Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Malam nie Sarah nak share satu resipi yang mudah dan enak iaitu Maggi Pizza.
Biasa Maggi dimasak secara rebus atau goreng sahaja, tapi kali nie kite boleh buat pizza pulak.
-2 biji telur ayam, bukan telur itik..
-sebungkus mee segera@maggi.. lebih sedap guna perisa kari
-daging burger (cincang)
-sayur mayur (kalau suka)
-sedikit lada hitam
Langkah-langkah:
1. Rebus mee segera dan toskan
2. Pecahkan 2 biji telur dan sebatikan dengan perencah mee segera
3. Apabila dah sebati, masukkan daging burger dan sayur yang telah dicincang dan gaul bersama
4. Campurkan mee segera ke dalam kesemua sebatian tadi.
5. Panaskan kuali dan minyak dan humbankan kesemua sebatian kedalam kuali.
6. Goreng sehingga masak (biasa warna keperangan)
7. Hidangkan bersama baun dawang.( xde pun tak pe)
Hidangan yang ringkas ini cukup untuk 3 orang.
Sedap! cubalah..... =)

