Salam Ramadhan
Kes ini dah berlalu beberapa tahun lepas. Mungkin ada sesetengah pembaca pernah mendengar kisah malang seorang gadis yang berasal dari Port-au-Prince, Haiti ini. Kes yang terjadi terhadap dirinya adalah sangat jarang berlaku dan dilaporkan tiada ubat yang dapat mengubati penyakit misterinya. Lebih buruk lagi, dia hanya bergantung kepada lubang saluran yang ditebuk di tengkuknya dan dia hampir buta disebabkan tekanan tumor itu terhadap soket matanya . Marlie dilahirkan secara normal tetapi semasa umurnya 4 tahun penyakit pelik itu telah mengubah struktur mukanya sedikit demi sedikit dan sehinggalah berat mukanya 16 pound.
Namun, atas rasa empati, satu organisasi telah membawa Marlie ke Jackson Memorial Medical Center in Miami
untuk mendapat rawatan di sana. Kutipan derma dari seluruh dunia telah dibuat bagi membantu Marlie untuk menjalani pembedahan membuang tumor tersebut.
Wajah Marlie sebelum pembedahan. Siapa yang melihatnya pasti berasa simpati terhadap gadis ini.
Pembedahan pertama mengambil masa 17 jam bagi membuang lendiran atau bendalir yang terdapat pada tumor tersebut.
Sebelum dan selepas pembedahan
17 Desember 2005
Pembedahan kedua Marlie pada 26 Januari 2006 . Pembedahan kedua ini untuk membantu Marlie makan dan mengunyah secara normal semula .
Pembedahan kedua Marlie
Gambar selepas pembedahan ketiga pada 14 Julai 2006.
Marlie ternyata gembira melihat muka barunya. Dengan sokongan dari banyak pihak, Marlie dapat hidup secara normal semula.
10 Mei 2006, Marlie menjalani pembedahan kali ke 4.Pembedahan berlangsung selama 6 jam. Pembedahan ini menukarkan titanium plate lama dengan yang beru . Dikatakan dia dalam keadaan kritikal pada masa itu.
Selepas pembedahan keempat
Video sepanjang penderitaan dan Marlie mendapat muka baru
Part 1
part 2
KLIK VIDEO PART 3
KLIK VIDEO PART 4
Kini dia telah mendapat kehidupannya semula.