Showing posts with label domain dot my. Show all posts
Showing posts with label domain dot my. Show all posts

Blog Berdomain Dot My Sudah Pulih

,Wednesday, January 30, 2013 | 22 Comment

Alhamdulillah. Setelah berhari menunggu blog untuk pulih para blogger yang berdomain dot my sudah mampu menarik nafas lega hari ini apabila blog sudah boleh di view tanpa sebarang masalah. Beberapa hari blog bermasalah, jumlah pageview blog ini tidak menjangkau 100 pageviews pun dalam sehari. Jawapan dari pihak Asia Host mengenai maslah nie:
"We just move our DNS server to bigger size and CPU Usage. From this migation, your Web should not having no problem and all problem you are fasing right now is because our DNS ISP taking to long time to resolve the DNS. if you want faster DNS, you can change to Google DNS and here i attach tutorial to change your DNS to 8.8.8.8 and 8.8.4.4"
Erm, apa yang menghairankan kenapa pihak mereka tidak menghantar sebarang email pemberitahuan kepada pengguna dot my mengenai masalah ini lebih awal. Yang lebih mengecewakan, diorang hanya announce di website mereka sahaja.

Perasaan bertambah runsing apabila blogger-blogger lain mengambil keputusan untuk bertukar domain blogspot semula. Maaf kalau ada blogger yang cuba masuk dalam blog nie namun gagal, harap kejadian seperti nie tak mematahtah semangat untuk blogwalking ke blog nie. Harapan Sarah semoga blog berdomain dot my tidak menghadapi masalah seperti nie lagi di lain masa. Rakan-rakan blogger yang lain jangan cepat kelam kabut, terus tukar domain.



P/s :malas nak update gara-gara berehat panjang dari blogging..

Nama Domain Yang Masih Available

,Monday, January 21, 2013 | 11 Comment

Seperti mana dalam entri Sarah yang lepas | LINK |,  pihak Asiahost telah bersetuju untuk memberi peluang kepada 2000 orang blogger Malaysia untuk menggunakan domain Dot My, seperti blog saya. Bagi yang tak tahu, boleh ke entri tersebut. Alhamdulillah, ramai sudah rakan blogger yang lain telah berjaya dan ada yang masih dalam proses penukaran domain. Rasanya masih banyak peluang bagi pengguna domain blogspot untuk turut sera bertukar dot my, sama seperti kami. 

Malam nie, akibat terlampau rajin Sarah ada jugak check nama-nama domain yang masih available pada tempat daftar domain Asiahost. Masih banyak nama domain yang simple dan senang diingati yang belum berpunya. Masih ingat lagi, masa nak mendaftar menggunakan blogspot dulu, bukan main susah untuk mencari nama yang masih available. Tapi, dengan menggunakan domain berbayar nie, persaingan untuk mendapatkan domain agak berkurangan. 

Korang boleh jugak check pada laman ini. pastikan mencari menggunakan [dot] my bukannya dot com atau dot org sebab harganya lain-lain. Harga (dot my) yang paling murah. Antara nama yang sempat Sarah printscreen:
Untuk blog personal

Untuk blog personal

Untuk blog personal

Untuk blog personal

Untuk blog komik

Untuk blog keagamaan

Untuk blog politik. huhu..nama yang agak pelik tapi nama polytix masih belum ada dalam google. try check

Untuk blog informasi atau sama waktu dengannya

Untuk blogshop tudung mungkin

Untuk blog informasi

Untuk blogshop kek pun boleh

Untuk blog fotografi

Untuk blog resipi dan masakan. Cantik nama!

 Aku turut rasa agak frust bila tahu domain menggunakan nama Sarah masih lagi available! Hari tuh tak check pun nama nie sebab kebiasaannya nama Sarah atau Maisarah nie agak laku, sebab tu malas nak check. It's okey, Sararose pun Sararose lah. Sape yang ada nama sebijik macam saya ambiklah.


