Showing posts with label tukar domain. Show all posts
Showing posts with label tukar domain. Show all posts

Syok! 2000 Domain Untuk Blogger Malaysia

,Tuesday, January 15, 2013 | 6 Comment


Hangat, hangat, hangat!!  Seperti mana dalam entri saya pada Disember 2012 lepas, saya telah bertukar domain setelah mendapat tawaram yang sangat awesome dari AGENSI DIBAWAH KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI IAITU PROGRAM 1MYID. Dan yang paling penting ianya percuma untuk tahun pertama dan hanya perlu membayar RM20 sahaja bagi tahun-tahun seterusnya. Kenapa kita perlu bertukar domain dan apa kelebihannya? Sila rujuk entri saya DI SINI.

Dan hari ini saya ingin sebarkan satu berita baik untuk semua orang.Saya baru sahaja menerima email dari pihak Asiahost  yang mana menyatakan mereka akan menawarkan domain percuma untuk 2000 blogger Malaysia. Siapa mahu berdomain dot my sama seperti saya?Cepat, dapatkan sekarang.

email yang diperoleh.
Seperti dalam email diatas dinyatakan bahawa korang mestilah WARGANEGARA MALAYSIA dan mestilah BERUSIA 18-45 TAHUN. Sila guna promotion code "belia".

Jadi macam mana nak dapatkan? Relax.. Mula-mula, sila check domain yang korang inginkan di bahagian sidebar kat tepi blog Sarah nie dan klik Go!

Kemudian, ikut tutorial yang telah disediakan oleh INNANIE ARIFFIN.
Lepas tu Lihat Sini.
Lihat Langkah Dua. Namun, diingatkan supaya menggunakan promotion code "belia" dan bukannya 'coklateyes'
Lihat Langkah Tiga untuk langkah seterusnya. 
Lihat Langkah Empat dan bersedia untuk menerima domain baru anda.
Untuk tips selepas bertukar domain boleh rujuk entri Sarah Yang Ini


P/s : kalau ada masalah boleh contact Sarah, InsyaAllah Sarah bantu sekadar yang termampu. last but not least, jangan takut untuk bertukar domain. Proud to be Malaysian !


Alhamdulillah. Domain Blog Sudah Bertukar

,Friday, December 14, 2012 | 16 Comment




Jeng! Jeng! Jeng! Terkejut tak? Dengan nama blog yang diedit sedikit menjadi Sararose Dot My, blog ini sudahpun diupgrade menggunakan domain dot my. Syukur Alhamdulillah, tercapai sudah impian akhir tahun 2012 nie. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana Sarah menukarkan blog sarah menjadi www.sararose.my , tengok dan baca kat  SINI. Ucapan ribuan terima kasih kepada INNANIE ARIFFIN empunya blog www.coklateyes.my kerana bekerja keras bagi merialisasikan impian Sarah dan blogger-blogger lain. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun menukarkan domain nie agak complicated jugak sebenarnya.

Thanks akak INNANIE ARIFFIN  banyak membantu sepanjang pertukaran domain. Jasamu dikenang!

Sudah tukar domain, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan supaya blog berjalan dengan lancar. Pertama adalah Nuffnang. Iklan Nuffnang tidak dapap berhubung dengan URL blog yang baru. Jadi, untuk menukarkannya dengan yang baru, hanya perlu activate di Nuffnang. Kalau nak tahu macam mana boleh tengok tutorial Blog Coklateyes. Emm, tak lupa jugak bila bertukar domain nie, automatik bloglist hilang. So, kena setting balik para bloglist kesayangan.


Bagi yang baru menukarkan domain blog, Sarah nasihatkan agar korang pingkan URL baru di blogsearch.google.com/ping bagi memudahkan Pakcik Google mencari blog korang. Pertukaran domain ini jugak meninggalkan impak terhadap ranking blog kita jugak umpama blog kita nie newborn. Jadi, kena ambik masa untuk naikkan balik ranking dan korang boleh check ranking blog di SINI. Untuk menjadikan ranking blog kepada normal mengambil masa juga, jadi kenalah bersabar banyak-banyak.


*Header blog yang baru.


Sarah juga melakukan pembaharuan pada header dan nama blog ini sendiri supaya dapat diselaraskan dengan URL blog yang baru. Mungkin sudah terbiasa, Sarah mengambil keputusan mengekalkan nama blog Sararose dan berharap agar korang juga senang untuk ingat nama blog nie.

Ribuan terima kasih kepada pembaca setia kerana sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar setelah setahun Sarah berblog nie. Teruskan membaca dan berkongsi pendapat di sini. Terima Kasih semua.







 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013