Pertama sekali, ucapan tahniah skuad bola sepak Malaysia berjaya meraih kemenangan ke atas Indonesia 2-0 malam tadi. Memang sangat meriah perlawanan bola sepak antara kedua-dua negara ini ditambah lagi dengan sokongan gitu para penyokong kedua-dua belah pihak. Sememangnya para pemain Malaysia tidak menghampakan penyokong dan berjaya mengekalkan maruah bola sepak negara kita.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir penyokong negara kita dikatakan kurang berdisiplin apabila melaungkan sorakan "Indonesia Itu Anjing". Memang lah tindakan itu tidak sebesar kes para penyokong Indonesia yang pernah membakar bendera Malaysia, namun sebagai mesyarakat yang bertamadun dan berpendidikan, kita patut menunjukkan semangat kesukanan yang sihat, bukan meng "ANJINGKAN" pasukan lawan. Dengan penyebaran video ini, perbalahan antara kedua negara akan berterusan dan tidak ada lagi perlawanan bola sepak yang sihat.
Video ini diupload pada 27 November yang lalu.
Jika dilihat pada ruangan komen, ramai penonton terutamanya Indonesia sangat merah dan kecewa dengan tindakan segelintir penyokong kita. Tidak mustahil apabila perlawanan kita dengan Indonesia akan datang diadakan di negara sana, pihak penyokong Indonesia akan meng ANJING kepada kita pula. Bukan mahu memperbesarkan hal ini, tapi saya inginkan satu perlawanan yang sihat antara dua negara serumpun ini. Sesuatu perlawanan yang berjaya bukan hanya bergantung kepada pemain tetapi penyokongnya juga.
Ini bukan budaya kita.
P/s: kalau kita buat baik kat orang, nescaya orang akan buat baik kat kita.
ultras malaya la ni yg buat hal..mereka bergerak sendiri...sebab tu jadi mcm ni...
ReplyDeletetahniah harimau malaya....berjaya ke peringkat separuh akhir...peminat harimau malaya tegar ini tidak patut menjatuh pihak lawan dengan cara begini...ini memalukan negara sendiri
ReplyDeletediorang dah buat dah untuk game2 yang baru lepas ramai yang tegur.kan?
ReplyDelete