Kalau nak salah satu nama kat atas, bagitau okey. Nanti sarah removekan nama tersebut dari list kat atas. Itu sahaja yang sempat dikongsi.. Pening main printscreen nie. Apa lagi, jom check domain kesukaan korang dan daftar!!


P/s : cer klik button donate. =P terimas!

Syok! 2000 Domain Untuk Blogger Malaysia

,Tuesday, January 15, 2013 | 6 Comment


Hangat, hangat, hangat!!  Seperti mana dalam entri saya pada Disember 2012 lepas, saya telah bertukar domain setelah mendapat tawaram yang sangat awesome dari AGENSI DIBAWAH KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI IAITU PROGRAM 1MYID. Dan yang paling penting ianya percuma untuk tahun pertama dan hanya perlu membayar RM20 sahaja bagi tahun-tahun seterusnya. Kenapa kita perlu bertukar domain dan apa kelebihannya? Sila rujuk entri saya DI SINI.

Dan hari ini saya ingin sebarkan satu berita baik untuk semua orang.Saya baru sahaja menerima email dari pihak Asiahost  yang mana menyatakan mereka akan menawarkan domain percuma untuk 2000 blogger Malaysia. Siapa mahu berdomain dot my sama seperti saya?Cepat, dapatkan sekarang.

email yang diperoleh.
Seperti dalam email diatas dinyatakan bahawa korang mestilah WARGANEGARA MALAYSIA dan mestilah BERUSIA 18-45 TAHUN. Sila guna promotion code "belia".

Jadi macam mana nak dapatkan? Relax.. Mula-mula, sila check domain yang korang inginkan di bahagian sidebar kat tepi blog Sarah nie dan klik Go!

Kemudian, ikut tutorial yang telah disediakan oleh INNANIE ARIFFIN.
Lepas tu Lihat Sini.
Lihat Langkah Dua. Namun, diingatkan supaya menggunakan promotion code "belia" dan bukannya 'coklateyes'
Lihat Langkah Tiga untuk langkah seterusnya. 
Lihat Langkah Empat dan bersedia untuk menerima domain baru anda.
Untuk tips selepas bertukar domain boleh rujuk entri Sarah Yang Ini


P/s : kalau ada masalah boleh contact Sarah, InsyaAllah Sarah bantu sekadar yang termampu. last but not least, jangan takut untuk bertukar domain. Proud to be Malaysian !


Alhamdulillah. Domain Blog Sudah Bertukar

,Friday, December 14, 2012 | 16 Comment




Jeng! Jeng! Jeng! Terkejut tak? Dengan nama blog yang diedit sedikit menjadi Sararose Dot My, blog ini sudahpun diupgrade menggunakan domain dot my. Syukur Alhamdulillah, tercapai sudah impian akhir tahun 2012 nie. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana Sarah menukarkan blog sarah menjadi www.sararose.my , tengok dan baca kat  SINI. Ucapan ribuan terima kasih kepada INNANIE ARIFFIN empunya blog www.coklateyes.my kerana bekerja keras bagi merialisasikan impian Sarah dan blogger-blogger lain. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun menukarkan domain nie agak complicated jugak sebenarnya.

Thanks akak INNANIE ARIFFIN  banyak membantu sepanjang pertukaran domain. Jasamu dikenang!

Sudah tukar domain, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan supaya blog berjalan dengan lancar. Pertama adalah Nuffnang. Iklan Nuffnang tidak dapap berhubung dengan URL blog yang baru. Jadi, untuk menukarkannya dengan yang baru, hanya perlu activate di Nuffnang. Kalau nak tahu macam mana boleh tengok tutorial Blog Coklateyes. Emm, tak lupa jugak bila bertukar domain nie, automatik bloglist hilang. So, kena setting balik para bloglist kesayangan.


