Jeng! Jeng! Jeng! Terkejut tak? Dengan nama blog yang diedit sedikit menjadi Sararose Dot My, blog ini sudahpun diupgrade menggunakan domain dot my. Syukur Alhamdulillah, tercapai sudah impian akhir tahun 2012 nie. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana Sarah menukarkan blog sarah menjadi www.sararose.my , tengok dan baca kat SINI. Ucapan ribuan terima kasih kepada INNANIE ARIFFIN empunya blog www.coklateyes.my kerana bekerja keras bagi merialisasikan impian Sarah dan blogger-blogger lain. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun menukarkan domain nie agak complicated jugak sebenarnya.
Sudah tukar domain, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan supaya blog berjalan dengan lancar. Pertama adalah Nuffnang. Iklan Nuffnang tidak dapap berhubung dengan URL blog yang baru. Jadi, untuk menukarkannya dengan yang baru, hanya perlu activate di Nuffnang. Kalau nak tahu macam mana boleh tengok tutorial Blog Coklateyes. Emm, tak lupa jugak bila bertukar domain nie, automatik bloglist hilang. So, kena setting balik para bloglist kesayangan.
Bagi yang baru menukarkan domain blog, Sarah nasihatkan agar korang pingkan URL baru di blogsearch.google.com/ping bagi memudahkan Pakcik Google mencari blog korang. Pertukaran domain ini jugak meninggalkan impak terhadap ranking blog kita jugak umpama blog kita nie newborn. Jadi, kena ambik masa untuk naikkan balik ranking dan korang boleh check ranking blog di SINI. Untuk menjadikan ranking blog kepada normal mengambil masa juga, jadi kenalah bersabar banyak-banyak.

Sarah juga melakukan pembaharuan pada header dan nama blog ini sendiri supaya dapat diselaraskan dengan URL blog yang baru. Mungkin sudah terbiasa, Sarah mengambil keputusan mengekalkan nama blog Sararose dan berharap agar korang juga senang untuk ingat nama blog nie.
Ribuan terima kasih kepada pembaca setia kerana sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar setelah setahun Sarah berblog nie. Teruskan membaca dan berkongsi pendapat di sini. Terima Kasih semua.