Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Wanita dan Pokok Semalu

,Friday, September 20, 2013 | 4 Comment


Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

.
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
.
Dan yang keempat dan terakhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.











Sadis! Video Lamaran Ditolak

,Friday, August 23, 2013 | 9 Comment

Dua tiga hari nie banyak orang post video lamaran nie di Facebook.Video ini memaparkan seorang pemuda ingin melamar teman wanita (kawan perempuan) yang baru dikenali 3 bulan di sebuah shopping kompleks. Awalnya suasana nampak sangat sweet dimeriahkan dengan muzik romantis. Bagaimana pengakhiran lamaran tersebut? Saksikan 



Ayat lelaki tu tak boleh blah:
"When you smile, the whole world stops and stares for a while.." *Ayat dari lagu Bruno Mars  (-__-).
Bagaimanapun satu percubaan yang bagus dude. Cuma lelaki kena tahu lah yang kebanyakan perempuan tak suka di propose di tempat awam macam tu. Lagipun, baru 3 bulan je kenal kot, kalau dia ada bagi hint setuju menerima lamaran boleh la go on dengan plan nak propose, tapi kalau sekadar kawan-kawan tu macam nie lah gamok nye. Nak salahkan lelaki tu tak boleh jugak, dia mungkin terlalu sukakan perempuan tu. Perempuan nie pun satu, tak boleh ke tolak dengan cara yang baik. Dah ada orang propose pun tak cukup baik....

Korang perasan tak flow video ini kelihatan seperti dirancang. Ada yang menyatakan video ini fake, lakonan semata-mata dan ianya salah satu iklan kreatif syarikat coklat. Cuba perhatikan pada train dia tulis apa dan kat tangan pompuan ada coklat.Coklat tu less sugar so train lalu tulis not so sweet. Luar negara dah banyak iklan yang mcm nie.Idea yang sangat kreatif..



Perubahan Wajah Lelaki Bertukar Manjadi Wanita

,Thursday, January 10, 2013 | 9 Comment

Dunia makin banyak ragam. Bukan dunia yang banyak ragam sebenarnya tapi manusia yang mendiami muka bumi ini. yang lelaki mahu jadi perempuan, perempuan pulak beria-ria mahu jadi lelaki. Begitu jugak kisah seorang warganegara Australia, yang mana mengubah dirinya menjadi perempuan. Dikenali dengan nama  iiGethii di laman perkongsian Youtube, dia mengupload video berisi gambarnya sepanjang berlaku perubahan pada wajahnya. Proses Facial Feminization Surgery (FFS) yang dilakukan mengambil masa 3 tahun.
Bukan dia sahaja sebenarnya yang buat macam nie, Kat Malysia pun berlambak.

Wajahnya pada usia awal 20-an sebelum melakukan FFS.

                

Proses Metamorphosis dimana pembedahan facial feminization menyebabkan muka menjadi lebih halus dan mulus. Dan hasilnya selepas 3 tahun. 





Video perubahan wajah dari lelaki kepada perempuan


Masih ingatkah kita pada 2011 yang telah terjadi kepada Mohd Ashraf yang telah menukarkan dirinya menjadi wanita dengan nama Aleesya?
Jika diimbas kembali, Mohd Ashraf telah membawa kesnya ke mahkamah  untuk mendapatkan kebenaran menukar jantina dan beberapa minggu kemudian dia telah dimasukkan ke hospital setelah didapati muntah beberapa kali. Pada 18 Julai 2011 lalu, Mahkamah Tinggi di sini telah menolak permohonan Mohd Ashraf untuk menukar status jantinanya daripada lelaki kepada perempuan antara lainnya kerana dia tidak dapat mengemukakan bukti klinikal bahawa kromosom di dalam badannya telah berubah setelah melakukan pembedahan jantina di Thailand.
Bagaimana pun, Mohd Ashraf telah meninggal dunia tidak lama selepas itu dan kematiannya diambil sebagai ‘potential medical legal‘.



P/s: Bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Tak payah nak tukar itu ini. Pulangkan apa yang dipinjam dengan sebaik-baiknya sebagaimana keadaan Allah meminjamkan kepada kita 


 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013