Showing posts with label wanita pelik. Show all posts
Showing posts with label wanita pelik. Show all posts

Muka Baru Marlie

,Friday, August 10, 2012 | 14 Comment
Salam Ramadhan

Kes ini dah berlalu beberapa tahun lepas. Mungkin ada sesetengah pembaca pernah mendengar kisah malang seorang gadis yang berasal dari Port-au-Prince, Haiti ini. Kes yang terjadi terhadap dirinya adalah sangat jarang berlaku dan dilaporkan tiada ubat yang dapat mengubati penyakit misterinya. Lebih buruk lagi, dia hanya bergantung kepada lubang saluran yang ditebuk di tengkuknya dan dia hampir buta disebabkan tekanan tumor itu terhadap soket matanya . Marlie dilahirkan secara normal tetapi semasa umurnya 4 tahun penyakit pelik itu telah mengubah struktur mukanya sedikit demi sedikit dan sehinggalah berat mukanya 16 pound. 

Namun, atas rasa empati, satu organisasi telah membawa Marlie ke  Jackson Memorial Medical Center in Miami    
untuk mendapat rawatan di sana. Kutipan derma dari seluruh dunia telah dibuat bagi membantu Marlie untuk menjalani pembedahan membuang tumor tersebut.

 Wajah Marlie sebelum pembedahan. Siapa yang melihatnya pasti berasa simpati terhadap gadis ini.


Pembedahan pertama mengambil masa 17 jam bagi membuang lendiran atau bendalir yang terdapat pada tumor tersebut.

Sebelum dan selepas pembedahan


17 Desember 2005


Pembedahan kedua Marlie pada 26 Januari 2006 . Pembedahan kedua ini untuk membantu Marlie makan dan mengunyah secara normal semula .


Pembedahan kedua Marlie


Gambar selepas pembedahan ketiga pada 14 Julai 2006.



Marlie ternyata gembira melihat muka barunya. Dengan sokongan dari banyak pihak, Marlie dapat hidup secara normal semula.

10 Mei 2006, Marlie menjalani pembedahan kali ke 4.Pembedahan berlangsung selama 6 jam. Pembedahan ini menukarkan titanium plate lama dengan yang beru . Dikatakan dia dalam keadaan kritikal pada masa itu.

Selepas pembedahan keempat



Video sepanjang penderitaan dan Marlie mendapat muka baru

Part 1


part 2





Kini dia telah mendapat kehidupannya semula.








Pelik : Wanita Makan Ayam Hidup

,Tuesday, March 06, 2012 | 4 Comment

Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia.
Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.
Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!
Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.
Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari!
Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.
Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.
Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’ seperti ini.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber : Here
 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013