Segmen : Aku dan Blog

,Monday, December 24, 2012 | 11 Comment

Bersegmen lah pulak hari nie memandangkan dua kali penganjur segmen menjemput untuk join. Segmen ini datangnya dari blog Abe Paly. Kalau nak kenal tuan blognya, sila-silalah klik banner dibawah.

Tarikh tamat 28 Disember 2012, 11:59 PM


Cara untuk join senang sahaja.
1. Buat satu entri bertajuk "Segmen : Aku dan Blog"
2. Letak header blog Paly tu kat entri korang dan backlink
 3. Tulis tentang korang, panjang pendek up to korang lah dalam entri.
4. Tulis jugak kenape korang buat blog.
 5. Letak 5 blog yang terbaru korang follow atau mane2 blog korang suke. Tak nak letak pun takpe.
6. Copy link entri korang dan komen di entri penganjur.

Kata abe Paly, 10 blog yang akan dipilih untuk buat satu entri khas "Blogger Pilihan Aku dan Blog" dan blog yang beliau suka akan di follow.


Siapa pemilik blog Sararose Dot My ini?
Cukup panggil saya Sarah, dan menrupakan seorang penuntut Diploma di UPSI. Berasal dari Kota Bharu jugak. Nak tahu lebih lanjut? Boleh ke Page Owner atau lagi elok datang ke rumah dan tanya mak ayah saya.


Kenapa rajin sangat buat blog, hah?
Pada mulanya, blog yang tak seberapa ini dibuat untuk menghilangkan rasa frust yang teramat disebabkan putus cinta. hahahaha. Gurau saje. pada permulaan menulis blog ini, ianya sekadar suka suka namun bila dah suka-suka tu terus menjadi obses. Rasa nak demam kalau tak bukak blog sehari. Kronik jugak la walaupun blog nie tak ada la menarik sangat tapi disebabkan rasa minat tu, kadang-kala update blog boleh menjadi satu priority berbanding membuat kerja lain. Tak dinafikan sebenarnya tak elok ada perasaan macam nie.Kadang-kadang (dah dua kali guna perkataan nie) kelam kabut bila banyak assingnment tak dijamah akibat sibuk dengan blog. Ish3..Dunia, dunia. Penerimaan rakan-rakan pulak, ramai yang menerima saya sebagai seorang blogger. Bangga juga bila orang panggil, "hei, blogger" haha. 


Apasal nama blog nie berbunga-bunga padahal tak wangi pon?
Ramai yang tanya, kenapa nama blog nie Sararose? Sebenarnya Sararose itu merupakan satu kombinasi nama sarah dan rose (bunga ros) memandangkan masa nak create blog tu tak ada idea, so guna je la nama yang tak berapa nak sedap nie. Setelah hampir setahun berblog, baru-baru nie blog ini telah bertukar domain dari sararose-93.blogspot.com kepada www.sararose.my. Penggunaan nama Sararose tu Sarah kekalkan disebabkan sudah terbiasa dan bagi mengelakkan ramai yang confused .



Blog yang suka dilawati?
Semua blog ada istimewanya dan ia bergantung kepada individu untuk masuk dan membaca info yang dipaparkan mengikut selera masing-masing. Jika blog personal, Sarah lebih suka ke blog En.KornFifieAzrul Azmi dan ramai lagi la. suka juga melihat doodle comel di blog Akak Azzah dan Dysha . Untuk blog berinfomasi, Sarah selalu jugak ke blog Fendy dan blog yang memberi pendapat yang sangat bagus bagi Sarah adalah blog ...........oh, sudah lupa nama blog tu. Lain kali lah bagitau. Kalau blog mengenai tips untuk blogger, selalu menerjah blog Cikgu Nicknashram dan HasrulHasan. Secara jujurnya, Sarah suka SEMUA BLOG termasuk blog Paly sendiri.
 Serius nie, bukan nak bodek. 


P/s : Wah! Ramai blogger wanita yang join segmen nie.



11 comments:

  1. sep kito jgok la ni :)

    thkz sb sudi join

    ReplyDelete
  2. Sob3... Sedih.. Terkilan sangat... Tambah2 part "Blog yang suka dilawati"... Menangis kot baca... Thanks... Suka bukak blog nie jugak!!!!

    Sambung menangis jap errr....

    ReplyDelete
  3. blog sara pun blog suka dilawati sbb ada gambar pelik2..:)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum :D

    Datang dari segmen yg sama. Done follow you. Dont forget to follow me back. Salam kenal

    ReplyDelete
  5. Follow u here from the same segmen ^^,

    http://amorevolta.blogspot.com/2012/12/segmen-aku-dan-blog.html

    ReplyDelete
  6. salam knjugan dari segmen yang sama.. :) kalau sudi meh la singgah sini kejap..

    http://hanyadihatiku.blogspot.com/2012/12/segmen-aku-dan-blog.html

    ReplyDelete
  7. hye...
    dtg dr segmen yg same
    meh singgah sini -> http://www.iemagurlz.my/2012/12/segmen-aku-dan-blog.html

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan :)
    Myu singgah dari segmen yang sama ;)

    http://violetrosesmyu.blogspot.com/2012/12/segmen-aku-dan-blog.html

    ReplyDelete
  9. hai. singgah sini jum !


    http://cikannesweetyncool.blogspot.com/2012/12/segmen-aku-dan-blog.html

    ReplyDelete
  10. dtg follow..dri segmen sma

    http://pesanancinta.blogspot.com/2012/12/segmen-aku-dan-blog.html

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013