Bagi yang baru menukarkan domain blog, Sarah nasihatkan agar korang pingkan URL baru di blogsearch.google.com/ping bagi memudahkan Pakcik Google mencari blog korang. Pertukaran domain ini jugak meninggalkan impak terhadap ranking blog kita jugak umpama blog kita nie newborn. Jadi, kena ambik masa untuk naikkan balik ranking dan korang boleh check ranking blog di SINI. Untuk menjadikan ranking blog kepada normal mengambil masa juga, jadi kenalah bersabar banyak-banyak.


*Header blog yang baru.


Sarah juga melakukan pembaharuan pada header dan nama blog ini sendiri supaya dapat diselaraskan dengan URL blog yang baru. Mungkin sudah terbiasa, Sarah mengambil keputusan mengekalkan nama blog Sararose dan berharap agar korang juga senang untuk ingat nama blog nie.

Ribuan terima kasih kepada pembaca setia kerana sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar setelah setahun Sarah berblog nie. Teruskan membaca dan berkongsi pendapat di sini. Terima Kasih semua.







Hangat!! Domain Dot my Percuma Setahun

,Thursday, December 13, 2012 | 13 Comment


Berita gembira untuk semua blogger terutamanya yang menggunakan domain blogspot (free), korang sekarang sudah boleh mendapatkan domain DOT MY dengan kadar PERCUMA untuk setahun dan  hanya RM20 untuk tahun-tahun berikutnya. 

Bagi yang masih baru dalam dunia blog nie mungkin tertanya-tanya apa pulak kelebihan dot my berbanding dengan blogspot kan?Seperti yang kita sedia maklum domain domain dot com dot my (.com.my) dan domain dot my (.my) adalah domain khas untuk Malaysian sahaja . Mengikut sumber dari blog darxniq.blogspot.com, apa yang aku tahu adalah jika kita menggunakan domain yang berbayar, lebih banyak faedah yang kita bakal perolehi.
 Antaranya :
1) Kita mempunyai hak penuh ke atas web/blog kita. Dari pembacaan blog sebelum ni, pernah terjadi kepada blog Dr. Mahathir yang mempunyai trafik yang hebat tiba2 problem dan hilang begitu sahaja kerana di tarik balik oleh blogspot. (sori kalau salah info) Tapi yelah barang orang bagi free. Bila2 masa boleh amik balik. Buruk siku! hehe...

2) Nama domain yang lebih mudah diingati kerana nama domain berbayar lebih pendek. Contohnya di bawah, yang mana lagi mudah diingati?? Apabila domain itu lagi mudah diingati akan memberi peluang untuk korang kembali berkunjung lagi.
Contohnya;
domain berbayar: www.sararose.my
domain percuma: sararose-93.blogspot.com

3) Domain berbayar lebih dipercayai dan lebih selamat. Kerana domain berbayar ni memerlukan maklumat yang lagi detail manakala yang percuma ni boleh buat banyak mana nak.

4) Blog yang menggunakan domain berbayar jugak menjadikan blog lagi mesra SEO. SEO tue enjin carian di blog. 

5) Domain berbayar menunjukkan yang kita memang serius untuk menceburi dalam bidang blog.

6) Syarikat pengiklanan lebih yakin untuk mengiklan iklan diorang di blog yang domain berbayar.

Jadi, apa tunguu lagi. Jom ramai-ramai rebut peluang yang terbuka luas dari AGENSI DIBAWAH KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI IAITU PROGRAM 1MYID. 

Untuk keterangan lanjut. boleh lah ke BLOG AWESOME INI kerana INNANIE ARIFFIN sedia membantu korang. Tawaran ini sah sebelum 25 Disember sahaja dan terhad kepada 1500 orang terawal. Cepat!! Rebutlah peluang ini sekarang. Terima kasih kepada blogger ini memberi hadiah yang sangat awesome gilerrr kat follower blog beliau tak kira sama ada follower baru atau lama. Saya sudah daftarkan domain impian saya, anda bila lagi?





P/s : Tak sabar nak tunggu blog nie dapat domain www.sararose.my..pergghhhh..Kelas betoll


 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013