Showing posts with label gambar hantu. Show all posts
Showing posts with label gambar hantu. Show all posts

Fake! Video Hantu Perempuan Baju Merah

,Tuesday, January 22, 2013 | 10 Comment

Hantu, hantu, hantu. Banyak keyword hantu pada minggu nie.Lebih-lebih lagi kes rasuk di Uitm Lendu yang digembar-gemburkan ceritanya di laman sosial dan blog. Memang ada kebenaran mengenai kisah seram di Uitm terbabit tapi tidak elok dibesar-besarkan sangat. Seelok-eloknya jangan dihebohkan supaya tidak menghuru-harakan keadaan bagi mengawal emosi serta perasaan takut pelajar di sana. Maklumlah, biasanya ketakutan yang terlampau boleh jugak membawa kepada kejadian yang tidak diingini. That's all.. Okey, aku bukan nak shared atau buat rumusan pasal kes rasuk kat sana, itu sebagai intro sahaja.

Serius Fake! Kalau korang tengok video nie mesti korang jugak akan katakan ianya palsu semata-mata. Aku tak tahu macam manalah video nie boleh diterima umum, siap masuk berita Indonesia lagi. Perakam tu jugak siap ditemu ramah dan beliau tanpa rasa bersalahnya menceritakan apa yang berlaku. Jirannya sekali turut masuk berita!  Dah kita sedia maklum, makhluk halus nie bukannya boleh nampak dengan mata kasar, kalau nampak pun, ianya hanya sekejap ataupun secara sekilas pandang. Tapi dalam video nie, dah la hantu berbaju merah kelihatan beberapa saat, yang mana aku kira agak lama lah jugak. Siap posing sini, kejap posing sana. What the ......


Secara mata kasarnya, aku rasa video nie diedit. Bukan main rasa-rasa dah, aku pasti ianya diedit, macam "video berhantu" yang adik-adik aku selalu buat. Rakam, pause, dan rakam balik. 

Jom tengok video hantu baju merah ini 
Lupa nak bagitau, nie video 2 tahun lepas.


Korang percaya jugak kah?


Gambar Hantu, Fake Atau Real? Part2

,Friday, November 23, 2012 | 5 Comment


Lagi sekali entri pasal cik Hannnn...Nampaknya blog nie kena tukar tagline la asyik cerita seram je. Adakah percaya kewujudan hantu adalah perkara yang tahyul? Tapi yang pasti syaitan dan iblis akan sentiasa menyesatkan umat manusia. Terpulang kepada anda untuk meragui atau mempercayai gambar-gambar ini. 

Gambar diambil sekitar tahun 1916. Dah lama dah, sebelum lahirnya kita lagi.  Ia mungkin akibat kesilapan teknikal semasa gambar diambil namun orang mempercayi gambar ini aneh. Mungkin la.


Gambar ini pula memaparkan seorang budak kecil namun ada pula makhluk nak bergambar sekali. Dari segi teknikalnya, tanggapan Sarah ianya mungkin pantulan cahaya flash ataupun pantulan imej sebab ianya adalah cermin kereta. 


Menurut orang yang mengambil gambar ini, semasa ianya diambil televisyen itu ditutup! Secara teknikalnya, ia mungkin akibat flash. 


Boleh juga dilihat dalam video filem tersebut.


Gambar ini diambil oleh sepasang suami isteri. Namun, yang anehnya perempuan berbaju hitam tidak berkaki kelihatan pada gambar tersebut. 


Gambar ini diambil di Indonesia pada 1993 dimana jurugambar ingin mengambil gambar tempat kejadian pembunuhan namun yang kelihatannya ianya adalah sesuatu yang menakutkan. Tapi, nampak macam fake pun ada.



Terpulang kepada anda untuk mempercayainya ataupun tidak.


Gambar Hantu, Fake Atau Real?

,Tuesday, November 13, 2012 | 9 Comment

Blog nie dah macam blog cerita hantu dah, asyik cerita benda-benda seram je. Hari ini, Sarah nak share beberapa koleksi gambar yang aneh dimana ianya dikatakan adalah gambar hantu. Terpulang kepada individu untuk mempercayainya ataupun tidak. Ada yang nampak macam edit, dan ada jugak yang nampak macam real. Sekarang nie boleh edit macam-macam kan..
















Nie video hantu made in Malaysia. Polis diganggu pontianak. Macam real je video nie.



Klik button donate kat bawah ye.

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013