pulak nak mencuba guna photoshop. Kalau sebelum ini memang aku tak pernah bukak photoshop sebab memang zero ilmu pasal benda alah nie. Tapi sekarang, rasa seronok plak try buat header sendiri guna benda nie. Betapa ruginya tak belajar awal-awal. 

Hasil header pertama yang dihasilkan agak lawak pada mata orang yang dah expert photoshop nie. Tapi bagi aku ianya not bad la kan. At least aku try. Maaf dalam entri nie ber aku plak. Mood tengah happy pasal baru dapat online. Nie dia header nye.

Itu percubaan pertama, bagaimana pulak hasill seterusnya? Jeng jeng jeng!! Nie header ala-ala freebies untuk gugurl yang ada blog personal. Guna je kalau berkenan (ada ke yang berkenan?) Ahaks!! Untuk ambik, Right click and save image. Dah ambik tu, sila tekan button donate di bawah ye.










Header yang kat atas nie dah transparent tau. Banyak lagi yang perlu aku belajar untuk mahir, dan memang aku betul-betul suka plak buat benda alah nie. Jangan lupa kongsikan tips untuk mahir ye wahai para sifu photoshop. I need your help. Oh ya, thanks Cera Cuya , Kak Ain sebab ajar saya malam tu.=) 



P/s : Dah lama tak buat entri personal macam nie. Syok jugak.

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013