Buat kali pertamanya aku tonton teater klasik. Teater free, sape tak mahu tengok. Teater nie diadakan dua hari, 22 dan 23 Mac 2013. Dua hari berturut-turut aku turun ke Fakulti Muzik, tak puas tonton sekali!
Pertama kali dengar tajuk teater nie, ianya kedengaran seperti cerita rakyat negeri Kelantan. Tapi, rupa-rupanya ia adalah cerita rakyat negeri Kedah. Tapi walau cerita rakyat negeri manapun, jalan cerita serta para lakonan yang bergendre lawak serta romantik amat menghiburkan pasti membuatkan para penonton tak puas melihat persembahan mereka.
Video teater bahagian semasa Putera Cahaya Bulan bertemu Awang yang dilakonkan di UPSI
Scene semasa rakyat sedang menyanyi
Last Part (nyanyian Putera Cahaya Bulan)
SINOPSIS
Putera Cahaya Bulan mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara yang sangat rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pak Kian. Raja Gergasi berharap sekiranya dapat menguasai dan menakluk Puteri Nang Mara bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara merupakan penghalang utama kejayaannya. Putera Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7 hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Raja Gergasi bersama pengasuhnya iaitu Amat dan Sena Berjaya memasuki pintu Kota Negeri Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti Raja Gergasi.
Mimpi Putera Cahaya Bulan menjadi realiti baginda dibunuh dengan panah. Sena dan Amat ditugaskan memujuk dan membawa Puteri Nang Mara ke Benua Pak Kian. Putera Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke Sungai dijumpai oleh Epong dan Edeng. Mereka merawat Putera Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga berjaya memulihkan kembali baginda. Di Benua Pak Kian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dan tidak menerima lamaran Raja Gergasi. Akhirnya Putera Cahaya Bulan menyelamatkan Puteri Nang Mara.
Watak utama tetater PCB ini ialah Putera Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mara
(kredit gambar http://setitik-dakwat.blogspot.com/)
Babak gergasi dan pengikutnya
(kredit gambar http://setitik-dakwat.blogspot.com/)
Ni babak yang paling gamat sekali...Babak 2 org dukun yang menjadi lembut kerana terminum pelembut softlan. Berangan menjadi rozita che wan dan kris dayanti.
(kredit gambar http://setitik-dakwat.blogspot.com/
Apa yang boleh aku perkatakan teater ini sangat menarik dengan diseriakan dengan beberapa buah nyanyian serta tarian tradisional. Walaupun kali pertama mendengar lagu tradisional yang dinyanyikan semasa pementasan teater tersebut, namun sehingga sekarang masih ternyiang-nyiang lagi alunan suara Puteri Nang Mara serta Putera Cahaya Bulan yang sangat menusuk kalbu itu. Adeh, benar-benar jatuh cinta dengan seni teater mereka!
Assalamualaikum sara, bestnya teater~ tak pernah tngok live :)
ReplyDeleteBestnya dapat tengok teater free! Hehe. Arol belum pernah lagi tengok teater tapi memang teringin. Nampak macam boring teater nie tapi bila Arol dah tengok videonya, besttt! Rasa nak tengok yang full pulak. :D
ReplyDeletewahhh bestnyaa dapat pergi tengok teater klasik macam ni.. ena teringin sgt tau nk tengok face to face...
ReplyDeleteda lama xtgok teater.. kalau study dulu kd2 berlaokn gak atas pentas huhu
ReplyDeletewah, syoknye dapat jejak kaki kat panggung budaya..huhu..cam nak jadi student balik.
ReplyDeleteSeronoknya pergi tengok teater. Saya tak pernah pergi pun. Teringin jugak :(
ReplyDeletecantik2 diorang
ReplyDeletex pnh lg tgk teater
jgnkn teater..ke pawagam pon x pernah..hadoi
cantik-cantik belaka
ReplyDelete- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/
- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections
- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/
saia x pernh tengok teater.
ReplyDeletekalau boleh, ajak saia jugak nnti ehh,
Negerii kedah tuuu~~wooo
ReplyDeletehehe ^____^
x pnah tngok teater scara live lg~~huhu
teringin nak merasa suasana teater tu cane :D
ReplyDeletetak pernah tgk live lg..macam best je
ReplyDeletetak pernah pun tengok teater.huhu.
ReplyDeletejom awak join contest dari saya,62 hadiah di tawarkan untk 16 pemenang.ngee~
http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/04/contest-header-paling-meletop-2013-by.html
wah bestnyer..serba sedikit bagitau kite asal usul negeri kelantan..
ReplyDelete