Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Kembara Mek Mulung: Putera Cahaya Bulan

,Tuesday, March 26, 2013 | 14 Comment

Buat kali pertamanya aku tonton teater klasik. Teater free, sape tak mahu tengok. Teater nie diadakan dua hari, 22 dan 23 Mac 2013. Dua hari berturut-turut aku turun ke Fakulti Muzik, tak puas tonton sekali! 
Pertama kali dengar tajuk teater nie, ianya kedengaran seperti cerita rakyat negeri Kelantan. Tapi, rupa-rupanya ia adalah cerita rakyat negeri Kedah. Tapi walau cerita rakyat negeri manapun, jalan cerita serta para lakonan yang bergendre lawak serta romantik amat menghiburkan pasti membuatkan para penonton tak puas melihat persembahan mereka. 

Video teater bahagian semasa Putera Cahaya Bulan bertemu Awang yang dilakonkan di UPSI


Scene semasa rakyat sedang menyanyi


Last Part (nyanyian Putera Cahaya Bulan)


SINOPSIS
Putera Cahaya Bulan mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara yang sangat rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pak Kian. Raja Gergasi berharap sekiranya dapat menguasai dan menakluk Puteri Nang Mara bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara merupakan penghalang utama kejayaannya. Putera Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7 hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Raja Gergasi bersama pengasuhnya iaitu Amat dan Sena Berjaya memasuki pintu Kota Negeri Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti Raja Gergasi.

Mimpi Putera Cahaya Bulan menjadi realiti baginda dibunuh dengan panah. Sena dan Amat ditugaskan memujuk dan membawa Puteri Nang Mara ke Benua Pak Kian. Putera Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke Sungai dijumpai oleh Epong dan Edeng. Mereka merawat Putera Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga berjaya memulihkan kembali baginda. Di Benua Pak Kian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dan tidak menerima lamaran Raja Gergasi. Akhirnya Putera Cahaya Bulan menyelamatkan Puteri Nang Mara.

Watak utama tetater PCB ini ialah Putera Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mara
(kredit gambar http://setitik-dakwat.blogspot.com/)

Babak gergasi dan pengikutnya 
(kredit gambar http://setitik-dakwat.blogspot.com/)

Ni babak yang paling gamat sekali...Babak 2 org dukun yang menjadi lembut kerana terminum pelembut softlan. Berangan menjadi rozita che wan dan kris dayanti.
(kredit gambar http://setitik-dakwat.blogspot.com/

Apa yang boleh aku perkatakan teater ini sangat menarik dengan diseriakan dengan beberapa buah nyanyian serta tarian tradisional. Walaupun kali pertama mendengar lagu tradisional yang dinyanyikan semasa pementasan teater tersebut, namun sehingga sekarang masih ternyiang-nyiang lagi alunan suara Puteri Nang Mara serta Putera Cahaya Bulan yang sangat menusuk kalbu itu. Adeh, benar-benar jatuh cinta dengan seni teater mereka!



Perlukah Meng 'Anjing' Indonesia?

,Saturday, December 01, 2012 | 3 Comment


Pertama sekali, ucapan tahniah skuad bola sepak Malaysia berjaya meraih kemenangan ke atas Indonesia 2-0 malam tadi. Memang sangat meriah perlawanan bola sepak antara kedua-dua negara ini ditambah lagi dengan sokongan gitu para penyokong kedua-dua belah pihak. Sememangnya para pemain Malaysia tidak menghampakan penyokong dan berjaya mengekalkan maruah bola sepak negara kita. 
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir penyokong negara kita dikatakan kurang berdisiplin apabila melaungkan sorakan "Indonesia Itu Anjing". Memang lah tindakan itu tidak sebesar kes para penyokong Indonesia yang pernah membakar bendera Malaysia, namun sebagai mesyarakat yang bertamadun dan berpendidikan, kita patut menunjukkan semangat kesukanan yang sihat, bukan meng "ANJINGKAN" pasukan lawan. Dengan penyebaran video ini, perbalahan antara kedua negara akan berterusan dan tidak ada lagi perlawanan bola sepak yang sihat. 

Video ini diupload pada 27 November yang lalu.

Jika dilihat pada ruangan komen, ramai penonton terutamanya Indonesia sangat merah dan kecewa dengan tindakan segelintir penyokong kita. Tidak mustahil apabila perlawanan kita dengan Indonesia akan datang diadakan di negara sana, pihak penyokong Indonesia akan meng ANJING kepada kita pula. Bukan mahu memperbesarkan hal ini, tapi saya inginkan satu perlawanan yang sihat antara dua negara serumpun ini. Sesuatu perlawanan yang berjaya bukan hanya bergantung kepada pemain tetapi penyokongnya juga.
Ini bukan budaya kita.



P/s: kalau kita buat baik kat orang, nescaya orang akan buat baik kat kita.


 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013